CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 27, 2015

MARUKU RESIPI FALCON


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sejahtera dan salam ceria drp mama....semoga perkenalan kita dialam maya tidak putus setakat disini...semoga satu hari dan satu ketika kita dapat bertemu muka dan berkenalan dengan lebih mesra dan rapat lagi.
Untuk resipi hari ini, mama persembahkan maruku...yg mama telah buat untuk raya yang baru berlalu ini....Memandangkan mood menulis entah lari kemana ketika itu...makanya resipinya pending hingga kehari ini....
Namun bagitu bersyukur, kerana hari ini mama berkesempatan untuk berkongsikan resipi ini disini. Resipi mama perolehi drp syarikat Falcon yg mama pergi kesana untuk sevice mesin falcon mama yg dah lama tidak digunakan lagi....rasanya telah hampir 10 tahun lebih mama simpan jerr mesin tuu....
Namun bagitu alhamdulillah setelah di service baru2 niee....boleh pula digunakan semula. Kebetulan mama tertenguk dalam facebook cara kegunaannya....alahaii terlalu lama sekali mama dah xguna lagi mesin falcon tuuu....dulu masa mama beli fungsinya cuma sedikit jerr....dulu cuma di gunakan untuk membuat mee, laksa & pasta jerr....tapi sekarang niee dah boleh buat bermacam2 biskut dah....Cuma kita mesti beli tambahan acuan2nya sahaja....
Nasib baik lerr selepas sevice masih boleh digunakan lagi.
Jadi resipi kali ini mama share untuk rujukkan kita semua....walau pun xderr mesin falcon...anda masih boleh membuatnya dengan menekan secara manual.....tp alahaiii untuk cara ini anda mestilah seorang yang kuat serta perkasa.....he3
Boleh jerr kita minta tolong en abang atau anak lelaki untuk menekan adunan maruku tersebut......Sabo jerr lerr....xkuasa mama nak berleter pukpek...pukpek panjang2 lagi...
Untuk itu mai sama2 kita kesegmen resipinya.....





Ini pula acuan2 yang mama beli 
untuk tambahan bagi buat biskut,
maruku, mee dll



MARUKU RESIPI FALCON

Bahan2nya :
  • 250gm t. maruku - cap baba's
  • 250gm t. pulut
  • 1 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar jintan manis * (digoreng tanpa minyak & diblend)
  • 1 sudu besar jemuju biji
  • 1 sudu besar cili powder
  • 65gm bijan ( bakar)
  • 2 biji telur - pukul rengan sahaja
  • 2 @ 3 sudu besar butter
  • 250gm santan kotak - 1 kotak kecil boleh buat 2x
  • 1 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya : 
  1.  Semua masuk dlm mesin falcon, masukkan butter & uli ratakan.
  2. Masukkan telur yg sudah dipukul rengan
  3. Larutkan santan dengan air & tuang diatas mesin sehingga habis sambil mesin menguli
  4. Sudah rata boleh dikeluarkan.
  5. Jika anda ada mesin falcon bolehlah anda set pada fungsi menekan adunan maruku tuu..
  6. Bila telah banyak, bolehlah digoreng maruku sehingga kuning kemudian disejukkan.
  7. Setelah maruku sejuk, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
* Kalau maruku keluar putus2 tambah 50ml air atau santan sambil menguli balik 


Ini dia maruku yang mama buat untuk raya 2015
Mama campurkan dalamnya ngan kekacang dan jejari ketam
sedapppp...nyummmy..yummmy Buat lerr...pasti berbaloii
Dihariraya maruku niee yang 
habis duluu...

No comments:

Post a Comment