CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 16, 2013

PEMANGGANG AJAIB

Selamat malam kepada pengunjung setia blog MA dan salam sejahtera....
Disini MA nak berkongsi cerita sikit berhubung ngan pemanggang ajaib nie......dah lama dah MA mengidamnya, tapi tak terbeli-beli jugak. Baru-baru nie anak MA My Yanti membelikan pemanggang ajaib nie untuk MA......Coincidence.....pucuk di cinta ulam mendatang. Terima kasih pada My Yanti di atas keperihatinannya itu........MA memang betul-betul suka dengan pemanggang ajaib nie, boleh dikatakan sejak akhir-akhir nie MA sering je menggunakan nya........


Pemanggang ajaib nie memang berguna sangat dalam kehidupan harian kita......apa tah lagi kepada ibu-ibu yang akan menguruskan masakan harian untuk keluarga & yang suka memasak dengan menitik beratkan kesihatan keluarga ....... pastilah pemanggang ajaib nie sangat-sangat lah berguna.
Pemanggang ajaib nie boleh di gunakan bermacam-macam cara, bukan saja untuk memanggang malah ia juga boleh digunakan bagi membakar kek, stimkan ikan dll. Mengikut daya creative kita dalam pengolahan  citarasa yang kita suka......
Pemanggang nie juga senang di uruskan, dia tidak melekat dan kiranya kita nak membersihkannya terlalu lah senang just rendam sebentar ngan air......dan seterusnya boleh le di cuci ngan span biasa je......




Semenjak ada pemanggang ajaib nie, my hubby selalu je request MA supaya membakar ikan. MA selalu membakar ikan ketika berhampiran masa untuk mengadap juadah......pastilah menyelerakan apabila makan hidangan nasi sbb ikan panggangnya panas-panas. Sekarang malam pun tidak menjadi masalah lagi sekiranya  MA memerlukan untuk memanggang atau mengstim ikan ...... Masa yang di perlukan untuk membakar cuma lebih kurang 20 minit je, terpulang pada berapa banyak ikan yang akan MA bakar......
Memang berbaloi jika kita ada menyimpan pemanggang ajaib nie......Pemanggang ajaib nie ada bermacam-macam jenama......rasanya semua berfungsi sama je......
Terpulang kepada citarasa masing-masing dalam memilih pemanggang ajaib brand apa.......

Thursday, June 13, 2013

CHEESE TART

Assalamualaikum........hari nie MA buat Cheese Tart pulak. Cheese tart nie memang kegemaran MA dan anak2, kalau buat cheese tart nie mesti buat banyak, kalau tidak tak merasa le MA......
Bagitu jugak kalau MA terima tempahan.........mesti buat lebih, biasa le tuuu.....


Resepi cheese tart nie MA ambil daripada rumah Azita Zain, terima kasih daun keladi.....
MA suka dengan resepi nie.........kalau MA buat cheese tart nie pasti MA ikut resepi nie. Ok le tak payah le kita bercerita panjang2........baik kita terus kepada resepinya. MA minta halalkan resepinya ye.....


TART CRUST/ SHELL
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahannya :

170g marjerin
50g gula icing
1 biji telur gred C
290g tepung gandum
1 sudu kecil essen vanila

Cara-caranya :

  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu. Jangan pukul lama sangat
  2. Masukkan telur dan essen vanila, putar lagi dgn senduk kayu
  3. Masukakn tepung sadikit demi sedikit. gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
  4. Ambil sadikit adunan tekan didalam acuan tart. Cucuk dgn garpu sebelum di bakar.
  5. Bakar dengan suhu 170C  sehingga masak/ shellnya kelihatan kuning.
Nota :
Jika guna telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahannya:

250g cream cheese
50g gula kaster / gula halus
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh essen vanila / essen lemon

Cara-caranya :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkerim
  2. Masukkan telur dan essen vanila dan putar lagi
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tart
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling  yang lain boleh juga di gunakan :

Blueberry, Strawberry, kiwi, oren dll








Wednesday, June 12, 2013

MINGGU YANG PALING BZ.....GUBAHAN HANTARAN

Salam sayang untuk semua......terima kasih kerana masih setia melawat blog MA nie.....
Minggu nie MA memang bz sekali dengan gubahan hantaran my nephew Rahim,yang akan melangsungkan pertunangannya pada 15.06.2013 nie ..........
MA bukan le pandai sangat membuat gubahan bekas hantaran nie, tapi jadi bidan terjun leh le sikit-sikit....
Gubahan bekasnya simple dimple je...... Cuma MA belikan bahan-bahan untuk gubahan bunga -bunganya sahaja.,omak oii mahal betul bahan-bahan gubahannya, banyak betul pakai duit .......... kene menabong awal-awal kalau nak kahwin beb..... Tema nya warna purple.......Ok le mari kita cuci mata dengan bekas hantaran nie, pada kawan-kawan  atau anak-anak yang nak cb buat bekas hantaran sendiri....boleh je ikut idea nie.....:D




Ini MA prepair untuk bubuh coklat atau tart buah je........harap-harap adalah le mak saudaranya yang lain sponserkan sesuatu........... jadi bekas nie MA boleh le escape .......hihihi
Dengar kyabar.....my sis Rozimah akan buat biskut dan fondant cupcake, manakala my sis Rozita nak sponcer gubahan gula-gula.......2 bekas hantaran untuk mereka berdua tu dah MA sediakan, tinggal nak isikan saja ..........




Ini pula MA prepair untuk bubuh biskut, satu bekas biskutnya dah ada sponcer,, hanya tinggal 1 bekas biskut lagi je.......jadi MA rancang nak buat le hari nie atau besok biskut tu, ........nie le yang MA dok tengah skodeng nie......Harap-harap dapatle...mana-mana biskut yang berkenan di hati nanti........ :P







Ini pula tempat bekas buah cute je tak besar pun, MA prepairkan siap-siap, nanti tinggal belikan buah-buahan nya je......senang kan kan kann. MA dah rancang nak belikan buah itu pada hari jumaat nanti.......buah-buahannya tak tau lagi jenis ape nak di belikan yang pasti buah anggor ada dalam senarai.......hihihi , nanti dah sampai kedai buah baru le ada idea nak beli buah apa....
Nanti MA updatekan lagi bila bekas hantaran nie semuanya kalau dah penuh ngan isinya ye.........





Dua bekas nie MA prepair untuk bubuh apa pun tak tahu lagi......tapi rasanya 1 bekas MA nak bubuhkan dengan apam polkadot, hanya tinggal 1 bekas lagi nie.....Tengah dok mencari idea ape ke yang patut MA nak buatkan untuk di isikan dalam 1 lagi bekas kosong nie nanti......
Baru sebentar tadi my sis Rozita telefon......minta MA carikan gubahan halwa untuk dia sponser, dalam pada itu ada dia bagitau bahawa my niece juga nak sponcer 1 bekas.....nanti MA confirm ngan my niece.....harap-harap bolehle dia bagi 1 bekas ye......kata my sis Rozita my niece Norlie nak sponcer dipped apple......MA pun lum penah tengok dipped apple tu cam mana........
Alahai....pening kepala dennnn.....baru sebentar tadi dah tukar cerita lak....my sis Rozimah buat 2 jenis biskut, my sis Rozita minta MA carikan untuk dia gubahan halwa untuk hantaran dan my niece Norlie buatkan cupcake red velvet pulak.....Cuma 1 bekas hantaran je lagi yang MA tengah pening mencari idea apa yang nak bubuh di dalamnya.....huhuhuhu
Bekas hantarannya cuma kata my sister Rohaidah  nak bawa 7 bekas je dari pihak lelaki, ini baru hantaran bertunang je.....besok masa nak angkat nikah nak bawa bekas hantaran lagi.........huhuhu
My sister skrg tinggal di Penang....... pihak perempuannya di Sungai Siput, sbb tu le my sister nak balik ke Ipoh, kita hantar dari sini je...... Ape-ape je lah asalkan bahagia.

Apa-apa pun maklong ucapkan " SELAMAT BERTUNANG PADA RAHIM, SEMOGA BERJAYA MENERUSKAN KE DISTINASI SETERUSNYA........JANGAN BERTUNANG  LAMA-LAMA YE......."

UPDATE: (06.07.2013)

Sorry le dah terlalu lama baru MA updatekan......
Terlalu le bz. nak masukkkan gambar pun tak berkesempatan......wbp di  kali nie MA cekalkan hati untuk update kan gambar bertunang tu.....
Maaf lagi sekali. MA tak dapat nak ambil gambar bekas-bekas hantaran di atas yang telah berisi......terlalu le seboknya, hinggakan terlupa..... pada malam sebelum pergi tu di adakan doa selamat sedikit.......jadi MA terlupa pulak nak tangkap gambar pada malam berkenaan.Semua bekas hantaran tu MA hantarkan ke rumah  my sis kerana besok paginya rombongan akan bertolak dari rumah dia......
Jadi kerana kelam kelibut paginya maka tak boleh le den menolongnya......gambar tak pula di ambil, masa MA ke sana hantaran dah pun masuk ke dalam kereta........ape nak kata.
Ok le ini MA just boleh update gambar-gambar hantaran daripada pihak perempuan je.....
Mari kita cuci mata........bagi yang nak cari idea untuk hantaran.....leh le ikut idea saperti di sini........

SELAMAT MENCUBA & MENJAMU MATA









Tuesday, June 11, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN..

Selamat petang pada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog MA, semoga anda semua di rahmati Allah  dalam meniti hidup yang penuh dengan pancaroba nie. Aminnnn.....
Petang nie MA cuma ingin mencatitkan nukilan perjalanan MA baru-baru ini ke SA je.....Tak ada ape-ape yang istimewa, cuma untuk kenangan MA di masa yang mendatang.......

Pada petang jumaat 07 june 2013, MA bertiga beranak telah turun ke SA dirumah anak lelaki MA. My hubby ada urusan di SA pada hari Isninnya. Sepanjang perjalanan hujan terlalu le lebatnya. MA  bertolak pun dah lambat, selepas sembahyang jumaat......di awal perjalanan kami tidak melalui highway utara selatan.......just menyusul kut jalan dalam je......seronok dah lama tak ikut jalan biasa nie, banyak perubahan yang ketara. MA singgah sembahyang di masjid pekan Sungkai, seterusnya bila sampai ke Slim River barulah MA sekeluarga masuk dari tol Slim River dan melalui highway pulak......sepanjang jalan di highway nie hujan pun lebat jugak...... di highway nie kami singgah di R&R Ulu Bernam ( Tg Malim), semasa singgah tu hujan dah pun seriat, cuma lepas kami singgah makan dan sembahyang maghrib, hujan kembali semula......nasib baik tak lebat......terpaksa le MA berlari ke kereta.
MA sampai ke rumah anak di SA agak lewat jugak, dah pukul 9.00 mlm +++

Gambar-gambar nie semuanya di ambil semasa MA sekeluarga dok jalan-jalan cari makan.......Pada sabtu petang esoknya my anak bawa MA makan di Restoran Island BBQ & Steamboat, lokasinya terletak di Subang, Telalu le ramai pelanggan nya. Di sini kalau nak makan mesti booking dulu......takut tak de tempat, sekurang-kurangnya 2 jam sebelum datang ke situ.........mesti telefon untuk booking tempat.
Pada asalnya my anak rancang nak ke I-City, tapi biasale, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya........Ada rezeki lain kali kita gi ke I-City pulak ye .........

Di restoran Island BBQ & steamboat nie biasanya my anak cakap pelanggan di berikan time sekurang-kurangnya sejam ++ je. Kami tiba kesitu lebih kurang pukul 6.30++ ptg, dan MA sekeluarga masih ada masa lagi sehingga pukul 8.00, kerana selepas waktu MA tu ada sesi seterusnya pukul 8.00 mlm pulak. Untuk seorang chargenya Rm30.00 sahaja, jadi untuk makan hari tu 5x30.00 le.....Makanannya buffet, macam-macam ada selain drp steamboat ada nasi lemak , nasi goreng, kuey teow goreng, ice cream dll. Untuk bahan steamboatnya terlalu banyak tak tahu nak pilih yang mana satu......
Untuk steamboat nie sambalnya yang paling best........bila dah rasa sekali pasti nak datang lagi......hihihi
Sekali sekala boleh le.....tapi kalau hari-hari bootaakkkk.










Tu dia......macam-macam ada, tepok dada tanya selera saje ........hehehe
Seronoookknya diaaa..........


Layan diri punya service.........nasib baikle ada my daughter-in-law, baiiik punya layannn......



Steamboatnya......terlalu le banyaknya...... omak oiii, boleh ke makan???
Kepada sesiapa yang nak menjamu selera di sini........perut mesti di kosongkan dulu wehh, kalau tidak rugiiiii. Tapi awas!!!! Ambil tu mesti berpada-pada......kalau tak habis nanti kena charge lain pulak......hehehe. Cam tu le adat dunia......!!!!


My hubby dah termenung memanjang......tak tau nak pilih yang mana satu idaman kalbu......Bab nie teman tak masuk campor, hati-hati ye banggg......awak tu gout









My doughter-in-law belum habis-habis lagi memasukkan bahan-bahan steamboat.......banyak tuuu.....leh habissss ke nanti wehhh  ?? Hantam je la labuuu.... asalkan berbahagia.






Ambooiii berselera betul my hubby.....awas bang, nanti menjadi jadi pulak gout tuu........
Nanti sape yang merana.......awak jugakkkk yang meranaaa......