CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 26, 2015

TEMPAHAN DEMI TEMPAHAN YANG DITERIMA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alahaiii...lama betul MA tak bersiaran.... terlalu banyak perkara yang nak diuruskan. Tempahan demi tempahan MA terima, membuat MA tak berkesempatan untuk mengupdate blog kesayangan MA ini. Apa tah lagi sejak kebelakangan nie badan pun kurang sehat serta berjangkit pula dengan keluarga yang lain, jadinya asyik berulang alek ke hospital lerr kami. Semoga anda yang sudi dan sering melayari teratak MA ini memahami situasi yang MA hadapi. InsyaAllah MA akan cuba meluangkan masa walau pun kadangkala MA macam biskut cipmore....
Okey...buat sementara waktu nie...mai kita cuci mata dengan tempahan-tempahan yang MA sering ambil....
Bagi anda yang ingin menempah...MA sekarang cuma mengambil tempahan disekitar bandar IPOH sahaja....walaupun MA sering menerima pertanyaan bagi tempahan daripada luar kawasan......maafkan MA kerana tak dapat menunaikannya....

Puding hantaran
yang hiasan bunganya juga dibuat daripada
JELLY...
Terima kasih kepada Puan Rokiah 
Semoga puan berpuas hati..

Cup cake hantaran tema orange
Terima kasih kepada Puan Shima
yang sering menempah...
Semoga jalinan kerjasama ini berpanjangan...Aaamiinn


Tart buah tempahan untuk hantaran juga..
Terima kasih kepada puan Rosnani...
yang sudi melayari blog MA ...lalu menempah

Puding selasihku sayang
yang sering ditempah oleh pelanggan tetap MA



Kek masam manis juga menjadi pilihan
dalam senarai menempah
Terima kasih pada Puan Latha yang sudi 
 dan juga sering menempah


Serimuka pulut hitam juga dalam
senarai tempahan yang paling top..


Puding kek marble 
juga dalam senarai yang sering ditempah



Cupcake red valvet 
yang menjadi pilihan...


Pavlova yang juga menjadi pilihan
dalam senarai tempahan 
Bahulu kemboja yang lemak manis
 dan lembut sekali...menjadi senarai 
yang memang digemari ramai 

Kuih cara berlauk
untuk peminat kuih yang pedas
sering juga mendapat tempahan..
Talam Keladi
menjadi tempahan keutamaan
pada peminat ubi keladi
Kuih lompang warna warni 
juga menjadi pilihan pelanggan tetap...

UNTUK ANDA YANG INGIN MENEMPAH 
Sila whatsApp MA di no 0183665488
Tempahan diterima bagi kawasan IPOH sahaja.
Terima kasih diatas sokongan anda semua.


Wednesday, December 31, 2014

AYAM UNGKEP KENTANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Alahaiii ...lamanya MA tak bersiaran, terlalu banyak benda yang hendak dibuatkan hinggakan tak berkesempatan untuk meng update blog nie...
Hari ini sekali lagi MA gagahkan diri untuk N3kan resipi ayam ungkep....MA memang suka menu nie. Kali ini MA cuba resipi dari dapur Amie's pula....sebelum nie resipi ayam ungkepnya MA cuba resipi dari dapur Yanti Sinar Kehidupanku....resepi dari kedua2nya lebih kurang jerr .....tapi untuk resipi kali ini MA cuba masukkan sedikit santan, cuma MA nak merasa perbedzaannya sekiranya dimasukkan santan kedalam resipi ayam ungkep nie....hahaha
Jangan marah yerr Amie....cuma MA nak berekperimen jerr dengan perbedzaan rasa ayam ungkep bersantan dan tanpa santan....
Untuk anda yang ingin mencuba resipi ori dari Amie's Little Kitchen bolehlah lihat DISINI.
Untuk melihat resipi yang MA salinkan disini pun bolehhhh juga....tapi ada penambahan pada santan dan ubi kentangnya saja.


AYAM UNGKEP KENTANG
Sumber : Amie's Little Kichen
Oleh : MA

Bahannya :
  • 1 ekor ayam ~ dipotong 10 ( lumur dengan garam & kunyit ~ perap seketika)
  • 2 batang serai ~ dititk
  • 3 cawan air
  • Minyak
  • Sedikit asam jawa ( pilihan)
  • Garam, gula dan perasa pilihan
  • 1/4 cawan santan (MA tambah)
  • 2 biji kentang ~ belah 4 ( MA tambah)
Bahan tumbuk /kisar :
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan puteh
  • 3cm kunyit hidup
  • 3cm halia
  • 15 biji cili padi
Caranya :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga rata minyak.
  2. Masukkan serai dan daging ayam, kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
  3. Tambah air, garam, gula dan perasa pilihan.
  4. Masukkan kentang, kacau rata.
  5. Tutup kuali rapat2...kacau sekali sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus, kekeringan atau hancur.
  6. Masukkan juga santan (MA tambah)
  7. Apabila kuah kering dan ayam empuk, matikan api. (jika suka berkuah, tak perlu masak sampai kering) 
Ayam ungkep dah pun tersedia
Jemput makan....

Sunday, November 30, 2014

PUDING ROTI ...... NUR QASEH YANG MEMANGGG SEDAPPPP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari nie kenapa yerr dengan tak semener2....teringin pulak nak menikmati puding roti....
Teringat MA pada kesedapan puding roti yang MA beli minggu sudah dalam perjalanan keLumut di kilang ROTI SEGAR di TITI GANTUNG.
Dalam pencarian resipi puding roti dengan pertolongan cik Google....MA terpikat dengan resipi Puding Roti Nur Qaseh ini....hahaha apa lagi dengan serta merta MA salinkan dulu resipinya dalam draft....supaya tidak pula MA nanti tercari2 apabila berkeinginan untuk memuding......
Alhamdulillah setelah melihat cara olahan step by step yang Azie persembahkan....terlalulah simple sekali rasanya, sebab tuu laaa....MA teringin mencuba resipi nie....
Terima kasih pada Azie diatas perkongsian ini....izinkan MA panjangkan resipi nie disini pula....
Pagi ini MA pun mula menjalankan projek memuding...saperti yang dihajatkan....maaf lerr Azie......kerana ada adjustment sikit pada resipi....biasa lerr yerr, bila resipi bertukar tangan. Puding yang MA buatkan ini.....diletakkan kedalam bekas2 kecil, supaya senang untuk dimakan dan dihidangkan. Manakala sukatannya MA ubahsuai sikit mengikut citarasa tuan rumah....
Untuk itu mai kita intai resipinya.......cuba yerr jangan tak cuba....memang marbeles puding nie... 
sedappp betul.....tak rugi untuk mencubanya......
Kepada anda yang ingin melihat resipi yang ori.....sila lihat link Azie Kitchen yerrr.....resipi dibawah nie MA dah adjust mengikut citarasa MA sendiri ..... sbb MA nie memang suka puding roti yang lembut ......

PUDING ROTI...... NUR QASEH 
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 6 keping roti Gardenia (potong kiub besar)
  • 3 keping roti lagi ~ dipotong kiub kecil2 @ utk hiasan (MA tambah)
  • 2 cawan susu segar (MA tambah 2 1/4 cawan ~ utk lembutkan lagi)
  • 1/2 cawan gula kaster (MA tambah 3/4 cawan ~ utk maniskan lagi)....hahaha biasa lerr MA nie.... suka manis.
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2-3 biji telur - dipukul rengan ( MA guna 3 biji)
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • Sedikit kismis (MA tambahkan bersama almond nibs - yang telah dibakar)
  • Sedikit serbuk kayu manis (MA tak bubuh pun)
Caranya : 


Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih bolehlah diangkat.
Masukkan roti dan kacau rata supaya ia terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan 
biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur 
supaya telur tidak masak.
Akhir sekali masukkan telur dan essen vanila. Kacau rata.
Jika suka masukkan sedikit kismis dan badam 
serta serbuk kayu manis.

 
Tuangkan kedalam loyang saiz 8"yang telah
dilenser dengan sedikit mentega. 
(MA letak dalam bekas2 kecil jerr)
MA hiaskan diatasnya dengan potongan 
roti yang dipotong kiub kecil2 dan yang telah
rendam sebentar dalam adunan telur
yang bercampur dengan susu tadi.
Diatas sekali MA taburkan dengan
 sedikit gula pasir.

Masukkan loyang kedalam bekas besar yang telah diisi 
dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
Bakar pada suhu 180'C selama 
45 minit sehingga 1 jam. 
(MA bakar 35 minit jerr.....sbb guna bekas kecil)
Dah masak pun.....sedia untuk dihidangkan.

Friday, November 28, 2014

RESIPI SAMBAL UDANG YANG SEDAPPP DAN MUDAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Resipi kali nie....mai kita cuba pulak buat Sambal Udang Yang Sedappp dan Mudah....memang senang sekali....
Bawangnya tak payah blander pun....cilinya pula guna cili boh jerr...hahaha mudah kannn...
(Tapi MA masak mlm nie guna cili kering diblander jerr....sbb dirumah nie biasanya MA tak pernah pun simpan cili boh yang dibeli....biasanya bila MA nak masak baru MA rebus sikit cili kering dan diblanderkan serta merta....bagitulah MA buat selalunya.....)
Menu nie MA masak untuk makan malam ....sbb lauk siang yang siBungsu masak dah kehabisan....kebetulan semua bahannya ada.....Apa lagi kita jalankan projek memasak udang lerr pulak....
Terima kasih pada Mas kerana memanjangkan resipi  yang sedappp nie....terima kasih juga pada Sifu  Zalina yang sudi berkongsi resipi nie di FB.
Mai kita tenguk resipinya....


SAMBAL UDANG YANG SEDAPPP...DAN MUDAH
Resipi : Sifu Zalina Yahaya FB
Sumber : MAS DUNIAKU
Oleh : MA

Bahannya :
  • 3 ulas bawang besar (lebih pun tak perr)
  • 5 ulas bawang putih (lebih pun tak perr)
  • 3 sudu besar cili boh ( saya tak kosa nak rebus cili kering, lepas tu blander pulak....tak kosa) ~ MA blander cili kering jerr.
* Tip : Saya guna cili boh cap Maz (sbb saya terdengar perbualan taukey2 kedai nasi lemak cakap cili boh cap Maz nie merah dan cantik) ~ sbb tuu saya beli.
  • Asam jawa sebesar telur kuning gred A (rendam dgn air)
  • 1 camca besar gula*
  • 1 camca teh garam* (* tak cukup tambah lerr)
  • 1/2 kiub pati ayam (MA tambah)
  • Udang
Caranya :
  1. Hiris bawang...tak payah nak buat rajin guna blander.
  2. Tumis bawang, minyak banyak sikit pun tak perr...biarkan layu sikit.
  3. Bubuh cili boh.
  4. Tutup kuali, kacau sekali...sekali sampai bawang hancur. Api slow...memang lama sikit....kalau boring...hahaha sila layan FB...ini Mas kata yerr...bukan saya.
  5. Bila bawang dah hancur, boleh lerr masukkan air asam, kacau lagi sampai pecah minyak.
  6. Bubuh perasa.Bubuh udang. Siapppp.
Dah pun siappp
Jom kita makannn...