Salam kepada semua.......
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog MA.
Maafkan MA jika ada kekurangan di dalam Blog ini, kerana MA pun baru berjinak-jinak dalam dunia blog & MA masih lagi di ibaratkan saperti budak yang baru merangkak dalam membina blog ini.
Wbp MA akan cuba memperbaiki kelemahan diri ini dari masa kesemasa.......
Terima kasih pada staff-staff K.Perak di UTC Ipoh kerana memberi peluang pada MA untuk belajar mambina blog nie. Terima kaseh kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan tempat infomasi untuk rakyatnya bagi celek IT.
Semoga anda selesa melayari blog MA yang tidak sehebat blog-blog yang lainnya..........
Disini izinkan MA memperkenalkan diri .....................
Saya lebih selesa membahasakan diri mamaAna a.k.a MA sahaja. Buat masa ini MA adalah suri rumah sepenuh masa, ibu kepada 4 orang cahaya mata dan opah kepada 2 orang cucu lelaki. Isteri kepada suami penyayang dan tercinta. 2 daripada 4 anak MA dah berumah tangga. 3 daripada mereka tinggal berjauhan. Kini yang tinggal dirumah nie si bongsu bersama hubby tersayang sahaja.
Kerjaya harian biasalah.....seperti suri rumah yang lainnya, mengurus hal-hal rumah tangga dan yang paling utamanya pastilah memasak.
Sabenarnya MA tidaklah pandai sangat memasak nie. Tapi suka mencuba, kalau dah minat biasalah......
Pernah mengikuti kelas-kelas masakan masa tinggal di Shah Alam dulu.....ketika itu MA masih lagi bekerja.
Sahingga sekarang apa yang dipelajari dahulu masih lagi dipraktikkan, MA juga ada mengambil tempahan membuat kuih muih melayu, puding,biskut, kek hari jadi dan kek hantaran perkahwinan.
Pada pendapat MA memasak nie adalah satu cabang seni.........kita punya cara tersendiri dalam menyediakan makanan.......terpulang kepada kepakaran dan citarasa individu bagi menyesuaikan citarasa makanan tersebut. Terpulang pada penerimaan citarasa masing-masing dalam menilai keenakan masakan tersebut.......kadang-kadang sedap pada kita tetapi tidak pada anda/mereka.
Tujuan MA mengwujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak resepi serta hidangan yang pernah MA sediakan untuk keluarga atau pun untuk tetamu dan kawan-kawan.
Blog ini juga dibuat yang utamanya untuk rujukan anak menantu yang berjauhan & sekiranya MA tiada lagi didunia ini, semoga apa yang ada diBlog ini nanti boleh mengubat kerinduan mereka pada masakan MA seterusnya jika mereka ingin merasainya, maka mereka masih lagi boleh memasaknya, walaupun ketika itu MA sudah tiada.
Terdapat banyak resepi sedap-sedap (pada citarsa tuan tanah le....) yang pernah disediakan oleh MA sendiri.........(resepi daripada pelbagai sumber, tetapi telah diolah mengikut citarasa MA sendiri)
Bersama blog ini juga MA ada juga selitkan gambar-gambar kenangan bersama keluarga & rakan ketika bersantai bersama-sama semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian..........kisah anak-anak, famili & kawan-kawan.
InsyaAllah ........semoga kita bersama-sama mendapat manafaat daripada perkongsian ini..........samoga juga pengkongsian yang ikhlas ini boleh memberi pahala kepada tuan tanah, seperti air yang mengalir yang tidak akan berhenti, doa yang berterusan daripada anda diucapkan ribuan terima kaseh. MA halalkan apa- apa resepi yang anda ambil drpd sumber blog MA ini.......
Wbp gambar-gambar di Blog ini adalah hak individu, harap anda tidak menciplaknya, sila minta kebenaran drpd tuan tanah dahulu seandainya ingin memilikinya......(maafle....gambar di blog nie, tidak le se terang & se indah spt gambar di blog yang lain......MA tak punya kamera yang canggih.......huhuhu). Jika anda ingin menggunakan resepi di blog ini,
sila sertakan LINK blog ini, sebagai tanda penghargaan pada tuan tanah.......
MA berharap kepada individu yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakkan ini, semoga blog ini dapat memberi banyak inspirasi dan pengelaman serta idea dalam mencuba dunia masak memasak..........
MA akan terus menulis selagi mampu & sekiranya ada masa.......
MA harap anda tidak jemu melayari blog ini.
Sila tinggalkan komen anda, sebagai tanda penghargaan & untuk memberi semangat pada MA bagi menulis dengan lebih aktif di blog ini.........insyaAllah MA akan cuba membalasnya.....
Komen-komen yang membangun sangat di perlukan daripada anda..........
Terima kaseh.
Assalamualaikum....
Ikhlas daripada mamaAna.
Semoga mama bahagia dunia akhirat
ReplyDeleteAmin...terima kasih, doa mama juga untu mu b2.
ReplyDelete