Semalam MA masak Tom Khai Gai, atas pemintaan si bongsu....tapi Tom Khai Gai nya MA campurkan dengan ayam, sotong, udang & ketam. Tom Khai Gai campuran nie memang favourite si bongsu....apatah lagi di masokkan cendawan kegemaran dia......
Wbp pun masa berbuka, si bongsu tak berbuka bersama, sbb kawannya Aina ajak si bongsu berbuka di Pizza Hut......kerana semalam hari jadi kawan baiknya....
Jadi MA & My hubby je berbuka berdua-duaan....
Tom Khai Gai nie, dah biasa MA masakkan, selalunya kalau MA masak Tom Khai Gai nie pastinya di gandingkan dengan Nasi Komok......baru le ngam......tapi hari nie MA ke bz an.....jadi Tom Khai Gai nya MA gandingkan dengan nasi biasa je.....
Wbp terima kasih pada penyumbang resepi CMG, memang sedap Tom Khai Gai nie; masam-masam pedas.....gitu, dan terima kasih juga pada Tun Telani kerana lama dah MA skodeng resepi ini dari rumah beliau..... Tapi sorryle MA dah tak tahu nak cari Link dia semula......ape-ape pun kalau anda nak melihat resepi asal daripada CMG ada di SINI,
Izinkan MA copy resepinya ke blog MA pula......buat rujukan MA & anak-anak di masa akan datang....
Okey le mari kita tengok resepinya....
Serai, cili padi & akar ketumbar dititikkan. Lengkuas di potong nipis je.
Bawang besar di belah 4 & di leraikan kepingannya
Daun ketumbar di perisi & di potong kasar
Ini adalah cendawan Enoki & cendawan Shimeji yang MA gunakan
Memang kedua-dua cendawan nie favourite si bongsu.......
Kalau MA masak Tom Khai Gai pasti MA cari cendawan nie
Gambar di atas tu......karot & gobis
Tom Khai Gai yang sudah siap.....sedaappp. Jemput makan.
TOM KHAI GAI
Asal : CMG
Sumber resepi: Tun Telani
Bahan-bahannya :
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka (MA tambahkan udang, sotong & ketam)
1.5 liter air
500ml santan(boleh juga guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar - di belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai - di titik
60g lengkuas - di hiris nipis
7 biji cili padi siam - di titik
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang - di belah dua
100g cendawan telinga kera@black fungus
1/4 biji kobis - MA spt Tun jugak tambah carrot & calery stick
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis - di perah jusnya
1 gengam daun ketumbar - di hiris
3 camca besar sambal (resepi di bawah)
Untuk hiasan:
Daun bawang
Hirisan cili padi
Bahan-bahan sambal :
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
- Ayam di cuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam & jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali & toskan.
- Kobis di potong kasar, cuci & toskan.
- SEDIAKAN SAMBAL :Tumiskan cili & masukkan gula & tumis lagi sehingga cili tu garing. Matikan api, masukkan sos ikan,. kacau rata . Ketepikan.
- Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar & air - jerangkan hingga mendidih.
- Masukkan ayam tadi bersama-sama sambal khas, cendawan butang & black fungus. Biarkan mendidih selama 25 minit atau sehigga ayam masak.
- tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap & masukkan santan, biar mendidih perlahan.Kalau gunakan susu cair didihkan sekejap je.
- Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata & biarkan masak sebentar, rasa dan jika perlu tambahkan dengan sedikit garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
- Hidangkan panas-panas dengan taburan daun bawang & cili padi hiris.
NOTA :
- MA tambahkan lagi sotong, udang & ketam dalam resepi Tom Khai Gai asal
- Cendawan MA tukarkan dengan cendawan Enoki & cendawan Shimeji - sbb si bongsu suka dengan cendawan nie
- MA letakkan susu Whipping cream UHT ganti santan - kebetulan ada kelebihan semasa buat cheese kek.
No comments:
Post a Comment