CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 29, 2013

ACAR DARAT TIMUN....... CMG

Assalamualaikum
Kali ini MA nak N3kan pula Acar Darat Timun yang MA ambil dari rumah CMG untuk digandingkan dengan Nasi Ketumbar yang baru-baru ini MA buatkan.....
MA terpikat pada kelainan cara membuat acarnya.....jadinya MA cubalah buatkan....nak rasa, bagaimana pula rasa acar yang tanpa guna cili giling & rempah ratus. Pada anda yang tidak suka pada kepedasan.....bolehlah cuba buatkan Acar Darat cara CMG nie.......terima kasih pada CMG kerana sudi berkongsi resepi nie.......
Jom kita tenguk resipi yang MA C&P daripada blog CMG......untuk rujukan MA dimasa akan datang......



ACAR DARAT TIMUN....CMG
Resipi : CMG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 3 biji timun, kerat 2", buang empulur & potong macam anak mancis* (MA guna 1 biji je)
  • 3/4 sudu teh garam*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*(* bahan ini digaul rata)
  • 1 biji lobak merah - kerat 2" & potonh spt anak mancis (MA guna 1/2 biji je)- Che Mat tak letak pun sbb takde
  • 2 biji cili merah kerat 3, buang biji & potong saperti anak mancis juga
  • 1 biji bawang besar - dibelah 5
  • 5 ulas bawang putih - belah 2 setiap satu (MA guna 2 biji bawang putih je)
  • 1/2" halia - dihiris halus
  • 4-5 sudu besar cuka makan JALEN
  • Gula secukup rasa (dalam 2-3 sudu besar)
  • Garam jika perlu
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sekejap, tos & tumbuk kasar (MA guna 1 sudu besar je)
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 2 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*MA kurangkan & guna separuh saja)
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2sudu besar). Tumis 4 sekawan bersama biji sawi hingga harum. Masukkan udang kering, bawang putih & halia. kacau rata. Tambah cuka makan & juga gula. Kacau rata & masak hingga pekat. Guna api kecil & kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah (jika guna) dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah, bawang besar & timun (pastikan anda toskan timun tadi & perah sedikit). Gaul rata & masak sekejap. Rasa jika perlu baru tambah dengan sedikit garam. Jika anda suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Masak sekejap, matikan api & boleh dihidangkan.
** MA makan Acar Darat nie dengan nasi ketumbar, kalau nak tenguk resipinya ada DISINI.
Cara MA - Timun & lobak merah MA rendam sebentar dalam air kapor- kemudian bersihkan & toskan, ini untuk mendapatkan timun & lobak merah yang rangup.


Ini Acar Darat Timun  dah siap terhidang


Ini pula Nasi Ketumbar.....yang MA gandingkan 
makan dengan Acar Darat Timun...
& Rendang Ayam Minang resipinya DISINI


No comments:

Post a Comment