Petang tadi MA ada buatkan Garlic Bread, kebetulan semasa MA pergi Ke Tesco paginya MA ada belikan Roti France.....memang lama sekali merancang nak buat Garlic Bread nie. Sibungsu memang suka sekali cicah Garlic Bread nie dengan Mushroom Soup. Ini memang favourite kami sekeluarga. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Sekarang musim hujan, bila petang sahaja pasti hujan.....Laaa lagi-lagilah berselera makan Garlic Bread nie dengan Mushroom Soup panas-panas.
Membuat Garlic Bread nie tidaklah susah sangat.....cuma belikan saja Roti France & anda telah pun boleh buat Garlic Bread.....
Terima kasih pada Yatie yang sudi berkongsi resipi nie.....bagitu juga dengan Fandie @Myresipi.com yang sumbernya diperolehi oleh Yatie, terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie. Kapada kawan-kawan yang nak melihat resipi daripada Yatie boleh le pergi ke SINI. Okey mai kita tenguk resipi yang telah MA salinkan semula, buat rujukkan MA dimasa akan datang.....
GARLIC BREAD
Resipi : Fandie @Myresipi.com
Sumber : Yatiememories
Bahan-bahannya :
Roti France
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
Parsley kering secukupnya
Cara Membuatnya :
- Kupas kulit bawang & bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna api dapur je.
- Bila sudah siap bakar, bawang masih lagi didalam aluminium foil, ketuk-ketukkan bawang dengan hulu pisau/ lesung hingga hancur.
- Masukkan kedalam butter.
- Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk disapu dengan roti. Kalau buat banyak boleh disimpan didalam peti ais.Boleh tahan sampai 2 minggu.
- Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter. Lepas itu taburkan dengan daun parsley. Bakar didalam oven selama 10-15 minit dengan suhu 150C.
No comments:
Post a Comment