CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 31, 2013

TEMPEYEK....Kuih Kudapan Kegemaranku

Salam sejahtera untuk semua pengunjung yang sudi bertandang keblog MA....
Selamat menyambut hari MERDEKA pada warga Malaysia yang dikasehi......semoga negara kita Malaysia sentiasa berada didalam aman dan damai sentiasa....Aminnn
Hari ini MA N3kan resipi Tempeyek, yang MA pernah buat bagi jualan semasa MA tinggal di Shah Alam sewaktu zaman bekerja dahulu.....
Tempeyek nie MA buatkan bersama-sama dengan kuih Rose (Kuih Goyang) bagi jualan direstoran & kedai pam minyak disekitar Shah Alam, Subang & diKelana Jaya. MA packingkan dalam bungkus kecil-kecil & hantarkan ke restoran & kedai pam minyak tersebut untuk jualan....
Alhamdulillah.....sambutannya menggalakan. Untuk menggoreng tempeyek nie MA menggajikan 2 orang pekerja, MA just buat bancuhannya sahaja.
Walau bagaimanapun itu cerita lama, ketika MA tinggal di Shah Alam....
Sekarang hanya tinggal kenangan yang mengusik jiwa....
Baru-baru ini MA ada buatkan tempeyek ini untuk kudapan bagi menyambut hariraya .....
Sebagai rujukkan MA kelak, maka MA salinkan resipi nie disini......bagi kawan-kawan yang teringin nak membuatnya ...dipersilakan. Bancuhan tempeyek MA nie nipis sahaja.....jadi pada kawan-kawan yang berhajat nak mencuba membuatnya untuk makan sendiri, dinasihatkan buat 1/2 bancuhan je......kerana nanti jemu pulak duduk menggorengnya......
Okey...jom kita tenguk resipinya ......


TEMPEYEK 
Oleh : MA

Bahan-bahannya : (Bancuhan yang MA buat untuk jualan)

Bahan A:

450g tepung beras* (MA guna tepung beras cap 3 gajah)
1 sudu kecil garam*
1 sudu besar ajinomoto*
21/4 sudu besar gula kasar*(*Bahan-bahan ini dicampurkan sekali)

Bahan B:

10g jintan manis**
7g jintan putih**
12g ketumbar biji**
2 biji buah pelaga**(dibuang kulitnya)
12g halia**
40g udang geragau**(**Bahan ini diblender & campurkan dengan 300ml air)

800ml santan
2 biji telur gred C
2 sudu kecil air kapur (kapur yang telah dilarutkan airnya - dalam bekas kapur)
Sedikit kacang tanah>
Sedikit ikan bilis>(Kacang tanah & ikan bilis digorengkan terlebih dahulu)
Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya :
  1. Santan & air kapur campurkan dengan bahan A, kacau sebatikan. Tapiskan kedalam blender & campurkan telur & diblender supaya bahan sebati. 
  2. Masukkan bahan B kedalam bancuhan tepung tadi. Sebatikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, Panaskan juga acuan tempeyek dengan merendamkannya didalam minyak yang panas.
  4. Apabila acuan sudah cukup panas, angkat acuan & siramkan keatasnya dengan adunan tepung tadi,lebihan adunan dituangkan semula didalam bekas adunan, jadi yang tinggal pada acuan hanya lapisan yang nipis je. Taburkan atasnya dengan beberapa biji kacang tanah & beberapa ekor ikan bilis. 
  5. Gorengkanlah adunan ini sehingga garing.
  6. Apabila sudah elok keperangan, angkat tempeyek itu & toskan.
  7. Setelah tempeyek sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

'SELAMAT MENCUBA' 


Tempeyek dah pun siap terhidang
memang sedap untuk kudapan
apa lagi semasa mengadap TV
sekejap je habisnya...


Thursday, August 29, 2013

KETAM MASAK JINTAN .....Favourite MA & keluarga


Salam .... selamat petang semua...
Kali nie MA N3kan  Ketam Masak Jintan yang memang favourite MA sedari dulu lagi.....
Masakkan nie MA belajar daripada bonda MA......selalu jugak MA buatkan dulu-dulu....tapi semenjak kebelakangan nie MA dah jarang membuatnya.....
Alkesah bukannya apa.....sebab yang utama My hubby dah tak berani makan ketam metam nie....huhuhu, apa lagi kerana gout dia tu le....
Sebab yang lain.....yaAllah .....ketam, sekarang nie mahal betul..harganya. Dulu-dulu kalau MA belikan ketam, suka jugak MA rebuskan je ketam nie......tapi sekarang rugi lak MA rasa kalau belikan ketam untuk direbuskan je.... tak berbaloi.
Oleh kerana tu le .....sekarang nie MA lebih suka masakkan ketam, cara nie saja.....disamping berselera makan.....yang paling utama sedap pulak tu rempah ratusnya....
Si bungsu suka betul dia dengan masakkan ketam cara nie.....
My hubby....huhuhu, ciannya dia.....tak berani nak makan ketamnya....tapi rempah ratus masakkan ketam tu, dibedalnya jugak.....
Walau pun MA ada buatkan masakkan lain untuk My hubby...... 
Bagi anda yang ingin mencuba masakkan yang menjadi favourite MA nie.....jom kita tenguk resipinya......


RESIPI KETAM MASAK JINTAN
Oleh : MA

Bahan-bahannya:

3 ekor ketam sederhana besar - dibuang kepis & kulit kerasnya, serta dibersihkan
3 biji cili merah*} 
4 biji cili padi*}- boleh juga digantikan dengan cili kering diblander halus
(mengikut kepedasan yang anda suka) 
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
Sedikit belacan*(* bahan-bahan ini diblander halus)
1 sudu kecil serbuk jintan manis**
1 sudu kecil serbuk jintan putih**(** dicampurkan jadikan pes)
1cawan pati santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ketam & menumis

Cara Memasaknya :
  1. Ketam yang telah dibersihkan, lumurkan dengan garam & kunyit, kemudian digorengkan separuh masak. Ketepikan.
  2. Gunakan semula minyak yang menggoreng ketam tadi, jika minyak terlalu banyak kurangkan sedikit minyaknya.
  3. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan-bahan yang diblander hingga naik bau. Kacau selalu supaya elok garingnya.
  4. Masukkan campuran pes jintan tadi, kacau sebatikan & biarkan sebentar sahingga garing & naik bau.
  5. Masukkan pati santan, kacau & biarkan kering sedikit.
  6. Perasakan garam & gulanya mengikut selera kita, masukkan ketam yang telah digoreng separuh masak tadi. Balik-balikkan ketam supaya sebati dengan rempah tadi.
  7. Bila dah agak kering sedikit, tutupkan api.
  8. Bolehlah dihidangkan.
'SELAMAT MENCUBA'  




Ini dia Ketam Masak Jintan....favourite MA
Jemput Makan
Wadoohh sedaapppnyaa....
   

PUDING KASTAD MARBLE OREO.....sedaappp

Asalamualaikum, salam sejahtera untuk semua yang sudi bertandang keblog MA ini....
Semalam MA ada mencuba buatkan Puding Kastad Marble Oreo nie.....puding yang sungguh sedap. Biasa le kan sekarang puding oreo nie tengah meletop....jadi MA pun terpanggil untuk membuatnya. Puding nie olahan MA sendiri setelah merujuk resepi-resepi puding oreo yang kawan-kawan blog dah pun mencubanya....jadi MA cubalah olahkan cara MA pula. Alhamdulillah menjadi & sedap pulak tu....
Sibongsu suka sangat dengan puding nie.....sekejap je habisnya.
Kebetulan semalam jiran MA ada buat doa selamat dirumahnya, jadi MA bawakanlah puding nie sebagai buah tangan......
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba kelainan dalam membuat puding oreo, mai lah cuba buat puding nie cara MA pulak, disini MA sertakan resepinya....



PUDING KASTAD MARBLE OREO
Oleh : MA

Bahan-bahannya: (untuk talam 10"x10")

Untuk Lapisan Bawah:

13g agar-agar serbuk
2.5 cawan air
2.5 cawan susu cair dalam tin
1 cawan gula pasir
75g tepung kastad
2 biji telur gred A - dipukul sedikit
3.5 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil vanila essen
2 sudu kecil coklat emalco + 1/2 sudu kecil nescafe (bancuhkan dengan 2 sudu besar air)

Untuk Lapisan Atas:

6g serbuk agar-agar
12 keping biskut oreo - dipatahkan 4, jangan dibuang krimnya
2 cawan air
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul

Cara Membuatnya :

Lapisan Bawah :
  1. Masakkan agar-agar, air & gula hingga larut.
  2. Ketepikan 1/2 cawan susu cair (untuk dilarutkan bersama tepung kastad & telur). 
  3. Masukkan baki susu kedalam larutan agar-agar tadi, kacau sebati hingga mendidih.
  4. Larutkan tepung kastad bersama 1/2 susu cair tadi, masukkan juga telur kedalam adunan ini, & juga essen vanila, kacau sebatikan.
  5. Tuangkan adunan kastad ini kedalam adunan agar-agar, kacau & masukkan juga mentega kedalam adunan ini, kacau sebatikankan sehingga mentega semuanya cair. Masaklah adunan ini sehingga mendidih.
  6. Asingkan 2 cawan kedalam bekas yang lain & campurkan dengan bancuhan coklat emalco yang telah dilarutkan dengan nescafe. Kacau sebatikan.
  7. Tuangkan adunan coklat berselang seli dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang disukai, sehingga habis. Sementara itu sediakan lapisan atas puding ini.
Lapisan Atas :
  1. Masakkan bersama sebuk agar-agar, gula & air beserta susu cair sehingga mendidih. Matikan api.
  2. Tuangkan adunan ini ke atas adunan bawah yang telah tersedia tadi.
  3. Kemudian susunkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan keatas adunan agar-agar tadi.
  4. Biar sejuk, masukkan kedalam peti ais sabentar & bolehlah dihidangkan. 



Ini le rupanya Puding Kastad Marble Oreo
yang dah di potong kecil-kecil &
belum diambil dari loyang lagi.
Mai kita cuba buat....sedaappp

Tuesday, August 27, 2013

IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS...pembuka selera

Asalamualaikum....salam sejahtera untuk semua pengunjung blog MA ...
Semalam MA ada masakkan Ikan kering masak lemak nenas. lama juga MA tak makan masakkan nie, jadi semalam kebetulan kepasar, MA belikan le apa yang patut untuk masak gulai ini.
Berselera betul My hubby makan nasi tengahari semalam.....ngamle tu dengan seleranya. Almaklum masak lemak cili padi......
Nasib baikle orang dirumah nie semuanya tak ada penyakit darah tinggi.....kalau ada ulalala, pasti le tak boleh masakkan resipi nie......
Bagi anda yang masih memikio nak masak apa hari nie.....kome bolehle masakkan resipi nie......sedaaappp membuka selera.
Okeyle tak payahle kita bersembang panjang-panjang, MA pun masih banyak kerja menanti...
Mai kita lihat resipinya...



IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS
Oleh : MA

500g kepala ikan kering talang
10-15 biji cili padi*
2 ulas kunyit hidup*(*ditumbuk lumat/diblander halus)
2 batang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
1 cawan air - untuk mencairkan sedikit kuah
Sepotong nenas - dipotong kecil-kecil
Asam keping & garam  - jika perlu

Cara-caranya :
  1. Rendamkan kepala ikan kering talang untuk mengurangkan masinnya selama 20-30 minit. Bersih & toskan.
  2. Masukkan cili padi & kunyit hidup yang telah ditumbuk kedalm periuk, masukkan juga serai & panaskan atas api dapur sehingga cili padi tersebut kering air sedikit.
  3. Masukkan separuh santan & tambahkan air sedikit bagi mengimbangi kepekatannya, biarkan sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
  4. Masukkan kepala ikan kering talang & biarkan hingga mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan nenas yang telah dipotong kecil. Kacau sebatikan.
  6. Masukkan lebihan santan tadi & kacau selalu sehingga mendidih.
  7. Sesuaikan rasa kuah tersebut dengan citarasa kita, sekiranya masin & masamnya kurang bolehlah ditambahkan dengan garam & asam keping. Selalunya garam tak perlu ditambahkan lagi kerana telah masin, bagitu juga dengan asam keping kerana kemasaman nenas telah pun memadai.
  8. Bila sudah elok masak, tutupkan api & bolehlah dihidangkan.