Dengan tak berfikir panjang MA ambil kedua-dua ikat tu, tak le banyak sangat.......tapi kalau untuk MA makan sorang tentu lah banyak.........My Hubby makan juga tapi sikit saje, hanya anak MA si bongsu je yang tak makan.
Wbp tak pe.....nanti kalau dah di buat semuanya, leh jugak hantarkan sedikit ke rumah mak. Rumah MA dan rumak mak tak le jauh sangat......
Kalau MA masak, selalunya pasti MA akan hantar ke rumah mak...........
Baik le, MA tak mahu mengomel panjang-panjang.......nanti jemu lak membacanya.Resepi kerabu salom nie tak le susah sangat, tentu semua pun dah tahu.......tapi untuk rujukkan anak-anak, MA salinkan juga resepinya disini, supaya mereka cintakan masakan kampong nie .........
Jom kita tengok resepinya.....
KERABU DAUN SELOM
Bahan-bahannya:
1 ikat daun salom - dihiris halus
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 cawan kelapa parut putih - di sangai sebentar
3 biji liamau kasturi - di ambil jusnya
Bahan-bahan untuk di kisar:
4 biji cili merah
4 biji cili padi
Sedikit belacan - yang telah di bakar (option)
2 sudu makan udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan kelapa dan kacau rata. Kemudian masukkan jus limau kasturi, kacau rata lagi & tutupkan api.
- Masukkan daun salom dan bawang, kacau rata sebatikan.
- Rasakan garam & gulanya. Sedia untuk di hidangkan.
No comments:
Post a Comment