CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 13, 2014

DESTINASI MA KELIMA KE KAMPONG KUBU, JITRA KEDAH, BUKIT KAYU HITAM & LADANG RAKYAT LAKATEMIN, SERTA SEBERANG PERAI PENANG.

BISMILLAH.......
Assalamualaikum.....salam sejahtera untuk anda semua yang sudi bertandang keblog MA.
Kali ini MA nak ceritakan pula percutian MA ke rumah sahabat baik My Hubby.
Semoga n3 ini menjadi kenangan abadi untuk MA & anak-anak.
Selepas solat mahgrib, kami pun bertolak dari rumah Tuan Haji Samuri
 kerumah sahabat baik My Hubby.
Semasa bujang dahulu My Hubby sering kesini.....menghabiskan cuti-cutinya.
Boleh dikatakan kebanyakkan orang Kampung Kubu nie My Hubby kenal...
Tetapi sekarang....kebanyakkannya telah pun arwah....
Terlalu lama sekali My Hubby tidak kesini.....
Disini My Hubby mempunyai mak & ayah angkat serta kakak & abang angkat....
Bila kesini...My Hubby kata banyak kenangan yang mengusik jiwanya.
Amboi mak ...biasalah dizaman bujang-bujang....
Mungkin awek lamanya juga ada disini (disebelahnya berbaju biru)......
Bagi MA itu cerita silamnya......sedikit pun MA tidak cemburu padanya.
Biarkanlah Luncai terejun dengan labunya...biarrrrkaannn..hehehe

Ini lah kawan baik My Hubby yang MA maksudkan..
Datuk Hamzah bin Haji Adnan....kawan semasa mula bekerja & berkursus..
Pada mula pertemuan, My Hubby & Datuk Hamzah, mereka bermusuhan...
masing-masing jiwa kenegerian...(seorang Negeri.Sembilan & seorang Kedah)
tapi entah macam mana at last menjadi sahabat paling baik pula...
ayah & ibu beliau menjadi mak & ayah angkat My Hubby.. 

Ini pula isteri En Hamzah....Puan Azian binti Majid.....
seorang yang ramah & cepat mesra orangnya serta amat baik budi bahasanya...
Ketika berada dirumah mereka ...tak kering gusi kami dibuatnya...
Banyak cerita-cerita lama dalam kenangan telah diceritakan semula.....
Seronok berada disini....dengan suasana kampongnya....
Apatah lagi dibelakang rumah ada sawah padi yang saujana mata memandang....
Tempat Datuk Hamzah memadu kenangan mengusik jiwa......  
Nyaman , tenang & sunyi.... 

Apabila disini ....inilah tempat kami melepak & bercerita kisah-kisah silam...
Memang memori indah yang tak boleh dilupakan....
Malamnya sehingga pukul 2 malam, kami bersembang .... 

Yang pakai baju merah tu jugak kawan baik My Hubby ....
My Hubby cerita semasa beliau kesini dulu-dulu.....ketika Datuk Hamzah 
tiada bersama dikampong....
En Eitt ( Haji Halim) lah yang menjadi peneman dia berjalan keliling kampong....
Orangnya baik, riuh serta mesra sekali.....En Eitt adalah sepupu pada Datuk Hamzah.
Yang bertudung itu pula mak angkat My Hubby, ibu kepada Datuk Hamzah..
Baik & mulia sekali orangnya....tapi sayang sekali kedatangan kami 
kesini dikali ini terasa kekurangan sesuatu kerana bapa Datuk Hamzah 
sudah pun meninggalkan kami....
Al-Fatihah buat Arwah bapaku Pak Nan.....
Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang beriman....Amin.

Kenangan yang tak mungkin dilupakan....
Semoga anak-anakku tidak melupakan insan-insan ini sekiranya kami sudah tiada...
Semoga tali syairatulrahim ini dapat dikekalkan berterusan sehingga keanak cucu...

Ini pula kakak angkat My Hubby ...Kak Mudah
Tinggal di Ladang Rakyat Lakatemin...
Juga sudah lama tidak berjumpa....sehingga pada mula pertemuan,
dia telah tidak kenal My Hubby.....kerana My Hubby sekarang dah pun berumur (RB)....
mungkin perubahan rupa juga turut berubah....
Abang angkat My Hubby (suami Kak Mudah) juga telah meninggal dunia..
Al-Fatihah juga untuknya...Arwah Abang Chin ( Arwah abang Hashim).

Ini pula anak Kak Mudah....semasa My Hubby sering kesini dulu...
Lan (Roslan)...ketika itu masih lagi kecil.....tapi sekarang sudah pun berumahtangga
 & punya anak....tinggal ditempat lain, tapi apabila mengetahui My Hubby
ada di Ladang Rakyat Lakatemin...beliau datang kesini untuk bertemu 
dengan My Hubby.

Kenangan yang tak dapat dilupakan..
InsyaAllah semoga kita dapat bertemu kembali
dilain masa dilain hari......jika dipanjangkan umur....Amin.

Selepas ke Ladang Rakyat Lakatemin...kami kesini pula
Komplek Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam.
Cuma berjalan-jalan jerk....bawa anak-anak yang tidak 
pernah kesini setelah besar panjang nie...
Dulu MA & My Hubby selalu juga bawa mereka kesini,
tapi itu dulu semasa mereka kecil-kecil...

Ini pula didalam Komplek Bebas Cukai...
tak banyak yang kami belikan...cuma berjalan-jalan jerk...
Rasanya seronok lagi apabila berada di Padang Besar...banyak 
yang boleh dibelikan disana.....
Disini kami cuma belikan bermacam jenis cokelat jerk...
Untuk dibawa pulang.....
Dalam perjalanan balik ...kami singgah ke Seberang Prai pula...
Disini dua orang adek MA tinggal.....mereka tinggal didaerah Bukit Mertajam.
Kebetulan berada disini ...MA pun mengambil kesempatan ini untuk menjamu selera
'Mee Cheruk Tok Kun'......sedappp tuuu.

Ini pula dirumah adek MA
Puan Rohaidah & suaminya En Abd Razak
Lama juga kami dirumah nie....sehingga pukul 11.30mlm baru 
bertolak balik ke Ipoh....

Malam tu kami jamu selera dengan satey...
Belanja dari anaknya Rahim...
Sebelum kesini, kami singgah dirumah adek MA yang seorang lagi... 
Puan Rozita & suaminya En Shaiful....rumahnya diKubang Semang.
Singgah hanya sebentar jerk....suaminya bekerja
tak sempat pun kami bertemu beliau....
Tapi disana lupa pula MA nak snap gambarnya...

Ini anak & cucu pada adek MA..
Mereka duduk ditempat lain....kebetulan masa MA tiba
mereka ada disini....
Malam nie kami sampai kerumah 
dekat pukul 2 malam... 
Baginilah berakhirnya percutian MA semasa cuti sekolah 2013 nie.



Friday, January 10, 2014

KERABU TOMATO...YANG MEMANG MENYELERAKAN

Assalamualaikum....Selamat tengahari..
Semoga hari Jumaat yang berkat nie....memberi rahmat kepada hidup kita....
Ditempat MA seawal pagi lagi hujan telah mencurah-curah turun...
Jadinya tak dapat kemana-mana, terlalulah malasnya nak melangkah keluar
dalam hujan -hujan begini...
Jadinya dikesempatan yang terluang nie...MA manfaatkan dengan n3 
menu-menu yang tertunggak jerk..
Menu kali ini adalah Kerabu Tomato...MA memang suka dengan menu nie..
Selalu jugak MA buat sekiranya tomato ada berlebihan di rumah.... 
Sudah semestinya buah tomato sentiasa ada stok didalam peti ais MA....
Selain kerabu tomato ....MA juga suka jus tomato.
Tahukah anda buah tomato memang kaya dengan vitamin, mineral 
& antioksidan boleh membantu meningkatkan sistem imun.
Melawan berbagai penyakit termasuk kanser.
Disamping memberi perlindungan terhadap penyakit 
kardiovaskular, tomato juga baik untuk kesihatan mata, usus, kencing manis,
darah tinggi, kulit, mencegah katarak, kedutan, bintik gelap, melawan peroses
penuaan & jangkitan pada salur kencing.
Kandungan niasin (B3) dalam tomato boleh membantu menerunkan paras
kelesterol yang tinggi & mineral kalium pula boleh mencegah kekejangan otot.
Pendek kata banyak khasiat tomato pada kehidupan kita, 
kalau nak dsenaraikan pastinya tak cukup satu mukasurat nie....... 
Okey la....mai kita lihat resipinya......


KERABU TOMATO
Oleh :MA

Bahan-bahannya :

3 biji buah tomato - sederhana besarnya
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 biji cili merah *
3 biji cili padi * (Pilihan jika suka pedas)
Sedikit belacan & garam *
1 sudu kecil gula

Cara membuatnya:

Buah tomato dipotong nipis-nipis & masukkan kedalam satu bekas. Ketepikan.
Tumbuk bahan-bahan bertanda* sehingga lumat. (Seeloknya 
tumbuk dengan lesong batu...jangan guna blander)
Masukkan bahan tumbuk ini kedalam bekas tomato tadi.
Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris, bersama dengan gula.
Gaulkan tomato, kemudian simpan tomato dalam peti sejuk, supaya dia sebati.
Simpan sekurang-kurangnya 20 minit.
Hidangakan kerabu tomato nie bersama nasi putih panas-panas atau
enak dimakan bersama nasi tomato. 

Kerabu Tomato yang memikat selera
'SELAMAT MENCUBA.'

Thursday, January 9, 2014

DESTINASI SEMPENA CUTI SEKOLAH MA YANG KEEMPAT.....BATU 13, SINTOK CHANGLUN, ARAU PERLIS & PADANG BESAR

Salam.....selamat bertemu kembali.
N3 kali ini MA nak ceritakan pula...tentang perjalanan MA
bercuti ke Sintok Changlun, Arau & Padang Besar.....
Pada 29.12.2013 bermulalah perjalanan kami 4 beranak 
Ke KEDAH DARUL AMAN.
Memang kami merancang nak kerumah 
TUAN HAJI SAMURI & PUAN SOLIHAH.
Tuan Haji Samuri adalah bos lama MA.....semasa bekerja di Shah Alam dulu...
Dulu beliau bekerja di Pos Malaysia sebagai Pengurus Negeri Selangor.

Ketibaan kami dirumahnya dah lewat petang...
Jadinya petang tu kami dijamu dengan Kuetiaw teringat-ingat
Resipi Puan Solihah....sedappp

Ini dia rupa kuah kueytiaw tuu....
Nanti mitak resipi yerk....hehehe

Ini pula kueytiaw yang telah besalut dengan telur
& digorengkan saperti telur dadar....

Haa...nie dia tuan rumahnya...
Tuan Haji Samuri & Puan Solihah
Kami dijamu dengan Kueytiaw Teringat-ingat.

Tuan Haji Samuri & Puan Solihah tinggal berdua jerk
Rumahnya terlalu besar....anak-anak tinggal berjauhan....
3 orang tinggal di Shah Alam & seorang diPenang.
Jadinya Tuan Haji & Puan selalu berulang alik ke Shah Alam & Penang
berjumpa anak, menantu & cucu.

Pada malamnya selepas solat Magrib kami dibawa berjalan 
ke Kuala Perlis..
JJCM... 

Sebelum menjamu selera...sempat juga kami naik kereta kuda...
Kata Tuan Haji nak bagi merasakan SiBungsu naik kereta kuda...
Tapi bukan saja SiBungsu yang naik ...
MA, My Hubby serta SiKakak juga turut teringin nak naik...
cian kuda padi tu...menarik kami berempat..
Naik kereta nie...sponser dari Tuan Haji...
Hehehe....terima kasih yerk Tuan Haji....

Pertama kali...merasa naik kereta kuda...
Seronokkkk...
tapi cian pada sikuda padi......!!!!

Ini semasa kami di Kuala Perlis...
Lepas nie kami menjamu selera pulak...tapi sorryle terlupa pulak 
MA nak snap gambar-gambarnya...huhuhu
Dek terlalu sedap menjamu selera....sampai terlupa semua...hehehe
Dalam perjalanan balik...Tuan Haji bawa kami pusing-pusing 
di pekan Arau pulak........melihat istana Raja Perlis....dll lagi
DiArau kami cuma pusing dengan kereta jerk.....malas nak turun
Perut dah kekenyangan.....hehehe.
Kami kesini dengan sebuah kereta jerk....senang 
nak bersembang-sembang & bertanya itu & ini...
Kalau naik 2 buah kereta ....tak senonok lee...
Dalam perjalanan kami ke Kuala Perlis & Arau dimalam tuuu...
Kami melalui 4 sekatan pemeriksaan polis...
Looo banyaknya sekatan....SiBungsu pada tiap-tiap kali 
melalui sekatan...takut betul diaa.... apabila nampak sekatan jerk...
pastinya dia tunduk & turun kebawah...ditempat ruang kaki.
Kami mengusik dia....kerana terlalu ramai dalam kereta....
jadi kalau polis terlihat pastinya kene tahan ....
& pastinya SiBungsu kena keluar ...tak boleh naik kereta tu lagiii....
Hehehe ......takut sekali SiBungsu.
Sian SiBungsu....perut dah kekenyangan....tapi terpaksa turun naik...
turun naik.....bila nampak sekatan....
Sabo je lee...

Ini dia cicak Tokay Gecko...
Yang satu masa dulu terlalu heboh orang mencarinya...
Harganya pun melambung tinggi...
sehingga mencicah beribuan ringgit.....
Tokay nie banyak terdapat dirumah Tuan Haji....

Haa nie dia rumah Tuan Haji Samuri & Puan Solihah
Pertama kali sampai kerumah nie....terasa macam bercuti di Resort jerk.

Pintu masuk kerumah Tuan Haji....

Jalan masuk kerumah Tuan Haji...
Tiang-tiang kayu tuuu....adalah kayu 
landasan keretapi...
Cantikkkk sangat-sangat pemandangan disini.....

Seronok berada disini.....sunyi jerk
Rumahnya berada dikawasan tanah yang luas....
Puaslah Tuan Haji nak bercucuk tanam & membela binatang ternakkan.

Pemandangan jalan disisi rumah  untuk kebelakang.....

Dibelakang ....saperti tirai tuuu, adalah kolam ikan
Sebenarnya tirai tuuu...adalah akar pokok yang ditanam diatas 
kolam ikan tu.,,,
Cantik kan... kannn ...nampak saperti tirai...
Sunyi, nyaman & tenang.....

Ini pula dikawasan sisi rumahnya...
Bangunan belakang tuuu...Zoo mini  Tuan Haji.
Dibelakang sekali tu....kebun buah-buahannya....
reban ayam juga terletak disana....diluar pagar rumahnya.

Ini pula di Pekan Padang Besar....
Tuan Haji juga bawakan....pergi dengan satu kereta jugak.
Kami hanya berjalan-jalan jerk....
Tak banyak pun beli barangnya...
SiKakak & SiBungsu tak pernah pergi kesana...

Ini di Arked Padang Besar...
Boleh tahan  juga harga barang-barangnya...
Susah nak menawar....harga dah ditetapkan...
Bila tuan kedai turunkan harga ....itu le harganya...dah tetap dah...

Kenangan diluar perkarangan Arked.....

Dibelakang tuu banyak lagi kedai-kedai...
MA suka membeli belah disana....harga dikedai nie 
rasanya lebih murah daripada kedai-kedai diArked...
Kami sebentar jerk diPadang Besar nie...
Cuma nak jalan-jalan jerk....membelinya tak banyak...
Kami pergi pun dah petang....

Balik daripada Padang Besar ....
menjamu selera lagi....
Makan lagiii.....makan..makan...makannn...
Selepas nie ....selepas solat Magrib kami 
akan meninggalkan rumah nie...
untuk kedestinasi seterusnya...kerumah Kawan baik My Hubby pulak...

Banyak kenangan bersama Tuan Haji & isteri . 
Terutama peristiwa SiBungsu dikejar olih burung ayam-ayam
Tuan Haji...hehehe terlompat-lompat SiBungsu untuk
mengelakkan patukkannya......
(Terlupa pula namanya.......jadi kita panggil burung ayam-ayam jer lee..) 
Kata Tuan Haji dia beli di Siam
Memang dia suka mematuk.... Mulanya dia berada didalam 
kurungan. Semasa didalam kurungan SiBungsu tenguk & mengusiknya...
apabila Tuan Haji melepaskannya
Orang pertama yang di kejarnya ...adalah SiBungsu, 
orang lain berada juga disitu
Tapi tak pulak dikejarnya.....hehehe
Memang kenangan yang tak bolih dilupakan...
riuh rendah gelakkan pada SiBungsu...... 
Terima kasih banyak-banyak  pada budi baikTuan Haji & isteri..
Panjang umur ...InsyaAllah kita bertemu lagi...

Serangkap pantun untuk Tuan Haji & isteri.....

Pisang emas dibawa belayar.
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh kubayar,
Hutang budi dibawa mati...