CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 5, 2014

KINTA RIVERFRONT a.k.a I-CITY IPOH .....dalam kenangan.

Assalamualaikum....
Berdasarkan pada n3 nie....MA nak ceritakan sikit tentang 
KINTA RIVERFRONT a.k.a  I-CITY IPOH
Ramai yang tidak tahu....orang Ipoh pun ada I-City.....hehehe
Yelah ....tidak dapatlah dibandingkan betapa gahnya I-City di Seksyen 7, Shah Alam
I-City Ipoh...cuma tempat beristirehat bagi warga bandaraya Ipoh diwaktu malam jerrkk...
Yang penting....Tiada bayaran dikenakan untuk berjalan-jalan di I-City Ipoh.

Kalau anda berada di Ipoh....jika anda nak ke I-City Ipoh....
Nak tahu di mana....????
Kalau anda nak pegi sana....anda bolehlah ikut belakang Bank Islam..
dari jalan besar korang akan nampak Kinta City Riverfront Hotel...
jadi ikut saja jalan tu....InsyaAllah pastinya korang akan sampai 
ke I-City Ipoh a.k.a Kinta Riverfront.

Disini korang bolehlah beristirehat sambil menikmati keindahan
pancaran lampu bewarna warni....
Disepanjang kawasan Riverfront nie....ada mengalirnya sungai Kinta ...jadinya
dikedua-dua tebing sungai inilah wujudnya I-City Ipoh...
nama jolokkan yang diberikan oleh orang2 Ipoh...hihihih
Disini juga korang boleh menjamu selera sambil menikmati
pemandangan indah yang dihiasi oleh lampu LED, disepanjang tebing sungai.....


Ini pemandangan I-City Ipoh apabila kita
melihat,,,,,melalui di atas jambatan yang merintasi sungai Kinta
Betapa indahnya....
Keindahan ciptaan manusia...yang mana ideanya dari yang MAHA KUASA.

Ini pula jambatan yang merintasi sungai Kinta
Kita boleh menyusurnya untuk keseberang....
I-City Shah Alam....takde...jambatan kan kan .....


Ini pula tebing diseberang sungai...
Disinilah biasanya orang beristirehat ,,,,kerana disepanjang tebingnya
ada dibina benting bagi pengunjung duduk beristirehat.....
sambil menikmati keindahan lampu bewarna warni diwaktu malam...
serta melihat pengunjung yang ingin mengayuh basikal 
menyusuri tebing sungai Kinta...
Dan disepanjang tebing ini juga penuh dengan kedai2 makan,
bagi anda yang ingin menjamu selera.....bolehlah kesini.


Disini juga korang boleh mencuba menaikki basikal
untuk menyusuri sepanjang tebing sungai....
Basikal yang boleh dikayuh untuk berdua orang....
Bayaran yang dikenekan cuma rm10 untuk masa 30 minit....



Kalau anda singgah ke Ipoh, bolehlah jejak kesini.
Takyah pi jauh2...Ipoh pun dah cantik......




Tuesday, February 4, 2014

AYAM MASAK TOMATO...yang menyelerakan


Selamat pagi...salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog MA...
Pagi nie ..apa yang hendak dimasak yerr...????
Untuk anda yang tengah tercari2...resipi apa kah yang hendak 
dimasak buat family tersayang...
Apa kata hari nie mai kita masak AYAM MASAK TOMATO......
resipinya taklah susah sangat.....tapi membuka selera kita...
apatah lagi  kalau dimakan dengan nasi yang berperisa saperti 
nasi minyak, nasi tomato dan nasi jagung.....dll nasi.
Okeylah untuk tidak melengahkan masa ...mai kita intai resipinya......


AYAM MASAK TOMATO
Oleh : MA

Bahan A :

 1/2 ekor ayam
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu makan sos tomato
1/2 kiub pati ayam
Minyak masak 
Garam dan gula secukup rasa
(MA guna sedikit gula pasir + gula kabung)
Serbuk kunyit 
Sedikit air

Bahan B : (Di kisar)

20 tangkai cili kering
4 biji cili padi - option (kepada yang suka pedas)
1" halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 batang serai - dipotong kecil2
2 biji tomato - potong kecil


Cara Membuatnya :

1.   Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaul
dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam separuh masak.
2.   Panaskan minyak lebihan gorengan ayam tadi (jika banyak minyaknya 
keluarkan, hanya tinggalkan cuma anggaran 3 sudu besar sahaja).
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
3.   Kemudian masukkan tomato yang telah didadu, tomato sos, kiub pati ayam,
gula dan garam. Sesuaikan citarasanya dengan selera kita....
4.   Kemudian baru masukkan ayam yang telah bergoreng separuh masak tadi.
Gaullah hingga sebati dan rata. Jika terlalu kering kuahnya tambahkan sedikit air.
 Bila telah berpuas hati dan telah elok masak, tutupkan api.
5.   Hidangkanlah dalam pinggan.

Ayam Masak Tomato....telah pun terhidang
'JEMPUT MAKAN'






Monday, February 3, 2014

TART BUAH KASTAD ...semestinya menyelerakan dan sodaappp.....

Assalamualaikum buat warga blog semua....semoga kita semuanya berada dalam rahmat ALLAH.
N3 kali ini MA updatekan Tart Buah Kastad yang baru-baru ini telah MA buat atas pemintaan customer MA....terima kasih pada Cik Ika yang sudi menempah. Resipi tart kali ini ......MA skodeng daripada dapur Citarasawan, terima kasih kepada beliau atas pengkongsian resipi yang sangat sedap nie....
Sebelum nie MA pernah membuat tart buah ini, tapi resipi yang MA buat sebelum nie adalah resipi semasa MA dok tengah gila belajar memasak....ini adalah cerita lama, semasa MA dok tengah bekerja lagi...
Bagi anda yang nak ingin mencuba resipi berkenaan ...bolehlah KE SINI.
Manakala bagi anda yang ingin mencuba resipi ini....dipersilakan, resipinya yang ada di sini....
Bagi MA kedua-kedua resipi ini sedappp....jangan lah anda risau, MA sekadar cuba memperbagaikan koleksi resipi tart buah dalam simpanan MA jeerrkk.....
Okeylah...mai kita cuba sama-sama resipi nie....secara step by step......

TART BUAH KASTARD
yang memang sedaappp....

CUSTART FRUIT TART/ TART BUAH KASTARD
Sumber : Resipi Citarasawan
Oleh : MA

Bahan Pasteri Tart :
  • 60g gula icing
  • 250g tepung gandum (MA guna tepung rose)
  • 125g mentega sejuk - dipotong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh essen vanila/ essen badam
Cara-caranya :
  1. Satukan gula icing & tepung gandum.. Dengan menggunakan hujung jari ramas mentega sejuk kedalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, essen vanila, gaul sebatikan dan di ikuti dengan air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekankan kedalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit atau hingga masak pada suhu 160C.
  5. Keluarkan daripada oven dan sejukkan dahulu kulit tart sebelum diisi dengan filling kastard dan buah-buahan segar.
FILLING KASTARD
Bahan-bahannya :
  • 400mi susu segar
  • 100g gula kaster
  • 60g tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 sudu besar mentega
Cara-caranya :
  1. Satukan semua bahan-bahan filling kastard kecuali mentega. Masak diatas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau sehingga lincin dan berkilat.
  2. Masukkan kedalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap untuk mengelakkan kastard bahagian atas mengeras dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Masukkan kedalam pipping bag dan picitkan ke dalam kulit tart, hias dengan hirisan buah-buahan segar. 
HIASAN : Buah strawberry, blueberry, kiwi, mandarin oren dsbnya.

Apabila doh telah pun siap diadun dan direhatkan selama 15- 20 minit...
Ambil doh sebesar ibu jari dan tekan kedalam acuan tart mini

Kemaskan doh supaya menjadi nipis di sekeliling acuan

Trim kelebihan bahagian atasnya dengan belakang mata pisau...

Doh yang dah siap dinipiskan dan di trim....

Shell tart telah siap di kemaskan dan ditrim.....
Disapukan pula dengan sedikit putih telur, untuk mengelakkan 
supaya shellnya tidak cepat lemau dan sentiasa crispy.
Rehatkan selama  15-20 minit dahulu, kemudian cucuk sedikit dengan garpu.
Bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160C

Sementara menunggu shell tart masak...
Kita prepare pula filling kastard.....
Satukan semua bahan filling kecuali mentega....
Masak diatas api sederhana sehingga filling menjadi kental.
Masukkan mentega dan kacau sehingga licin dan berkilat. 
Masukkan kedalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap...ini 
untuk mengelakkan kastard dibahagian atas mengeras.
Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk.

Shell tart yang telah siap dibakar....

Filling yang telah siap dimasukkan ke dalam pipping bag....
dan dipicitkan kedalam kulit tart......dan kita hiaskan pula 
dengan hirisan  buah-buahan segar.

Untuk tart buah kali ini, MA sediakan untuk di hiasannya.... 
dengan buah anggor, kiwi dan mandarin oren.

Buah anggor dibelahkan 2 sahaja
Seelok-eloknya dapatkan buah anggor yang tiada biji.

Buah kiwi di potong kecil-kecil
Isshh2...buah kiwi ....sempena Tahun Baru Cina nie...looo  mahal betoi...
MA belikan untuk 2 biji jerrr dah rm8....

Sempena Tahun Baru Cina ini juga, buah mandarin oren terlalu banyak sekali.
Jadinya ...MA ambil keputusan untuk hiaskan tart buah kali ini 
dengan mandarin oren yang comel-comel nie... 

Haa...ini dia tart buah yang telah pun dipenuhi dengan hiasan
buah-buahan...warnanya memang meriah sekali....

Taraaa...nie dia rupa tart buah yang telah menjalani prosesnya..
Untuk mengilatkannya...MA brushkan diatas buah-buahan itu
dengan apricot glaze.... barulah ngam...dan nampak berkilat..
"SELAMAT MENCUBA' 



Tuesday, January 28, 2014

SANDWICH TELUR REBUS....untuk sarapan pagi

Assalamualaikum....selamat malam semua...
Looo...ingatkan nak postkan n3 nie diawal pagi ...tapi yerrk lee kita cuma merancang, tapi ALLAH yang menentukan....Kini MA baru saja balik daripada meronda dari kedai ke kedai .....dok bz membeli barang keperluan dapur dan bahan2 kek....
Seawal pagi tadi MA dan My Hubby telah keluar untuk bersarapan pagi di kedai....biasalah rutin harian. Kalau angin kemalasan melanda, pastinya kami bersarapan dikedai jerr......pagi2 begini MA dan My Hubby jerr yang ada dirumah nie....SiBongsu bersekolah.
Sandwich Telur Rebus nie pun MA buatkan untuk bekalan siBongsu ... kebiasaannya di atas pemintaan siBongsu MA sering buatkan nasi goreng untuk bekalan, tapi semalam siBongsu request... hari nie nak sandwich pulakkk dahhh......
Jadi MA layan jeerr lah kerenah siBongsu.....tak susah pun nak buatkan sandwich nieee.....sampoiii jeerrr
Okeyle mai kita tengok caranya step by step......jangan risau, senang jerr membuatnya.
Walau pun senang dan sampoiii.... MA abadikan juga cara membuatnya disini....semoga anak-anakku diperantauan dapat membuat dan menikmatinya, sekiranya rindu masakkan mamanya........huhuhu

SANDWICH TELUR REBUS
Oleh : MA

Bahan-bahan yang perlu ada :
  • 10 keping roti gardenier
  • 4 biji telur - direbus dan dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula kaster/ gula pasir pun boleh
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu makan mayonis
  • Mentega/ majerin secukupnya
  • 1 biji timun - bersaiz kecil*
  • 1 biji buah tomato - bersaiz sederhana*(bahan2 ini di potong nipis) - pilihan jeerrr
CARA MEMBUATNYA....SEPERTI DIBAWAH....

Pertama sekali..rebuskan telur 4 biji....sebelum nak tidur malam ....
Bangun paginya selesai urusan solat....kita mengadaplah kepada
telur yang dah direbuskan semalam....Kupaskan kulitnya...
Kemudian lenyekkan dengan garpu sehingga hancur saperti dalam gambar

Bila dah elok hancurnya....masukkan 1/2 sudu teh garam,
1/2 sudu teh gula kaster, 1 sudu teh serbuk lada putih,
2 sudu makan mayonis.
Kacau dengan garpu supaya telur dan bahan2 tadi
elok sebatinya......ketepikan.

Ambil beberapa keping roti gardenier (MA guna 10 keping)
sapukan dengan mentega/ majerin dipermukaannya...

Bubuhkan adunan telur yang telah elok sebatinya tadi di atas
roti....lagi banyak adunan telurnya ..lagilah sedaapp

Kemudian paipkan cili sos diatas adunan telur tadi......
Kalau suka letakkan di atasnya dengan kepingan tomato dan timun
yang telah dipotong nipis2......
Tapi sandwich dikali ini MA tak bubuh pun.....bahan2nya tak de..
hentam jerr laaa labuuu......
SiBongsu lebih suka cara nie.....biasalah budak2...tak suka sayuurr...

Tutupkan roti tersebut dan kita potongkan kulit tepinya...
supaya kelihatan cantik dan kemas ....

Tengok tuu....roti yang telah siap dipotong kulit tepinya...
Nampak kemas jeeerrr....hehehe
Kemudian roti tersebut di potongkan 2....secara
menyerong atau pun memanjang....terpulang pada
citarasa masing2....

Taraaa....nie dia sandwich yang telah selesai menjalani  prosesnya...
MA potong cara menyerong jerrr......
Bolehlah dihidangkan.....

Jemput Makan.....
Mai leee kita dok sama2 pakat buat 
Sandwich Telur Rebus niee...
untuk sarapan pagi besok......
'SELAMAT MENCUBA dan BERJAYA'