Semalam MA ada masakkan Ikan kering masak lemak nenas. lama juga MA tak makan masakkan nie, jadi semalam kebetulan kepasar, MA belikan le apa yang patut untuk masak gulai ini.
Berselera betul My hubby makan nasi tengahari semalam.....ngamle tu dengan seleranya. Almaklum masak lemak cili padi......
Nasib baikle orang dirumah nie semuanya tak ada penyakit darah tinggi.....kalau ada ulalala, pasti le tak boleh masakkan resipi nie......
Bagi anda yang masih memikio nak masak apa hari nie.....kome bolehle masakkan resipi nie......sedaaappp membuka selera.
Okeyle tak payahle kita bersembang panjang-panjang, MA pun masih banyak kerja menanti...
Mai kita lihat resipinya...
IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS
Oleh : MA
500g kepala ikan kering talang
10-15 biji cili padi*
2 ulas kunyit hidup*(*ditumbuk lumat/diblander halus)
2 batang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
1 cawan air - untuk mencairkan sedikit kuah
Sepotong nenas - dipotong kecil-kecil
Asam keping & garam - jika perlu
Cara-caranya :
- Rendamkan kepala ikan kering talang untuk mengurangkan masinnya selama 20-30 minit. Bersih & toskan.
- Masukkan cili padi & kunyit hidup yang telah ditumbuk kedalm periuk, masukkan juga serai & panaskan atas api dapur sehingga cili padi tersebut kering air sedikit.
- Masukkan separuh santan & tambahkan air sedikit bagi mengimbangi kepekatannya, biarkan sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
- Masukkan kepala ikan kering talang & biarkan hingga mendidih.
- Bila mendidih masukkan nenas yang telah dipotong kecil. Kacau sebatikan.
- Masukkan lebihan santan tadi & kacau selalu sehingga mendidih.
- Sesuaikan rasa kuah tersebut dengan citarasa kita, sekiranya masin & masamnya kurang bolehlah ditambahkan dengan garam & asam keping. Selalunya garam tak perlu ditambahkan lagi kerana telah masin, bagitu juga dengan asam keping kerana kemasaman nenas telah pun memadai.
- Bila sudah elok masak, tutupkan api & bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment