CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 11, 2014

RENDANG AYAM MINANG....LAGI !!!!!

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum.....Alhamdulillah dihari Jumaat yang penuh dengan baraqah nie, dan dihari penghulu segara hari ....dikesempatan ini MA abadikan sekali lagi resipi Rendang Ayam Minang yang memang menjadi favourite MA dan My Hubby. Kiranya ini adalah siaran ulangan, tapi dikali ini MA ada membuat sedikit ubah suai pada bahan-bahannya....Jangan maree yerr tuan punya resipi......
Untuk resipi sebelum ini, sekiranya ingin melihatnya ...boleh lah KESINI. Terima kasih pada penyumbang resipi asal Pak Engku (Buku resipi kenduri kawin) dan masam manis (Azlita Aziz) yang mewar-warkan resipi yang sedap nie ......
Rendang nie memang sedapppp.....apatah lagi bila makan dengan nasi yang berperisa.....juga sedap sekali jika dimakan dengan pulut. Ulalaaa....sedappnyaaa memanggg mengancammm
Bagi rendang dikali ini MA buatkan berkuah sikit ...kerana My Hubby suka rendang yang berkuah dan tidak terlalu kering.... Bagi MA pula.... kalau membuat rendang cara ini...MA pula suka rendangnya pedas barulah ada uummpphh...hehehe 
Wbp hentam jerr laa labu......kita yang buat dia kan.....kannn
Yang penting ikut selera situkang masak dan ragam orang yang nak menikmati masakkan ni...yerr takk !!!!
Wokey...wokeyy..jom kita tenguk resipi rendang yang mengancam sangat nie..... Mengancam dari citarasa tuan tanah lerr.... :)


RENDANG AYAM MINANG
Olahan : MA

Bahan-bahanya  :
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • Rempah untuk menumis (kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar*(*dicampurkan dengan sedikit air- sebatikan)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1/2 kilo santan
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun kunyit dan daun limau purut
Bahan Untuk Dikisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2" halia
  • 5 batang serai - 2 batang diketuk (3 batang utk dikisar)
  • 1" lengkuas
  • 2 " kunyit hidup
  • 20 biji cili padi hijau
  • 7 biji cili padi merah (Cili padi nie pedas)
  • 2 biji buah keras - dihiris 
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk. Masak hingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk rempah yang telah disebatikan  dengan air. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam kacau seketika supaya sebati dengan rempah.
  5. Masukkan juga santan. Kacau sekali sekala sehingga agak pekat sedikit.
  6. Masukkan kerisek, pati ayam, garam dan gula
  7. Kacau dan sesuaikan rasanya. Apabila sudah berpuas hati masukkan daun kunyit yang telah dimayang halus bersama daun limau purut (yang telah dibuang uratnya).
  8. Kacau selalu sehingga kepekatan yang dikehendaki. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Rendang Ayam Minang yang membuka selera....

Ummpphh Sedapppnyaaa
Rendang Ayam Minang....
Tak percaya....cuba lerr buat.....


Thursday, April 3, 2014

PEDAL AYAM GORENG YANG SEMPOI.....

Bismillah pembuka bicara......

Assalamualaikum....selamat malam dan salam  sejahtera serta ceria untuk anda semua yang sudi follow MA Semoga kita semua dirahmati ALLAH SWT........ Aminn
N3 MA kali ini ...resipi yang sangat sampoi. Resipi nie MA buatkan dipagi ini. Walau pun sampoi, tapi MA abadikan juga disini, untuk rujukkan anak-anak dan semoga dapat memberi idea pada anda yang tercari-cari resipi yang sampoi....
Resipi nie memang menjadi kegemaran MA sekeluarga. Resipinya sampoi tapi menyelerakan.....sekiranya resipi nie ada dalam senarai hidangan harian MA...pastinya bertamboh-tamboh nasinya.....
Jom kita sama-sama tenguk resipinya....dan kepada yang sudi nak mencuba....dipersilakan.....
Semoga anda berpuas hati......


PEDAL AYAM GORENG YANG SAMPOI
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 paket pedal ayam (MA beli diPasaraya jerr)
  • 2 labu bawang besar - size sederhana - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(* dihiris halus)
  • 1" halia - dipotong nipis memanjang
  • 15 biji cili padi - dibelah 2 jangan putus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • Sedikit garam dan kunyit
  • Sedikit lada hitam - serbuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan pedal ayam, potong kecil-kecil dan toskan.
  2. Masukkan garam,kunyit dan serbuk lada hitam kedalam pedal ayam, gaulkan supaya sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dikuali dan masukkan pedal ayam tadi beserta dengan bawang merah, bawang putih,halia beserta cili padi. Kacaukan pedal ayam tersebut.
  4. Masukkan sos tiram, pati ayam dan kicap. Kacaukan supaya sebati.
  5. Masukkan bawang besar dan masak lah dengan api sederhana selama anggaran 6-10 minit. Kacau selalu supaya pedal tidak melekat dikuali. (Jika ada kacanga panjang, bolehlah di bubuhkan - tapi dikali ini MA kehabisan kacang panjang...huhuhu)
  6. Bila telah masak, tutup api dan hidangkan.

Haa nie dia Pedal Ayam Goreng
dah pun terhidang...
Anda juga boleh masukkan kacang panjang
yang telah dipotong 1" dan digorengkan
bersama-sama dengan pedal ayam...
Barulah kaww...



Monday, March 31, 2014

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI....SEDAPPP DAN CANTIKK

Bismillah pembuka bicara.....

Assalamualaikum.....salam sejahtera dan selamat pagi semua pengunjung setia blog MA.......semoga kita semua dirahmati ALLAH SWT.....Amin
N3 kali ini .....Resipi Biskut Lidah Kucing Pelangi yang MA buatkan semalam untuk kudapan....
Walau pun bukan raya...tapi dik terlalu kepingin untuk merasa keenakkan nya, maka MA merajinkan diri untuk membuatnya.....Memang dah terlalu lama, dok teringin untuk membuat biskut lidah kucing pelangi nie....semenjak sebelum raya tahun yang lalu lagi.....tapi yerr lah ketika itu terpaksalah pendamkan hasrat dihati. Memandangkan acuannya tiada lagi........huhuhu
Memang biskut nie mejadi famous semenjak Kak Wan tayangkannya. Biskut lidah kucing pelangi yang sungguh cantik ini....menjadikan semangat berkubar-kubar untuk membuatnya.....
Alhamdulillah.....kini hajat, dah pun tercapai. Terima kasih pada blog Resipi Citarasawan diatas perkongsian resipi biskut yang sungguh sedap nie dan terima kasih juga pada olahan Fatmah Bahalwan NCC, sumber yang diperolehi oleh Kak Wan. Untuk anda yang ingin melihat resipinya daripada blog Resipi Citarasawan, bolehlah KESINI.  Izinkan MA abadikan resipi nie diblog kesayangan MA untuk rujukkan dimasa depan.
Okey apa lagi yang kita tunggu ...mai kita dok pakat buat......jangan risau pastinya berbaloi ....sedappp dan cantikkk.....


BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Sumber : Resipi Citarasawan
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 250g mentega
  • 175g gula kaster
  • 100ml putih telur (lebih kurang 4 biji telur gred A)
  • 200g tepung gandum (MA guna tepung red rose @ tepung biskut)
  • 50g tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  • 1 sudu teh essen vanila (MA tambah)
  • Pewarna ungu, biru, hijau, kuning,orange dan merah
  • Loyang lidah kucing - digris dengan mentega
Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan juga essen vanila.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  4.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan dengan pewarna berlainan. ( Berat satu adunan anggaran 196g )
  5. Masukkan setiap adunan kedalam pipping bag dengan nozzle bulat dan picit adunan dengan lurus mendatar kedalam acuan lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  6. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan, kerana akan menenggelamkan warna pelangi. (MA bakar api atas dengan suhu 160'c dan api bawah dengan suhu 170'C selama 20 minit)- Jadi kenali oven anda.
  7. Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara.
Haaa....Biskut Lidah Kucing Pelangi
dah pun siap
Jemputlah rasa.......
Biskut Lidah Kucing Pelangi
Ada sesiapa teringin ke???
Kalau malas buat ...boleh order pada MA
Cepat pm atau WhatsApp di no 0122485408


Friday, March 28, 2014

IKAN CENCARU SUMBAT VERSI BAKAR

Bismillah pembuka bicara......

Assalamualaikum......salam sayang serta salam sejahtera untuk anda semua yang sudi berkunjung ke dapur MA  ini. Walau pun tuan rumahnya saperti biskut cipmore......sekejap ada dan sekejap tak derr.....
Dah lama juga  MA tak mengupdate .....Bukan kerana apa-apa ...yerrlah cuti-cuti sekolah nie....
makanya MA mengambil kesempatan untuk turun ke Shah Alam.....jadinya saperti biasa kalau berjalan.....huhuhu pastinya laptop nie tak berusik......
Pagi semalam MA ada masakkan Ikan Cencaru Sumbat.....dah lama sekali tak buat resipi nie....     
Teringin pula, kebetulan semasa kepasar semalam, banyak pula ikan cencarunya ....cantik-cantik pulak tuu....apa lagi MA rembatlah 2 ekor untuk dibuat resipi nie.....
Okey...mai kita tenguk resipi yang sampoi nie.......


IKAN CENCARU SUMBAT
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 2 ekur ikan cencaru - dibelah belakang
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 biji cili merah*
  • 6 biji cili padi* (boleh ditambah jika suka pedas)
  • 2 sudu besar cili kering* (yang telah dikisar halus)
  • 3 sudu besar air asam jawa*
  • 1/2 sudu teh pati ayam*
  • Sedikit belacan*
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit minyak (Cuma guna sedikit jerr...sbb MA bakar)
Cara-caranya :
  1. Ikan cencaru dibelah belakang, bersih dan toskan.
  2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * (boleh juga diblander)
  3. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan garam dan gula serta sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  5. Bila sudah garing, matikan api dapur. Sejukkan sebentar.
  6. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumiskan tadi kedalam ikan cencaru.
  7. Letakan sedikit minyak kedalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan sambal tadi.
  8. Bakarlah selama 20 minit. Setiap 5 minit terbalikkan ikan tersebut.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Ikan Cencararu Sumbat versi Bakar
Sedappp sangat....
Mai kita sama-sama pakat buat...senanggg
(Kalau guna pemanggang ajaib....lagi lerrr senangg sangat)
Selamat mencuba.....