Salam sayang & sejahtera khas untuk pengunjung setia blog MA nie.....
Hari nie MA buatkan Bingka Seri Pandan untuk order......seperti biasa le, di samping itu MA tumpang sekaki buatkan lebih sedikit untuk MA & keluarga.
Bingka nie faviorite MA......kerana memang MA sukakan kuih yang lembut sedikit. Kalau MA beli bingka nie di kedai pasti susah nak dapat yang lembut saperti ini. Bingka nie memang sedap ......kerana memang berlemak manis & lembut serta harum bau pandannya. Sesuai rasanya untuk tekak MA.....
Bagi anda yang tercari-cari kuih apa yang nak di buat untuk berbuka puasa nanti & yang berminat dengan bingka yang lembut, apa kata anda cuba resepi nie. Cubale membuatnya sendiri, bukan susah pun............ Orang kata tak kenal maka tak cinta......
Ok le mari kita intai resepinya dulu.......
BINGKA SERI PANDAN
Bahan-bahannya: (Acuan 13"X13")
oleh : MamaAna
6 biji telur gred A
2518ml santan + air daun pandan (6-7 helai daun pandan di blander)
(MA campurkan 400ml santan + 600ml air daun pandan + 1518ml air biasa)
768g tepung gandum (MA guna tepung gandum cap sauh)
737g gula pasir
1 1/4 sudu teh garam
4 sudu besar mentega (MA guna minyak sapi + mentega)
Bijan secukupnya.
Cara Membuatnya :
- Pukulkan telur & gula hingga hancur sahaja, tak perlu sampai kembang
- Masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
- Kemudian tuangkan adunan tadi di dalam bekas besar & masukkan santan yang telah bercampur dengan air biasa & air daun pandan. Kacau sebatikan.
- Tapiskan adunan tadi di dalam periuk, kacau dengan whisk sebatikan.
- Alihkan periuk ke atas dapur dan masakkan adunan itu. Kacau selalu dengan whisk adunan itu di atas api yang perlahan sehingga sedikit pekat. Sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
- Bila sudah agak pekat, tuangkan adunan itu di dalam acuan yang telah di lapek dengan aluminium foil yang telah di sapu dengan sedikit mentega.
- Taburkan di atasnya dengan bijan.
- Bakarlah dengan api oven atas & bawah sehingga warna keperangan, dengan kepanasan oven 180C selama 30 minit dan selepas itu naikkan suhu ketuhar kepada 230C dan bakar selama 20 minit lagi atau sehingga bingka kelihatan keperangan di permukaannya.
- Bila sudah masak, bingka ini akan kelihatan sedikit lembik, tapi jangan risau kerana bingka akan mengeras bila sudah sejuk.
- Bila bingka telah sejuk, boleh le di potong dan di hidangkan.
- SELAMAT MENCUBA-
No comments:
Post a Comment