CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 22, 2013

KUZI KAMBING

Salam....
Dah lama MA teringin nak mencuba masak Kuzi nie.... tapi yelah, terlalu susah nak mencari rempahnya disebelah sini.....huhuhu
Kalau di Pantai Timur mungkin senang........
Semalam MA tawakalkan diri mencari dengan pertolongan siapa lagi, kalau bukan Cik Google....he3x
Alhamdulillah .....sekarang nie kan dunia tanpa sempadan, semuanya dihujung jari kita je.....
Rajin dengan tak rajin je untuk kita melayari pencarian itu.
Oleh kerana semalam tahap maximum, keinginan MA untuk merasa masakkan Kuzi nie.....maka MA pun cubalah mencari resepinya .....
Kebetulan dah lama sekali MA tak makan daging kambing.... jadi MA cubalah memasak Kuzi Kambing. Daging kambing nie MA beli diTesco ......pada mulanya memang teragak-ragak juga nak membeli daging kambing ini, risau takut-takut My hubby sakit lak....
Tapi yelah, spt MA juga My hubby pun peminat tegar daging kambing .....bila MA suarakan takut nak beli daging kambing pasal dia......cepat-cepat My Hubby mencelah, belikan aje....nanti tau le dia menguruskannya........apa yang nak diurus tak tau le....hihihi
Oleh yang demikian MA belikanlah daging kambing tu.....memang tujuan asal nak buatkan Kuzi Kambing......
Cari punya cari terjumpe le MA resepi Kuzi nie, tapi Kuzi Ayam....MA gantikan je dengan Kuzi Kambing. Memandangkan ada disertakan resepi rempahnya, maka MA pun cuba lah membuat mengikut panduan resipi ini, walau pun tanpa Caber. Terima kasih kepada Myresipi @ Zaliana.
Kuzi nie memang sedap...cuma dilain kali kalau MA rasa nak membuatnya lagi....pasti MA pedaskan sikit.
Mari kita tenguk resepinya.....




KUZI AYAM.....MA gantikan dengan Kuzi Kambing

Bahan-bahannya : (untuk 6-8 orang)

Bahan A (Rempah)

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga - sila buang kulit & ambil bijinya sahaja
1 kuntum Caber
2 kuntum bunga lawang

Bahan B

800g - 1kg ayam
Sedikit saffron
2 ulas bawang putih
1 sudu besar garam
1" halia
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan C

150g bawang besar
20g kepingan badam
1/2 cawan kacang tanah - (MA tak guna pun)
40g kismis hitam
1 ketul hati ayam - rebus dahulu

Bahan D

3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
200ml susu sejat
Sedikit saffron
1/2 cawan penyukat sos tomato
700ml air
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

Cara-caranya :

  1. Sediakan bahan rempah di A. Basuh bersih didalam tapis. Kemudian goreng kering/ sangai didalam kuali.
  2. Kisar rempah tadi dengan pengisar kering boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10g.
  3. Bahan di B - saffron, bawang putih, halia ditumbuk. Kemudian dilumurkan kepada ayam. Perap seketika. Kemudian gorengkan ayam menggunakan minyak sapi. Goreng separuh masak sahaja.
  4. Semua bahan C hendaklah digoreng. Goreng mengikut turutan - mula-mula goreng bawang besar. Kemudian diikuti badam, kacang tanah, kismis & hati ayam. Satelah digoreng hati ayam potong dadu.
  5. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  6. Campurkan rempah di A, susu sejat, bawang besar & badam tumbuk, limau nipis, sos tomato & saffron. Gaul rata didalam sebuah bekas.
  7. Panaskan minyak sapi tumis bawang putih, halia, lengkuas & serai. Kemudian masukkan semua campuran di no 6. Masukkan sedikit air biarkan mengelegak. Masukkan garam & gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  8. Masukkan baki air. Kemudian masukkan kacang tanah, kismis & hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat. Imbangkan rasa manis & masinnya. Sedia untuk dihidang dengan nasi, roti jala atau bun.
Peringatan Untuk MA :

* Untuk Kuzi Kambing nie, daging kambing tu MA rebuskan je sehingga empuk dengan
   bahan B tanpa menggoreng daging kambing tu. Kalau orang Kelantan, MA diberitahu
   daging kambing tu dilumurkan dengan garam kunyit & digorengkan dulu.
* Untuk memedasnya MA masukkan 10 biji cili padi diketuk, & masukkan dicara memasak
   no 7. Dilainkali MA nak masukkan cili kering giling pulak. Kalau ada rempah kuzi
   sebuk segera....ini semua tak payah dimasukkan.


Kuzi Kambing
dah sedia dihidangkan
JEMPUT MAKAN.


Wednesday, August 21, 2013

KERABU EPAL HIJAU

Salam.....
Dah lama MA tak membuat kerabu Epal Hijau nie.....dulu boleh dikatakan selang sehari MA akan buat kerabu nie.....
Kebetulan semalam pagi MA ke pasar....ternampak epal jadi barulah MA teringatkan kerabu Epal yang selalu MA buatkan dulu....
Apa lagi MA rembatlah epal-epal tu...... 6 biji RM10.00 & MA belikan juga bahan-bahan lainnya.
Sedap kerabu nie....apatah lagi kalau disejukkan dalam peti ais......Laaa tak terasa, bila mengadapnya, sekejap je habis....apa lagi meratahlah.
Resepi kerabu nie MA ambil drp buku 365  Resipi Istimewa Chef Hanieliza (1 hari 1 Resipi), MA suka resipi-resipi Chef Hanieliza yang ada dalam buku nie.....semuanya simple & senang dimasak.
Terima Kasih pada Chef diatas pekongsian ilmu ini.
Mari kita tenguk resepinya......



KERABU EPAL HIJAU
Sumber : Buku 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Bahan-bahannya :

2 biji Epal Hijau
1/2 batang lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau (MA tak masukkan pun)
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon (diambil  jusnya) - MA guna 2 biji limau kasturi je.
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
  1. Epal & lobak merah disagat  ataupun diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan & tuangkan jus lemon.
  4. Kacau rata & rasakan masamnya.
  5. Sedia dihidangkan.
*MA sejukkan kerabu ini sebentar dalam peti ais untuk enak dimakan atau pun diratah.


Ini bahan-bahan yang MA
sediakan & dihiriskan
untuk dicampurkan dalam
KERABU EPAL HIJAU



BERGEDIL DAGING AYAM

Asalamualaikum.....selamat pagi  & salam sejahtera....
Semalam MA buatkan Bergedil Daging Ayam, terlalu teringin MA nak makan bergedil ....Jadi MA pun berusaha membuatnya.... Semua bahan-bahan bergedil  kebanyakkannya ada dirumah, & kebetulan pada paginya MA keluar kepasar membeli bahan-bahan untuk dimasak. Masa tu MA tak teringat pun nak buat bergedil ...... Nasib baikle, masa teringat nak buat bergedil tu.... tenguk bahan-bahan pun ada.....apa lagi jalankanlah projeknya....
Buat bergedil nie taklah susah sangat, bergedil nie pun dah selalu MA buatkan....tapi yelah belum disiarkan sbb asyik lupe je nak snap gambarnya.....
Baru semalam.....tak lupa, hehehe....Biasalah tu, selalu buat bergedil nie tak le banyak-banyak, sbb bahan-bahannya apa yang ada kat rumah je....kerana masa membuatnya tak pun dirancang....jadi selalunya dapat le sikit-sikit ....lebih kurang dalam 8-10 ketul kecil-kecil je.....
MA suka makan bergedil nie dengan nasi panas-panas ..... atau ratah jek...
Tapi bagi anda yang rajin, bergedil nie sedap dimakan dengan bihun soto, kombinasi yang sesuai & serasi.....
Resepi bergedil nie MA ambil dari berbagai-bagai sumber & diolah mengikut citarasa MA sendiri.
Bagi anda yang ingin mencubanya, jadi mai kita tenguk resipinya ....


BERGEDIL DAGING AYAM
Resipi diolah oleh : MA

Bahan-bahannya :

250g daging ayam cincang (MA guna daging ayam jenama Ramli)
4 biji kentang sederhana besar - dibuang kulit, rebus & dilenyek
1/2 cawan bawang goreng - seeloknya bawang yang digoreng sendiri, tak main le bawang goreng segera tu ye.
1 sudu teh lada hitam*
1/4 sudu teh jintan manis*
1/4 sudu teh jintan putih*(*bahan ini dibersih, disangai & ditumbuk halus/ diblander kering)
Sedikit daun sup & bawang - dipotong halus
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam - dipukul
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

  1. Gaulkan semua bahan kecuali telur & minyak. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat & leper. Buat sampai habis adunan.
  3. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila di goreng. Kemudian celupkan bergedil yang telah dibentuk tadi kedalam telur yang telah dipukul, kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan diterbalikkan bergedil sehingga ia betul-betul kuning & garing. InsyaAllah bergedil tidak pecah & gorengannya pun lawa.
  4. Angkat & tuskan bergedil dengan kitchen tissue.
  5. Sedia dihidangkan. 




Monday, August 19, 2013

FADHILAT PUASA WAJIB & SUNAT SEPANJANG TAHUN



Waking Dream divider
FADHILAT PUASA WAJIB & SUNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadat dikerjakan dengan berlapar & berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu maghrib).Antara hikmat & faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada ALLAH SWT dan mengharap limpah kurnia NYA.

Firman ALLAH SWT menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud : 

"Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa" (surah Al-Baqarah : 183)

Dengan berpuasa juga kita memperolehi kesihatan jasmani & rohani. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : 

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai faedah & hikmah seperti :
  • Tanda bersyukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurnia nikmat NYA yang tidak terhingga.
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
  • Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki  & lain-lain lagi.
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
  • Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".
Oleh kerana sangat besar faedah & manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu saperti yang akan disebutkan nanti.

Waking Dream divider
FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa dibulan Ramadhan di fardhukan kepada setiap induvidu Muslim & Muslimah yang telah 'aqil baligh & ketiadaan uzur Syr'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91 km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya, dan wajib menqadha pada hari & bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun islam kelima. Pahala melakukannya adalah tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Sesiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dalam keadaan beriman & kerana menuntutkan keredhaan ALLAH SWT, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (Rujuk Al-Targhrib II:206).

Sabda Baginda Rasulullah SAW : "Setiap anak adam (manusia) itu digandakan satu kebaikkan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda". Firman ALLAH SWT maksudnya: "Kecuali puasa yang dikerjakan untuk KU maka AKU-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya & meninggalkan makan kerana AKU. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) & gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi".(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).


Waking Dream divider 
FADHILAT PUASA-PUASA SUNAT SEPANJANG TAHUN

1.    PUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL
       
       Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad 
       SAW yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi
       dengan berpuasa (sunat) 6 hari dalam bulan Syawal adalah seperti berpuasa selama 
       setahun" (Riwayat Muslim).

       Cara melakukannya yang terbaik (afdal) adalah dengan berpuasa secara berturut-
       turut hari dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh & sah dengan 
       tidak berturut-turut, misalnya sehari berpuasa dua hari tidak, kemudian berpuasa lagi, 
       asalkan  genap 6 hari dalam dibulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan
       puasa 6 hari dalam bulan Syawal diniatkan beserta puasa qadha Ramadhan.



2.    PUASA DIHARI 'ARAFAH (9 zulhijjah)

       Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar
       sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya 
       sebagaimana Rasulullah SAW telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari
       'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu & tahun- 
       tahun kemudiannya". (Riwayatkan oleh Muslim & Al-Turmuzi).

       Menerusi hadith daripada Abi-Qatadah r.a. juga bahawa Rasulullah SAW bersabda 
       yang bermaksud : "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang 
       lalu & dosa tahun yang akan datang" (Riwayat oleh Muslim).


3.    PUASA PADA BULAN MUHARRAM

       Daripada Abi Hurairah r.a. katanya telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
      "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan iaitu puasa pada bulan ALLAH iaitu pada 
       bulan  Muharram & seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam"
       (Riwayat Muslim). 

       Daripada Ibu' Abbas r.a. katanya telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
      "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya telah terhapus dosanya dua tahun, dan
       sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari 
       (mendapat pahala) 30 hari" (Dikeluarkan oleh Al-Tabrani).

4.    PUASA PADA HARI 'ASYURA (10 Muharram)

       Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya mengenai 
       puasa dihari 'Asyura (yakni puasa hari ke 10 bualan Muharram) maka sabda 
       Baginda SAW yang bermaksud : "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu " 
       (Riwayat Muslim).

5.    PUASA HARI TASU'A (Tanggal 9 Muharram)
   
       Ia disunatkan, namun Rasulullah SAW belum sempat mengerjakannya, 
       bagaimanapun Baginda SAW bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya jika Aku 
       hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram"(Riwayat Ahmad 
       & Muslim).

       Peringatan :

       Puasa sunat pad hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari
       sebelumnya iaitu hari ke 9 atau hari selepasnya (yakni hari ke 11) & lebih baik
       lagi dikerjakan   3 hari berturut-turut iaitu hari ke 9, ke 10 & ke 11. Jika 
       ditunggalkan 10 Muharram sahaja,  hukumnya makruh kerana menyerupai 
       amalan orang Yahudi.

       Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Berpuasalah pada hari 'Asyura 
       (10 Muharram) & janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu 
       berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya" (Riwayat Imam Ahmad)

6.     PUASA BULAN SYA'ABAN

        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata "Wahai Rasulullah SAW
        tidak saya melihat bahawa tuan hamba berpuasa satu bulan daripada 
        bulan-bualan (dalam setahun melainkan bulan Ramadhan) seperti tuan berpuasa
        pada bulan Sya'aban"Sabda Rasulullah SAW "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) 
        ialah bulan yang manusia  lalai kepadanya antara Rejab & Ramadhan, padahal ia 
        (yakni bulan Sya'aban) bulan  yang diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian
        alam, maka aku suka amalanku diangkat & aku berpuasa" (Riwayat Al-Nasai).

        Ummu Salamah r.a. pula berkata : "Tidak pernah aku melihat Rasulullah SAW 
        berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan bulan Sya'aban & Ramadahan"
        (Riwayat Al-Turmuzi).

7.      PUASA PADA HARI ISNIN & KHAMIS 

         Daripad Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW sabdanya : "Diperlihatkan 
         (Kehadrat Allah SWT) segala amalan itu pada hari Isnin & Khamis, 
         jesteru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa" 
         (Riwayat Al-Turmuzi).

         Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanya kepada 
         Rasulullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab 
         dengan sabdanya yang bermaksud "Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, 
         padanya  aku dibangkitkan menjadi Rasul & padanya Al-Quran diturunkan 
         kepadaku"(Subul Al-Salam)



8.       PUASA HARI RABU, KHAMIS & JUMAAT

          Daripada 'Ubaid bin Muslim Al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujarnya, aku 
          bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasulullah SAW mengenai puasa dahar
          (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :
          "Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya 
          untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu puasalah pada bulan Ramadhan
          & yang mengikutinya (6 hari dalam bulan Syawal) & pada setiap hari Rabu 
          & Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun
          & anda juga telah berbuka" (Riwayat Abu Dawud, Al-Nasai & Al-Turmuzi).

          Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah SAW
          bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis & Jumaat, 
          nescaya ALLAH SWT membina untuknya sebuah istana diSyurga daripada
          permata, yaqut, zamrud & dicatat baginya bebas daripada api neraka"
          (Riwayat Al-Tabrani).

          Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda 
          yang bermaksud : "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu,Khamis & Jumaat, 
          kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan 
          semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih
          daripada segala dosa" (Dikeluarkan oleh Al-Tabrani).

9.       PUASA PADA HARI PUTIH (13,14 & 15 Bulan Islam)

          Diriwayatkan dari Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
          "Berpuasa 3 hari pada setiap bulan adalah berpuasa sepanjang tahun iaitu puasa 
          pada hari-hari putih - pada hari 13,14 & 15 (bulan Qamariyah)" 
          (Riwayat Al-Nasai dengan sanad yang sohih).

10.      PUASA 3 HARI PADA SETIAP BULAN

          Diriwayat oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda 
          Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Puasa 3 hari pada setiap bulan, 
          Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa"

          Mengenai berpuasa 3 hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat ulama.
          Antaranya dikatakan puasa 3 hari itu ialah puasa pada 13,14 & 15. 
          Inilah pendapat kebanyakan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, 
          Al-Shafi'i, Abu Hanifah, Ahmad & Ishaq.

           Sementara Al-Nakhai'i  berpendapat ialah puasa 3 hari pada akhir bulan.

11.      PUASA SELANG SELI (Sehari Puasa Sehari Tidak)

           Hadith daripada Abdullah bin 'Amru Ibnu Al-'As r.a. bahawasanya Nabi 
           Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : " Telah sampai berita kepadaku
           bahawa anda berpuasa pada waktu siang & berjaga (kerana beribadah) pada 
           waktu malam. Jangan buat demikian kerana atas untuk jasadmu atas dirimu 
           ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan untuk isterimu ada habuan. 
           Puasalah & berbukalah. Puasa 3 hari pada setiap bulan, maka dengan 
           demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun". Aku berkata : 
           " Wahai Rasulullah SAW aku mempunyai kekuatan (keupayaa untuk berpuasa).
           Sabda Baginda Rasulullah SAW "Maka berpuasalah puasa Nabi Daud a.s. iaitu
           puasa sehari & berbuka sehari" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

           Daripada Abdullah bin 'Amru Ibnu Al-'As katanya telah bersabda Rasulullah SAW
           bermaksud : "Puasa yang disukai ALLAH SWT ialah puasa Nabi Daud s.a. & 
           solat yang paling disukai ALLAH SWT adalah solat Nabi Daud s.a. Baginda tidur 
           separuh malam & bangun beribadat sepertiga malam & tidur seperempat malam 
           & baginda berpuasa sehari & berbuka sehari".(Riwayat Al-Bukhari & Muslim).


Waking Dream divider
PERINGATAN

1.  Dalam mencari pahala puasa sunat, jangan salah hari-hari yang diharamkan 
     berpuasa iaitu :
  • Tanggal satu Syawal (hariraya Aidil Fitri)
  • 10 Zulhijjah (Hariraya Aidil Adha), Hari-hari tasyriq 11.12 &13 Zulhijjah
  • Hari Syak, mungkin hari mula berpuasa (30 Sha'aban)
  • Selepas 15 Sha'aban jika bukan puasa Qadha' atau Nazar atau tiada hubungan             dengan  puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa.
  • Puasa sunat bagi wanita yang tanpa izin suami (Jika suami bermukim yakni                       tidak bermusafir atau tak berpergian jauh)
2.   JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN :
  • Puasa bagi orang yang sakit bersangatan.
  • Puasa orang yang sangat tua.
  • Puasa bagi wanita yang hamil.
  • Puasa bagi orang yang musafir.
  • Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.
  • Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan).
  • Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan).
  • Puasa asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang menanggung puasa qadha.
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
3.   Orang yang mengerjakan puasa wajib hendaklah berniat puasa pada waktu malam.
      Adapun puasa sunat boleh berniat dipagi hari sebelum tergelincir matahari (sebelum
      masuk waktu Zuhur), dengan syarat belum melakukan perkara-perkara yang 
      membatalkan puasa.

4.    Niat puasa tidak semestinya dengan melafazkan dalam bahasa arab, memadai 
       melintaskan didalam hati dengan apa-apa jua bahasa yang kita faham, iaitu bahawa 
       kita hendak melakukan puasa (sebut jenis puasanya) pada hari esok (jika niat 
       pada waktu malam),
       atau pada hari ini (jika berniat pada dinihari atau waktu sahur atau pada sebelah 
       pagi selepas subuh jika puasa sunat).


Sumber : tanbihul_ghafilin.tripod.com
Gambar : Ikhsan Cik google

Waking Dream divider