CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 25, 2014

UNGKEP AYAM PEDAS

Salam sejahtera....semoga kita semua diberikan Allah rahmat dan hidayahNya.
Untuk petang  nie MA nak n3kan resipi Ungkep Ayam Pedas yang MA skodeng daripada rumah Yatiememories. Memang sedappp resipi nie....malah membuatnya pun tak lah susah. Terima kasih pada penyumbang asal resipinya CMG dan terima kasih juga kepada Yatie untuk resipi ini. Izinkan MA salin resipi nie diblog MA yerrk......untuk rujukkan MA dan anak-anak dimasa akan datang.
Wokeeyyy...mai kita tenguk resipinya......


UNGKEP AYAM PEDAS
Resipi Asal : CMG
Sumber : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam- potong ikut suka hati, cuci bersih & toskan
  • 2 biji kentang - saya tambah, kupas kulitnya & potong 4 setiap biji (MA juga sama)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan-bahan Kisar Halus :
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1/2" lengkuas
  • 3/4" kunyit hidup
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 3 biji buah keras - dihiris
  • 1 biji cili hijau (MA guna cili merah jee)
  • 20 biji cili padi
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan-bahan kisar halus dan tumis sekejap hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, biarkan ayam kecut sedikit. (Masukkan juga ubi kentang).
  2. Tuang air secukupnya (jika anda guna ayam daging yang cepat empuk, guna 1 1/2 cawan air). Kacau rata. Masukkan daun salam @ bay leaf, asam gelugur dan sedikit garam. kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Masak hingga pekat, tambah gula melaka, kacau dan masak lagi hingga kering seperti rendang. Kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu tambah lagi sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidang bersama nasi, ketupat dan sebagainya.
Rasanya saperti rendang...ummpph sedaapppnyaa..
Tak guna santan pun...

Ungkep Ayam Pedas
Memang senang membuatnya.....
SELAMAT MENCUBA.


AMALAN ZIKIR HARIAN

Pagi tadi MA berjalan2 melawat blog kawan2 yg aktif dalam berbloggers nie.....
Terutama sekali ..MA suka sekali melayari blog yang membincangkan tentang UGAMA ISLAM.
Alahaii terpikat MA kepada nukilan resepirahsiaku.com.....Untuk itu izinkan MA mengabadikan nukilan beliau diblog MA pula. Ini untuk ingatan MA....semoga Amalan Zikir Harian ini dapat di manfaatkan dalam kehidupan MA dan anak-anak.
Semoga apa yang kita usahakan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.....aminn.
Terima kasih kepada tuan punya blog..... diatas pengkongsian ini.
Untuk itu mai kita sama-sama menghayatinya.......


AMALAN ZIKIR HARIAN
Oleh : MA

Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik daripada omong kosong yang akan mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati ALLAH SWT. Tidak kira dimana dan apa jua dilakukan, hati kita sentiasa mengigati ALLAH. Dengan menyebut dan mengingati ALLAH SWT, hati akan tenang.

Berzikir tidak semestinya berada di atas sejadah. Boleh berzikir semasa memandu kereta ketempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, semasa membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu distinasi ke distinasi yang lain.

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke satu distinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan disanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang ABADI selama-lamanya.
Jadi apakah bekalan kita telah mencukupi untuk ke sana??? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amalan kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan MENGERASKAN HATI, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh daripada ALLAH SWT.

Berikut adalah ZIKIR HARIAN sebagai amalan kita pada setiap hari..........


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’d 28. 

Rasullullah SAW telah bersabda....
”Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasullullah SAW bersabda lagi....
”Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Nukilan Asal : www.resepirahsiaku.com
Gambar : Ikhsan Cik Google
wALLAHu'alam

Thursday, January 23, 2014

MASAK LEMAK LABU BERSAMA PUCUK MANIS.....KEGEMARAN ANAK2KU

Assalamualaikum.....agak lama juga MA tak update...blog nie. Sejak dua menjak nie....bz cikit...tak sempat nak updatekan blog pun....Wbp sekali-sekali ada juga MA jenguk-jenguk sebentar jee.....blog nie....utk tgk comments bagi dijawab....nanti tak jwb lak...ciaaan pengunjung blog yang dok mengharapkan jawapan & respon... dari MA. Alhamdulillah,,,terima kasih pada pengunjung yang setia ngan MA....
Resipi kali nie...resipi tertunggak lagi.....biasalah, tak sempat nak n3kannya dihari yang sama....huhuhu
Resipinya sampoi jerr.....tapi memang menjadi favourite kami sekeluarga terutama anak MA....Si Yanti.
Untuk anda yang dah memang pandai memasak.....mungkin tak menjadi hal, namun bagitu sekurang-kurangnya boleh memberi idea....untuk yang dok pening, hari-hari memikirkan apelah nak masak dhari niii????
Okeyyylaaa...mai kita pakat-pakat membuatnya....resipinya sampoi tapi sedappp...

MASAK LEMAK LABU BERSAMA PUCUK MANIS
Oleh : MA

Bahan-bahannya:

Secekak daun pucuk manis/ daun asin-asin (dilurutkan drp tangkainya)
1/2 biji buah labu manis - dibuang kulit & dipotong kecil
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* dihiris halus)
1 biji cili merah - dibelah 2
1/2 cawan santan pekat
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Caranya :

Daun pucuk manis dibersihkan & ditoskan.
Sediakan periuk...masukkan bawang yang telah dihiris, cili merah &  labu.
Masukkan sedikit air anggaran terhapus jee..... buah labu tu.
Masaklah sehingga buah labu separuh empuk.
Kemudian masukkan pati santan & kacaulah sehingga mendidih, 
baru masukkan pula daun pucuk manis.
Masukkan juga kiub pati ikan bilis bersama dengan
garam, sesuaikan rasanya......
Ketika ini mesti dikacau selalu...supaya santan tidak pecah minyak.
(Ketika ini juga labu telah pun elok empuknya)
Apabila semuanya telah berpuas hati, tutupkan api.
Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Masak Lemak Labu bersama pucuk manis dah pun terhidang...
MAI KITA PAKAT BUAT.....


Saturday, January 18, 2014

CHEESE KEK MELELEH...YANG TENGAH HOT DIPASARAN

Salam sejahtera & salam Jumaat ....kepada anda semua yang sudi bertandang keblog MA....
Laa ...bukan Jumaat lagi...jam dah menunjukkan pukul 12.16 malam daaaa....huhuhu. (Baru lee ....nak siap update nie).
Hari ini MA N3kan Cheese Kek Meleleh yang tengah hot nie.......Pagi tadi MA baru saja buatkan....kerana kepingin sangat nak menikmatinya....Bermacam-macam resipi yang ada ...tapi nie le resipi yang agak populer dipasaran....pilih saja resipi yang anda berkenan dihati. Memang rasanya sungguh marvelous.....Loo rugi sape2 yang tak pernah merasanya....hehehe
Okey....tak payah kita mengomel panjang-panjang....nanti lambat pula anda mem baking...& pastinya lambat pula anda merasa keenakkannya.....
Tapi kalau terlalu malas nak bake kek nie....boleh aje order pada MA ....hehehe
Jom kita tengok resipinya.....


CHEESE KEK MELELEH
Resipi : Narimah Abd Rahman  dan Shakila ab Rashid
Sumber : Rahel
Oleh : MA

UNTUK KEK
Bahan-bahannya :
  • 100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baiking powder*
  • 1 sudu besar ovelette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 50ml air sejuk ( air dari peti ais)
  • 75g mentega cair
  • 1 sudu kecil vanila (MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
  2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.
  3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
  4. Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit. (MA bakar dengan suhu 150'C selama 30 minit..kemudian dengan suhu 170'C selama 20 minit....kepanasan ini bergantung pada oven masing2)
***Cara MA :  Mixkan telur, gula serta ovelette - pukul sampai kembang....kemudian baru masukkan tepung & air...... kacau pakai senduk jerk, jangan pakai mix.....agak2 tepung telah tergaul semuanya baru mixkan sebentar jerk supaya tepung sebati & smooth.

UNTUK CREAM
Bahan-bahannya :
  • 250g cream cheese (MA guna cream cheese philadelphia)
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream (MA tambah 50ml lagi...untuk mencairkan creamnya lagi -pilihan)
***Mix semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair.

UNTUK HIASAN:
  • 1 buku (250g ) cheddar cheese - diparut
Cara Penyediaannya :

***Kek yang masak tadi disejukkan dahulu, kemudian dibahagikan 2 keping. Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuangkan semua baki cheese tadi diatas kek.
Parutkan cheddar cheese ke atas kek.

TUTORIAL MEMBUAT CHEESE KEK MELELEH....

CARA MA buat...
Telur, gula & ovelette dipukulkan dahulu 
sampai kembang spt dalam gambar.

Bila dah kembang baru masukkan tepung

Kacau tepung dengan menggunakan spetula sahaja
sehingga sebati...jangan kacau lama-lama...
dikhuatiri nanti kek bantat

Mixerkan adunan tadi sebentar  jee ...
supaya smooth adunan tersebut...

Mentega dicairkan & disejukkan dahulu

Masukkan mentega yang telah sejuk kedalam adunan 
tepung tadi, kacau sebatikan dengan
menggunakan spetula jerr...

Kacau sehingga sebati tepung & mentega tadi
Masukkan juga vanila...jika suka

Kacau semula adunan tadi dengan menggunakan mixer
Just untuk sebatikan serta smoothkan adunan je...

Masukkan kedalam acuan yang telah disapu minyak, 
 dan yang telah dilapik dengan kertas kek, kemudian
masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Cara MA : Bakarlah adunan kek dengan 
suhu 150'C selama 30 minit & 170'C selama 15-20 minit lagi,
atau sehingga kek masak....

Ini pula bahan-bahan untuk buat frosting
Cream cheese tu boleh dibuat pilihan 
samaada nak guna Cream Cheese Philadelphia
atau pun Cream Cheese Tatura jerk.... 
(Cara membuatnya spt yang tercatit diatas..)
Cheddar Cheese...diparut halus, kemudian taburkan diatas 
Cream Cheese...sebagai topping.
SENANG JEERK...



Ini dia Cheese Kek Meleleh dah pun siap....
MA buat saiz kecil-kecil jerk
Untuk jualan.....hehehe
Ada sape-sape berminat???


Pada anda yang teringin nak merasa Cheese Kek Meleleh tu
bolehlah mencuba membuatnya sendiri.....
Tapi...kalau malas nak buat...order jerk
Boleh jerk..pm atau WhatsApp MA...hehehe