CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 17, 2013

KETUPAT DAUN PALAS...PECUBAAN PERTAMAKU,,,,

Salam 12 Zulhijjah....masih belum terlambat MA ucapkan Selamat Hariraya Kurban kepada semua pengunjung muslim......
Hari nie MA updatekan resipi tertangguh....yang MA buatkan pada 9 Zulhijjah, saperti biasalah MA tak berkesempatan nak mengadap laptop nie pada hari berkenaan, disamping MA buatkan juadah untuk keluarga, ada juga tempahan pudding terpaksa MA buatkan.
Aidh tahun nie....sedih juga kerana anak menantu MA tak dapat pulang untuk beraya bersama.....
Yelah cuti raya pun sehari saja......masing-masing dah kekurangan cuti tahunan, jadinya berayalah mereka diperantauan. MA ada juga berhajat nak beraya bersama mereka diperantauan, tapi yelah.....MA dah berjanji dengan anak saudara untuk tolong masakkan kuah lodeh, bagi jamuan raya diofficenya pada hari Rabu.....jadinya terbantutlah hajat dihati nie.....
Saperti biasalah MA nie jika nak kemana2, tak boleh dirancang awal2.....pastinya tak jadi....rancang last minit.....jadi pulak tu. Tapi yelah saperti sekarang nie, bila teringin nak beraya dirumah anak menantu, bila dah buat janji nak masakkan untuk anak buah....tak sampai hati pulah nak batalkan, untuk MA beraya dengan anak menantu diperantauan.
Jadinya berayalah kami 3 beranak disini je........
Juadah Raya Haji tahun nie MA sediakan......nasi ketumbar, rendang burung, acar timun CMG & dalca kaki ayam. Cuma MA buat makan2 bersama keluarga je....MA jemput ayah & ibu MA, adik dan keluarga anak buah MA je.
Untuk Aidh tahun nie MA ada mencuba buat ketupat daun palas bersama kacang, terlalu teringin nak merasanya.....teringat semasa arwah nenek MA masih ada, setiap raya beliaulah yang akan membuat ketupat nie.....
Tapi Ya Allah....agaknya MA taklah cekap sangat membuatnya, baru percubaan pertama...agak serek jugaklah untuk membuatnya lagi......nasib baiklah buatkan sikit saja. Jagi belasah je le...asalkan habis....huhuhu
Sampai malamnya MA demam...agaknya terlalu banyak bekerja pada hari memasak tu......
Okeylah....mai kita tenguk resipi ketupat daun palas yang MA buatkan atas pertolongan YouTube ........
& garis rujukkan & sukatannya dari blog NASI LEMAK LOVER ni. TQ Sonia !!!


KETUPAT DAUN PALAS
Rujukan : Nasi Lemak Lover
Sumber : mesra resipi & YouTube
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

  • 400g beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • Daun palas secukupnya

Cara Membuatnya :

  1. Rendam beras pulut 20 minit, kemudian basuh bersih-bersih & toskan.
  2. Setelah itu masukkan beras pulut tadi kedalam periuk & tuangkan santan & garam, sebatikan. Kacau hingga mendidih.
  3. Santan tu, lebihkan sedikit je dari aras beras pulut. Masakkan beras pulut & kacau sebatikan dan menjadi setengah masak.
  4. Angkat & biarkan 15 minit sehingga sejuk.
  5. Kemudian bolehlah dimasukkan kedalam daun palas & anyamlah sehingga menjadi bentuk 3 segi.(Cara mengayam ni, MA rujuk daripada YouTube ......ada MA letakkan linknya dibawah nie).
  6. Rebus ketupat daun palas yang telah dianyam, didalam periuk yang telah berisi air pada paras separuh periuk & rebus hingga air kering. *Masukkan daun2 palas berlebihan kedasar periuk untuk mengelakkan ketupat palas hangit.
** Jika nak masukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut, Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Boleh dihidang & enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat. 

Sini untuk buat ketupat BETINA
https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=nenQdXf--kA
https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=NvHLmbhzwYo



Ini le hasil kerja tangan MA....
Percubaan kali pertama....
Raya tahun depan....kalau dipanjangkan umur...
MA buat lagi yeekk...







No comments:

Post a Comment