CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 5, 2013

SEHARI DI CAMERON HIGHLAND

Baru-baru nie cuti hari Wesak anak daraku Yanti balik bercuti ke Ipoh.......
Dah lama dia tak balik, pada hari cuti kami tak ke mana-mana pun, cuma duduk di rumah dan pastilah rutin harian MA memasak ape yang teringin & yang suka nak di makannya. Biasalah sekali sekala anak balik. Yanti nie kalau nak balik je.....pasti dia talifon bertanya MA akan masakkan kegemarannya. Tak susah pun masakan kegemarannya, cuma masak tempoyak ikan patin & ikan keli bakar......itu le favouritenya. Petangnya MA masakan puding roti ...........untuk pencuci mulut.
Nasib baik le semenjak duduk di Ipoh nie senang sangat nak cari ikan patinnya, kalau masa MA duduk di Shah Alam dulu, my hubby tak bagi MA beli ikan patin nie, sbb kan dulu sekali keluar kes ikan patin yang di ternak oleh penternak cina nie di berikan makan perut-perut babi. Semenjak itu le MA tak membeli ikan patin dah. Tapi semenjak duduk di Ipoh nie, MA selalu beli sbb penternaknya orang melayu, as specially MA selalu beli ikan patin nie di pasar Tg Rambutan, kerana di sana banyak orang kita menternak ikan patin nie di dalam sangkar di Sungai Kinta. Bila balik sini baru le my hubby nak makan kembali ikan patin nie.







Pada hari isninnya, rasanya terlampau le boring.........nak duduk di rumah je. Ini perjalanan yang tak di rancang pun. Paginya kami keluar minum pagi di kedai Simpang Pulai jalan nak ke Cameron Highland, dan tiba-tiba saje MA shorkan agar kami naik ke Cameron Highland pada pagi tu......
Kebetulan masing-masing setuju, jadi le perjalanan ke Cameron tu.........MA niat nak jalan-jalan je, disamping leh le beli sedikit buah Strawberry, sayur-sayuran dan bunga-bungaan hidup.

Seronok bila kita berada di ladang strawberry nie, siap boleh kita petik sendiri lagi buah strawberry tu. Kita mesti petek buah strawberry jangan kurang daripada 200g, lebeh tak ape......lagi le suka taukeh strawberry tu.........hahaha  Harga 100g hanya RM5.00 je, tak le mahal sangat.....
Ini gambar di bawah nie kami singah di Taman Lavender, seronok juga masa berada di Taman Lavender nie, sana sini penuh ngan bermacam-macam bunga. Masuk ke taman nie di kenakan bayaran, dewasa di kenakan bayaran RM5.00 seorang & kanak-kanak RM 3.00. Besar tamannya, puas le berjalan......




Sekarang nie di Cameron Highland tak le sejuk sangat, kalau dulu-dulu tahun 70an & 80an, naik saje kasini cuacanya  pasti sejuk. tapi tidak sekarang.......cuma terasa angin sejuknya sahaja. Musim cuti-cuti sekolah nie, sebok sekali di Cameron.......kalau perjalanan nak ke Brincang tu, siap dengan jemnya lagi...... Nasib baik le MA naik ke Cameron melalui Simpang Pulai & kami melalui Kg Raja terus ke Brincang, tak le jauh dan sebok sangat, kalu kami naik ke sini melalui Tapah .......u la la, pasti le berderet-deret kereta naik ke Brincang.........
Semuanya nak ke Brincang, sbb disini je banyak ladang strawberry, sayur-sayuran dan bunga-bungaan.......
Sesiapa nak beli buah-buahan, strawberry, sayur-sayuran dan bunga-bungaan hidup mesti le datang ke Brincang untuk membelinya.
Kalau di Tanah Rata, hanya pekannya saje dan rumah tumpangan banyak le kat sana.........








Dalam perjalanan balik kami singgah le sekejap di ladang teh Cameron, perjalanan balik kami turun melalui Tapah, kerana nak singgah di Lata Iskandar. Air di Lata Iskandar nie sejuk sekali, memang tahan betul le sesiapa yang mandi mande di sini.......





Ini le cerita pejalanan kami seharian ke Cameron Highland, Kami turun ke Tapah dan singgah sembahyang Zohor serta makan di gerai persimpangan jalan ke Cameron Highland. Makan nasi campor di sini memang sedap lauk-pauknya. Di gerai nie kami selalu singgah untuk makan, selalunya ketika perjalanan ke Kuala Lumpur, pasti kami akan masuk dulu melalui tol Tapah untuk makan di sini dan seterusnya baru le kami keluar melalui tol Tapah kembali & meneruskan perjalanan ke distinasi yang hendak di tuju. Kami jarang singgah di R&R lebuhraya, sbb di sana selalu sebok dan makanannya pun kurang dengan citarasa kami sekeluarga......
Kami sampai balik ke rumah kira-kira pukul 5.30 petang...........rasanya puas le berjalan hari nie...........








Tuesday, June 4, 2013

BINGKA UBI KAYU


Assalamualaikum.....salam sejahtera untuk semua yang sudi mengunjunggi blog MA nie
Semalam MA buat bingka ubi, dah lama MA teringin nak makan bingka ubi nie, tapi biasa le kalau nak buat bingka ubi nie kerajinan tu mestilah di tahap yang tinggi. Al-maklum penyediaan ubinya tu, faham-faham saje le.....
Ubi kayu tu mestilah di sagatkan dulu, barulah boleh terhasil bingka ubinya..........kalau ada huruf 'M', alamat tak maenjadi le bingka ubinya.
Sbb tu le, dah lama MA teragak-ragak  nak buat bingka nie, tapi maseh tak terbuat-buat jugak. Dan hari nie alhamdulillah sampai jugak hajat MA nak makan bingka ubi nie.......   :D
Jangan lengahkan masa mari kita tengok resepinya, pada kawan-kawan yang teringin nak makan bingka ubi tu........mari kita buat sendiri, pasti berbalui untuk menikmatinya, bukan utk kita sekeluarga je......tapi boleh lagi bagi pada jiran-jiran, kan pahalanya berlipat ganda. Resepi yang di sertakan disini memang MA selalu buat kalau teringin nak makan ke atau MA buat untuk tempahan, ini le resepi yang selalu MA gunakan..........



Keenakan bingka ubi nie memang berbeza daripada kuih-kuih yang lain. Rasanya memang unit, apatah lagi kalau kita buat sendiri. MA nie kalau bingka ubi yang di jual dikedai atau gerai-gerai tu, selalunya MA tak layan, bukan ape sbb biasanya selalu je dapat yang keras....... mana tidaknya, ini tentu kes bingka ubinya dibubuh dengan tepung yang banyak. Pasti le hasilnya pun tak seperti yang kita harapkan. Jadi biasanya kalau MA teringin sangat nak makan bingka ubi, pasti MA buat sendiri.
Bagi kawan-kawan yang suka makan bingka ubi........ape kata boleh le layan ngan resepi yang MA sertakan di sini.........cuba le, pasti anda takkan menyesal...............:D



BINGKA UBI KAYU

Bahan A

2600g ubi kayu (diparut)- ubinya anggaran 5 hingga 6 1/2 kilo

Bahan B

750ml santan pekat
600ml air

Bahan C

450g gula melaka
225g gula pasir
75g tepung susu
120g mentega (MA guna buttercup je  - dicairkan)
2 1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :

  1. Ubi yang telah di parut hendaklah di perah buang airnya dengan cara masukkan ubi tu ke dalam kain bersih dan di perahkan. Air perahan ubi tu ketepikan dulu anggaran 30 minit, kemudian buangkan air ubi tu dan ambil sagunya yang tertinggal dan campurkan dengan ubi.
  2. Satukan semua bahan yang tersebut di atas dan kacau hingga rata.
  3. Tuangkan adunan itu ke dalam acuan 13". 
  4. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau sehingga keperangan di atasnya.


NOTA :

  •  Acuan mesti le disapukan majerin bawah dan tepi tin. Boleh juga acuan di lapik dengan aluminium foil bagi memudahkan untuk mengangkat bingka itu, bila sudah masak. 
  • Di atas aluminium foil tu mesti di sapukan minyak.
  • Jika hendak kuih berwarna kuning, gunakan gula pasir 675g sahaja dan bubuh dengan sedikit pewarna kuning. 




Monday, June 3, 2013

BISKUT SAMPERIT

Alhamdulillah.......memang MA betul-betul berpuas hati dengan resepi samperit nie......
Resepi nie MA copy drpd blog qasehququinnie.....resepi asal kata qaseh drpd Fb Nazian Nazir dan kakBusu shamsiah.
Resepi samperit yang sedap nie.......memang betul kata qasehququinnie samperit nie cair dimulut, bila memakannya.......sedappp.
Nampak gayanya resepi nie menjadi resepi kegemaran keluarga, yang utama samperit nie menjadi pilihan MA......Cuba le buat biskut nie, pasti anda tak menyesal.

Tak semestinya di hariraya saje MA buat biskut samperit nie,  tapi.........samperit nie sentiasa berada di atas meja utk kudapan kami sekeluaraga apabila mengadap TV. Selalu jugak MA terima tempahan untuk membuat samperit nie daripada kawan-kawan yang telah biasa menempah drpd MA.

Wbp maafle ye kerana resepi disini MA dah olah semula mengikut citarasa MA. Lagi pun MA lebih selesa menggunakan ukuran metrik........kerana ukuran nie menepati piawaian........
MA memang kurang pandai menggunakan ukuran cawan nie.............selain tiada ketepatan ukuranya MA kurang yakin........kalau ukuran metrik pasti ketepatan nya terjamin.

Sumber resepi nie  MA  perolehi drpd qasehququinnie blospot.com.
Terima kaseh pada anda bertiga....minta halalkan resepinya ya......
Kalau nak lihat resepi asalnya boleh le pergi SINI. Dibawah nie resepi MA drpd ukuran metrik




BISKUT SAMPERIT

Resepi asal : Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
Sumber : http://qasehququinnie.blogspot.com/
(olahan drpd mamaAna sendiri)

Bahan-bahan:

250g buttercup
140g gula kaster
1 biji telur kuning
1 sudu teh essen vanila
87g tepung ubi/ tepung pulut*
180g tepung kastad*
180g tepung gandum (tepung rose)* - *(ayak semua tepung*)
ceri untuk hiasan
sadikit pewarna hijau.

Cara-cara :
  1. Mula-mula pukul gula dan planta hingga kembang, kemudian masukkan telur kuning dan essen vanila, pukul sekejap je- janji sebati
  2. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak, gaul sebati guna tangan .....buat hingga menjadi doh yang lembut ( sekiranya lembik.....tambah sadikit planta, tapi kalau keras spt biasa tambahkan tepung....tapi mamaAna rasa ukuran diatas, dohnya dah elok dah......)
  3. Kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian, ambil 1 bahagian doh letakkan pewarna hijau, uli hingga rata. 2 bahagian doh lagi disatukan dan dibiarkan warna asal, rehatkan doh dalam 15 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 170C.....kemudian terapkan doh atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  5. Dah siap paipkan doh pewarna asal penuh diatas dulang, dengan menggunakan acuan bunga samperit yang kecil daripada acuan pertama, paipkan doh bewarna hijau diatas doh pertama.
  6. Setelah samperit nie siap di paipkan penuh dulang, letakkan ceri diatas doh tadi.....kemudian bakar dengan kepanasan oven 170C selama 20 minit, dan selepas itu naikkan 180C dan bakar 5 minit lagi.
*Nota : biskut akan rangup sekiranya guna planta atau margerin daripada guna butter. Tapi terpulang le pada       cita rasa masing-masing.
* 1 bancohan dapat 108 biji biskut.


Thursday, May 30, 2013

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Biskut conflake rangup nie......resepinya MA dapat drpd adek MA sendiri (Rozimah). MA sendiri tak tau resepi asal drpd siapa? Memang sedap biskut nie, disetiap raya biskut nie pasti ada dalam senarai, tak pernah lupa. Ape-ape pun, terima kasih le pada adekku yang sudi memberikan resepi ini padaku. Terima kasih juga pada penyumbang asal resepi ini.

MA rasa kalau anda mencuba resepi nie, pasti akan ada siaran ulangan & tentunya tak menyesal.....
Kalau mahukan lebih sedap lagi, anda gunakan lah pure butter..........pasti le terangkat.
Ok...kita terus ke resepinya.......tak payah mengomel panjang-panjang.



BISKUT CORNFLAKES RANGUP  (1 bancuhan: 160 biji)
Sumber : adekku Rozimah

Bahan-bahannya:

250 g mentega
230 g gula kaster
1 biji telur kuning (gred A)
300 g tepung - update MA guna tepung rose @ tepung superfine
1 sudu teh vanilla
50 g kismis (option)
130 g cornflakes (diramas kasar) - update MA guna Kellogg's cornflakes

Cara-caranya:

  1. Mentega dan gula kaster dipukul sehingga berkrim
  2. Bila sudah berkrim campurkan kuning telur serta essen vanila, sebatikan adunan.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit - gaul sebatikan.
  4. Biarkan adunan sebentar didalam peti ais (update -ditempat sejuk biasa) untuk mengeraskan sadikit adunan (adunan agak lembik sadikit)
  5. Ambil adunan dengan sudu kecil, bentuk bulatkan sadikit, rollkan adunan tadi didalam conflake yang telah diramas kasar tadi.
  6. Aturkan adunan biskut tadi dalam dulang pembakar, dan bakar dengan kepanasan oven 180C selama lebih kurang 25 minit / sehingga biskut kelihatan keperangan.
  7. Sejukkan biskut dan simpan dalam balang kedap udara.
Nota : (update 03.08.2013)
  • Semasa membancuh adunan, terpulang kepada citarasa sendiri, samaada mahu bubuh kismis atau sebaliknya.
  • Jika suka bubuh kismis, kismis tu bolehlah di bubuh kedalam tepung, digaul sebati...kemudian barulah dibubuhkan dalam adunan mentega yang berkrim tadi. Gaul sebatikan.
  • Sekiranya bubuh kismis, jika kismis tu terlalu besar bolehlah dipotongkan 4 kismis tu.