CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 1, 2014

DAGING MASAK REMPAH KASBAH

Bismillah pembuka bicara....

Daging masak merah kabsa .... MA buatkan untuk digandingkan dengan Nasi Arab....kebetulan rempah kabsa yang MA buatkan masih banyak berbaki...jadinya MA cubalah resipi yang AlongRoz tayangkan.....terima kasih diatas menu yang sedap dan gandingan yang serasi nie.
Mai kita tenguk resipinya.....

                        

DAGING MASAK REMPAH KASBA
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 500g daging lembu - hiris nipis
  • 2 biji bawang besar - 1 biji dihiris dan 1 biji diblend*
  • 1" halia*
  • 2 ulas bawang putih* (* bahan nie diblend)
  • 5 sudu besar cili mesin
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar Rempah Kabsa
  • 1 sudu teh gula
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu teh pati lembu (MA tambah)
Cara-caranya :
  1. Tumis bawang besar yang dihiris hingga garing.
  2. Masukkan bahan-bahan yang diblend* dan cili mesin, kacau hingga bau wangi.
  3. Masukkan rempah kabsa, sos tomato dan kacau sebati.
  4. Masukkan gula, garam, (pati lembu) dan daging - masak hingga daging lembut.
  5. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi arab.
Haaa nie dia Daging Masak Rempah Kabsa
Dah pun terhidang....
Sedaapppp tuuu.....
Mai kita ramai-ramai cuba buat....




No comments:

Post a Comment