CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 19, 2014

TEMPAHAN HARI SABTU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...salam ceria pada anda yang sudi berkunjung kesini...
Terima kasih pada Puan Nani yang sudi menempah serta memberi kepercayaan kepada MA untuk menyediakan kuih muih bagi jamuan Harijadi anakandanya....
Alhamdulillah semoga Puan Nani berpuas hati....jangan serik yerr....
Kepada Puan Nani ..."Kalau sedap...ceritakan pada kawan-kawan...tapi kalau sebaliknya ceritakan pada MA yerr....semoga MA boleh perbaiki ".
Semoga perkenalan kita dialam maya ini boleh berpanjangan....amin.
Selamat Harijadi juga pada anak Puan Nani...Semoga dirahmati Allah dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat....amin.
Untuk itu MA abadikan tempahan-tempahan tersebut... disini sebagai kenangan....

Kepada sesiapa yang berhajat nak menempah
kuih muih untuk jamuan
sila pm MA....TQ


Sunday, May 18, 2014

KENANGAN MENGUSIK JIWA....PERSEDIAAN UNTUK KELAHIRAN


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum....salam sejahtera, semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dunia dan akhirat.....amin.
Sudah agak lama juga MA menyepikan diri....bukan tak rindu untuk bersiaran, namun masa tak mengizinkan.
Sejak diakhir-akhir nie...terlalulah bz ngan satnika tempahan kuih muih serta bz juga ngan persediaan menjahit set sarung bantal dan tilam untuk kehadiran cucu. Insyaallah jika diizinkan Allah pada bulan July nie akan hadirlah orang baru dalam keluarga MA......amin. 
Terima kasih yang tak terhingga juga pada anda yang masih sudi berkunjung kedapur maya MA nie.....walaupun tuan rumahnya macam biskut chipmore....namun kesetiaan kunjungan anda amat dihargai.
Untuk hari ini MA just nak abadikan gambar-gambar untuk kenangan jerr.  
InsyaAllah semoga apa yang MA sertakan ini akan menjadi kenangan untuk selamanya pada MA dan keluarga.

Inilah sarung bantal dan tilam yang MA jahitkan untuk cucu MA .....  yang masih menunggu kelahirannya.
Semoga semuanya selamat dan semoga juga kelahirannya juga memberi rahmat kepada keluarga ....amin.
Sarung bantal dan tilam yang MA buatkan ini....didalamnya
ada faiber...gebuuu
Ada sesiapa berminat kerrr???
Kalau berminat boleh jerr pm MA......

Ini pula wajah cucu MA yang seorang...... namanya Faris Hilmi....MA abadikan untuk kenangan semasa kecilnya....
Harapan MA sekeluarga semoga ia menjadi cucu yang soleh dan dirahmati Allah dunia akhirat...amin. Sekarang pun kalau ditanya padanya ...."Bila besar nanti nak jadi apa???" 
"Nak jadi Ustaz" ...... katanya....sejuk mendengarnyaaa...
Sebenarnya MA ada dua orang cucu......tapiii
Yang seorang lagi cucu MA ....sudah arwah....Al-Fatihah untuk Megat Danish Ziqri....semoga rohnya dicucuri rahmat....amin.
Tenguk tuuu....binjol dikepala
Budak nakal memang begituuu....
 Ini pula gambar cucu dan atoknya...
Masa berjalan-jalan dibandar Lumut
Sempena Wesak Day
  


Thursday, May 1, 2014

DAGING MASAK REMPAH KASBAH

Bismillah pembuka bicara....

Daging masak merah kabsa .... MA buatkan untuk digandingkan dengan Nasi Arab....kebetulan rempah kabsa yang MA buatkan masih banyak berbaki...jadinya MA cubalah resipi yang AlongRoz tayangkan.....terima kasih diatas menu yang sedap dan gandingan yang serasi nie.
Mai kita tenguk resipinya.....

                        

DAGING MASAK REMPAH KASBA
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 500g daging lembu - hiris nipis
  • 2 biji bawang besar - 1 biji dihiris dan 1 biji diblend*
  • 1" halia*
  • 2 ulas bawang putih* (* bahan nie diblend)
  • 5 sudu besar cili mesin
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar Rempah Kabsa
  • 1 sudu teh gula
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu teh pati lembu (MA tambah)
Cara-caranya :
  1. Tumis bawang besar yang dihiris hingga garing.
  2. Masukkan bahan-bahan yang diblend* dan cili mesin, kacau hingga bau wangi.
  3. Masukkan rempah kabsa, sos tomato dan kacau sebati.
  4. Masukkan gula, garam, (pati lembu) dan daging - masak hingga daging lembut.
  5. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi arab.
Haaa nie dia Daging Masak Rempah Kabsa
Dah pun terhidang....
Sedaapppp tuuu.....
Mai kita ramai-ramai cuba buat....




AYAM PANGGANG KABSA


Bismillah pembuka bicara....

Ayam panggang Kabsa nie memang sedap dan serasi dengan menu Nasi Arab yang MA buatkan pagi semalam. Cara membuatnya pun tidaklah susah sangat. MA panggangkan menggunakan pemanggang ajaib jerr......senang dan rengkas kerjanya.
Menu MA dapat dari rumah AlongRoz juga.....gandingan yang mantap dengan Nasi Arab.
Jom kita tenguk resipinya......


AYAM PANGGANG KABSA
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 2 ketul paha ayam - bersih dan dikelar (MA buat 7 ketul)
  • 4 sudu besar Yoghurt
  • 1 sudu besar rempah kabsa
  • Minyak zaitun (MA guna minyak sapi jerr)
  • Garam
Cara-caranya :
  1. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan-bahan dan perap selama 1 jam
  2. Bakar dalam oven sehingga masak (MA bakar dalam pemanggang ajaib jerr....tiap-tiap 5 minit diterbalikkan...bakar selama 15-20 minit)
  3. Hidangkan dengan NASI ARAB
*** Bahan-bahan lain MA doublekan bagi diperapkan dengan 7 ketul ayam 


MA panggang dengan menggunakan 
pemanggang ajaib jerr....rengkas dan senang.

Haaa...nie dia rupe Ayam Panggang Kabsa
MA perapkan ngan sedikit minyak sapi jerr...
AlongRoz perap ngan minyak zaitun....
Apa-apa jerr laaa labuu....
Kita yang buat diaaa.....