CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 3, 2015

KUIH TALAM PANDAN....IN SYA ALLAH PASTI SEDAPPP



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam sejahtera, semoga anda semua beroleh kebahagian dunia dan akhirat. Untuk resipi kali ini mama kongsikan kuih talam pandan...sebelum niee mama telah kongsikan juga resipi niee...tapi resipi terdahulu untuk dibuat secara setalam kecik jerr...sekadar untuk makan sendiri jerr...
Namun bagitu resipi kali ini mama kongsikan untuk acuan 10"x10"....resipi yang mama terima untuk tempahan...
Untuk itu mai kita sama2 tenguk resipinya...


KUIH TALAM PANDAN....10"X10"
Resipi olahan : mamaana

Bahan2nya :

Lapisan bawah:
  • 300g gula pasir
  • 5 helai daun pandan - blander diambil airnya
  • 237g tepung beras
  • 29g tepung ubi
  • 2 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Air
Caranya :
  1. Masak gula + air hingga gula larut.
  2. Masukkan air daun pandan + air + kan dengan air gula tadi.
  3. Campurkan semua bahan kering dan gaulkan tepung bersama2 air diatas, +kan juga air kapur.
  4. Jadikan adunan niee 1250ml. (Kalau nak keras sikit jadikan adunan niee 1200ml jerr). Gaul sebatikan dan tapiskan dalam periuk.
  5. Tambahkan sedikit pewarna hijau.
  6. Kacau adunan ini diatas api sambil dikacau hingga naik wap.
  7. Masukkan dalam acuan, kukus selama 20 minit.
Lapisan atas :
  • 225g santan pekat
  • 79g tepung gandum - cap sauh
  • 39g tepung beras
  • 39g tepung ubi
  • 2 sudu teh garam
  • Air
Caranya :
  1. Panaskan santan dulu hingga panas xperlu mendidih.
  2. Gaul bahan dengan santan suam & air, jadikan bancuhan ini 1250ml. ( Klu nak keraskan sokit jadikan adunan niee 1200ml ).
  3. Masukkan bancuhan ini dalam periuk, panaskan hingga naik wap.
  4. Bila adunan bawah sudah masak, lerekkan ngan garpu.
  5. Kemudian tuang adunan putih atas adunan hijau....kukus 25 minit.
  6. Bila dah masak buka tudung pengukus, biarkan kuih atas api, supaya kering air di permukaannya, masak 10 minit lg tanoa penutup kukus.
  7. Sejukkan, barulah boleh dipotongkan.


Kuih talam pandan
Memang sedappp...cuba lerr...


No comments:

Post a Comment