CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 28, 2013

BISKUT KRUNCHY KARAMEL ALMOND......sedaaapp tak terkata

Selamat sejahtera.....
Kali ini MA nak tayang biskut Krunchy Karamel Almond yang orang dok tergila-gilakan tu. Rasa MA raya tahun nie Biskut Krunchy Karamel Almond nie meletooop betul......he3x
Semejak MA terpandang di rumah azlita-masam manis....terpikat MA nak mencubanya.......
Tapi tak dapat nak mencari tepung Florenta.....huhuhu
Wbp ....alhamdulillah dapat jugak jalan penyelesaiannya......
MA tak guna tepung Florenta ....tapi MA gunakan tepung Siebin (Bee-sting Mix), tepung nie berharga hanya RM17.90 sahaja 1 pek & berat bersihnya 600g.......Kalau membuatnya ...kita boleh dapat 4 loyang 10"x10", banyak tuuu.....
Tapi kalau nak gunakan loyang 12"x12" pun boleh jugak....MA dah try dah....tapi kejadian biskut tu nipis le sikit......tapi jangan risau, masih sedappp.
Okey le pada kawan-kawan yang tak dapat mencari tepung Florenta, moh kita buat dengan tepung Siebin (Bee-sting Mix).....di peknya ada dicatitkan basic resepinya....tapi jangan ikut resepi tuuu.... tak sedapp...
Moh kita ikut resepi yang MA nak berikan nie......
Mula-mula sekali moh kita tengok peralatan & bahan-bahan yang kita nak gunakan dulu....


1.    Untuk membuat Biskut Krunchy Karamel Almond kita mesti ada:
  • Loyang 10"x10" atau 12"x12" pun boleh
  • Kertas kek yang tebal (bukan kertas minyak ye....di kuatiri biskut akan melekat bila dah masak nanti).
  • Pemotong pizza/pisau
  • Pembaris besi....kalau tak ada pun tak pe....tapi kena pandai adjust le untuk potongkan biskut tuu nanti.......
  • Spatula nipis - Gambarnya MA lupa ambil.....huhuhu



2.    Lepas tu kita sediakanlah bahan-bahannya: ( Mai kita pi beli bahan-bahannya)
  • 1 bungkus Tepung Siebin (Bee-sting Mix) - 600g
  • 200g Sun Flower Seeds
  • 200g Kuaci Labu (Pumpkin Seeds)
  • 500g Badam Flake
       Okey bila dah beli bahan- bahan nie semua.....mai kita tengok resepinya pula.....


3.    Mula-mula kita bakarkan sebentar biji-bijirin (Badam Flake, Sun Flower Seeds & 
       Kuaci labu/Pumpkin Seeds), bakar selama 15 minit dengan suhu 160C - tujuan 
       untuk merangupkannya.

4.    Resepi nie adalah untuk loyang berukuran 10"x10"/ 12"x12"
  • Mula-mula bahagikan bahan-bahan di atas kepada 4 bahagian kesemuanya...(Fahamke nie....). Okeylah mai kita sama-sama timbang ye....untuk satu adunan.....kita  sediakan :
  • 150g tepung Bee-Sting Mix
  • 50g  Sun Flower Seeds
  • 50g Kuaci labu (Pumpkin Seeds)
  • 150g Badam Flake

Cara-caranya :

  • Satukan semua bahan di dalam bekas....saperti dalam gambar di atas - gaul rata sehingga bersalut sempurna.
  • Sediakan loyang 10'x10", alas loyang dengan kertas kek sahaja. Loyang yang telah di alas dengan kertas kek tadi, biarkan lebihkan sikit kertas tu di kiri & kanan loyang  - agar senang untuk kita angkatkan biskut nanti.
  • Panaskan oven 170C ........ (suhu nie, anda mestilah kenali oven anda sendiri ).
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang & ratakan nipis-nipis.
  • Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga nampak adunan itu mencair & keperangan/separuh masak sahaja.
  • Keluarkan loyang daripada oven dan potongkan biskut tadi mengikut saiz yang di kehendaki. Masa memotong nie mestilah cepat....kerana dikuatiri biskut akan mengeras. Kalau biskut       mengeras nanti, takut tak dapat potong mengikut bentuk yang dikehendaki.
  • Bila sudah siap di potong semuanya....masukkan kembali biskut yang separuh masak tadi semula ke dalam oven.
  • Bakar semula selama 15 minit lagi atau sehingga elok perang nya.
  • Bila biskut dah masak...sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.


Taraaaa.....nie le Biskut Krunchy Karamel Almond yang telah siap di masak.....


Mai le cuba buat ........
Sedaaapppp

BISKUT TELUR REBUS........Sedaaaappp tuuu

Asalamualaikum....selamat sejahtera...
Hari nie MA nak N3 beberapa biskut citarasa pilihan MA untuk hariraya nanti.....
Masa berjalan bagitu cepat sekali, rasanya tak terkejar oleh kita.......sekarang pun hanya tinggal lebih kurang 10 hari saja lagi, kita dah pun nak meninggalkan bulan Ramadhan. MA masih pun belum membuat biskut-biskut yang kawan-kawan rapat tempah.....
Sebenarnya di tahun nie MA tak ambil pun tempahan biskut.....memandangkan kawan-kawan rapat merengek nak juga, jadi MA pun just buatkan jugak le untuk mereka....tak banyak pun, sbb tu le MA masih belum lagi membuatnya ......mungkin le sehari dua nanti........lagi pun mereka-mereka yang menempah pun taklah duduk jauh sangat......
Ok le mari kita tenguk resepi biskut apa pula yang MA nak tayangkan ini.....
Baru-baru nie MA ada le skodeng biskut di dapur mas - Duniaku, terpikat dengan komen mas, jadi MA pun mencubalah membuatnya.....tapi biasalah MA, tak pandai pakai sukatan cawan-cawan ni.....apatah lagi kalau sukatan mentega yang menggunakan cawan.....laaaa leceh nya.......
Jadi resepi yang MA sertakan dibawah nie MA dah tukar ke sukatan metrik, tapi kepada anda yang nak menggunakan sukatan cawan leh le tenguk di rumah mas DISINI. Terima kasih pada mas serta Mamajay untuk resepi ini....
Mai kita buat,,,,,,sedappp, pasti takkan menyesal .........
MA just buat 1/2 sukatan je daripada resepi di bawah, itu pun dah dapat banyak..........lebih kurang 144 biji, tapi ini pun terpulang lah pada acuan yang anda guna.......
Pertama kali buat biskut nie, just MA nak mencuba je......tapi alahaiii sedap pulak tu...jadi nanti terpaksalah buat lagi nampak gayanya sbb nak prepare untuk anak menantu & mak MA....
Jom kita tenguk resepinya....



BISKUT TELUR REBUS
Resepi : Mamajay
Sumber: mas - Duniaku
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya :

5 biji telur - direbus (ambil kuning sahaja)
200g gula icing
240g tepung gandum - MA tambahkan 150g lagi sbb adunan lembik
240g tepung jagung
120g tepung kastad
480g planta @ mentega
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil b.pawder

Untuk hiasan :

1 biji telur (di kocok- sapu atas biskut - MA guna telur merah shj)
Badam hiris/hancur untuk hiasan

Cara-caranya :
  1. Pukul planta@ mentega dan gula icing dengan menggunakan spatula hingga sebati je.
  2. Masukkan essen & kuning telur yang telah di lecek. Pukul lagi.
  3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.(MA masukkan tepung jagung & kastad dahulu, sebatikan kemudian baru masukkan tepung gandum)
  4. Canai & terap dengan acuan yang digemari. Susun dalam loyang yang telah di sapu planta.
  5. Sapu telur & hias dengan badam hiris/hancur.
  6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180C sehingga masak  - (MA guna suhu 170C.....jadi kenali oven anda)


CUBE LE.....SEDAAAPPP
Sorry le gambar tak sharpe....kemera tak canggih ...huhuhu
Ada sape-sape nak donate kamera pd MA ke??? ......he3x



Saturday, July 27, 2013

MEE GORENG RINGKAS

Selamat beristirehat di hujung minggu......betul ke boleh rehat.....???
Ye lah sebagai seorang isteri & ibu, masa kan kita boleh bercuti untuk tidak memasak.....
Lain lah kalau mahu ubah selera makan di luar....di hotel ke, restoran ke, atau mencari juadah di pasar ramadhan ke, malah terkadang tu balik kampong bebuka beramai-ramai dengan adik-beradik yang balik berkumpul untuk berbuka dengan kedua-dua ibubapa..... Tapi kalau kita berbuka bersama adik- beradik & ibubapa tentunya kita membawa juadah berbuka sebagainya,,,,& ini tentunya, kita mesti jugak memasak.....kuang kuang kuang
Bagi MA rutin harian masih seperti biasa, tetap tidak di abaikan....sepanjang puasa nie hingga ke hari nie dah masuk 17 hari kita berpuasa......MA masih belum pernah lagi melangkah ke pasar ramadhan di sekitar tempat MA.....
Apatah lagi untuk makan di luar......
InsyaAllah....kalau boleh akan MA pertahankannya.
Berbalik kepada resepi ini....sebagai tambahan untuk berbuka semalam...MA buatkan mee goreng ringkas je. Moh kita tinjau-tinjau resepinya......manalah tahu kut-kut ada yang sudi nak mencuba.....




MEE GORENG RINGKAS
Resepi : mamaAna

Bahan-bahannya :

1 kilo mee kuning
1 ketul dada ayam>
Sedikit daging>
Sedikit sotong>{dipotong nipis & kecil- dibersihkan serta di toskan
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*bahan-bahan nie di blander kasar/di tumbuk)
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil stok ayam pekat maggi
2 batang daun sawi - dipotong kecil anggaran 2"
4 batang daun kucai - dipotong 1"
2 genggam taugeh - dibersihkan buang kundup hitamnya
Sedikit garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang di blander tadi hingga naik bau. Kacaukan.
  2. Masukkan cili kering kisar, biarkan sehingga garing. Kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, daging & sotong, kacau sebatikan. Biarkan sebentar supaya daging, ayam & sotong empok dengan eloknya.
  4. Masukkan semua bahan sos & kicap serta stok ayam. Kacau sebatikan semua,
  5. Masukkan mee kuning dan kacau sehingga elok sebati dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kemudian masukkan sawi & kucai, gaul sebati.
  7. Perasakan mee tersebut sesuaikan dengan citarasa kita.
  8. Akhir sekali baru bubuhkan taugeh & gaul rata, tak payah masak lama-lama nanti taugeh terlebih masak nanti tak sedap.
  9. Bila dah siap semuanya , tutupkan api.
  10. Hiaskan sedikit atas mee tu dengan cili potong & taburan bawang goreng. 
  11. Hidangkan.



MEE GORENG RINGKAS

AYAM MASAK HALIA BERKUAH

Asalamualaikum....
Hari nie MA masak sampoi je.....MA masakkan Ayam Masak Halia Berkuah, untuk menu berbuka kami... Resepinya MA dapat dari pertolongan cik google....tapi MA dalam dilema kerana resepi asalnya tak tahu nak di catatkan dari siapa dah, kerana resepi yang MA skodeng nie .....adalah resepi kombinasi antara K.Noor-secubit garam & resepi kasihaleeya.blogspot.com. Wbp terima kasih pada keduanya kerana rujukan resepi asalnya daripada mereka berdua, tapi resepinya, MA dah ubahsuai ...... Sorry le, jangan maraaahhh ye; MA derhaka.....kuikuikui
Spt aleeya juga....dada ayam nya MA potong kecil-kecil dan gorengkan dahulu....kerana My hubby juga confirm tak suka makan daging ayam yang di masak mendidih dengan kuah, jadi terpaksalah daging ayamnya di goreng terlebih dahulu...... Lagi-lagilah ini kan dada ayam....semuanya isi je...
Walau pun resepinya sempoi, MA catatkan jugak lah disini, bagi rujukkan MA & anak-anak dimasa depan ......... Tapi kepada sesiapa yang sudi mencuba resepinya....silakan.
Jom kita tenguk resepi yang sempoi nie......



AYAM MASAK HALIA BERKUAH ...masakkan yang sampoi je
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya:

Dada ayam - dipotong kecil (MA gorengkan dahulu)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* bahan nie di blander/ditumbuk kasar)
1" halia - dihiris nipis saperti mancis
1 biji bawang besar - dibelah 4 & diceraikan kelopaknya
1/4 capsicum/lada benggala - dipotong kecil
1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
1/2 biji lobak merah - dipotong bulat
7-10 biji cili padi - diketuk/dibelah 2
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung- di bancuh dengan air
Sedikit sos tiram, sos tomato & sos cili
Sedikit kicap
1/2 cawan air
Sedikit garam & gula

Cara membuatnya :
  1. Perap ayam yang di potong kecil dengan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam kasar & sedikit garam. Ikut suka nak perap berapa lama (lagi lama lagilah elok). Macam MA nak cepat perapkan 15 minit je...
  2. Panaskan minyak & goreng ayam....tapi ada orang tak goreng - terpulang ngan citarasa masing-masing. Bila dah elok garing ketepikan.
  3. Dengan mengunakan minyak yang sama, jika banyak buangkan sikit minyak tu, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk kasar bersama dengan halia hingga naik bau & kekuningan.
  4. Masukkan bawang besar, capsium, lobak merah & cili padi. Kacau sebatikan.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Masukkan juga air & sedikit kicap. Kacau sebatikan.
  6. Bila dah mendidih masukkan kepingan dada ayam yang telah di gorengkan tadi. Kacau sebatikan.
  7. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air, sesuaikan kepekatannya spt yang kita kehendaki....jangan lah pekat sangat...cair-cair manja ....gituuu.
  8. Last sekali masukkan buah tomato, bersama garam & gula serta pati ayam. Kacau rata & sesuaikan citarasanya spt yang di kehendaki.
  9. Bila dah berpuas hati, tutupkan api......boleh lah di hidangkan

- SELAMAT MENCUBA-


AYAM MASAK HALIA BERKUAH 
JOM... KITA MENJAMU SELERA