بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hari nie MA nak kongsikan resipi aiskrim yang memang terbukti sedapp...
MA suka resipi aiskrim nie, kerana tak menggunakan ovellett...sepanjang pencarian MA diblog...kebanyakkannya resipi aiskrim pasti menggunakan ovellett ........
Resipi asal aiskrim ini, daripada Puan Asiah Samsudin yang MA perolehi daripada keratan majalah Jelita December 1992.
Aiskrim kali nie bukan MA yang membuatnya...tapi sibungsu.
Sibungsu memang rajin menolong MA dalam mencuba berbagai resipi masakkan....
Dia memang boleh MA harapkan .....
Resipi kali ini....aiskrimnya dibuat mengikut daya kreatif sibungsu....
Aiskrim yang ini ...sibungsu olahkan rasanya dengan membubuh coklat emalco dan menabur serbuk biskut oreo di atas aiskrim tuuu...serta dilapiskan dengan Syrup Hershey's
Rasanya memang marbeles....
Jom kita tenguk resipinya....
AISKRIM
Sumber: Majalah Jelita December 1992
Bahan-bahannya:
- 2 cawan Coffee Mate
- 2 cawan susu segar
- 56.7g gula halus
- Perasa mengikut suka
Cara Membuatnya :
- Satukan Coffee Mate, susu segar dan gula halus.
- Kacau rata, kemudian masukkan kedalam peti sejuk 4 jam.
- Keluarkan dari peti sejuk dan masukkan kedalam bekas pengadun elektrik. Putar 10 minit.
- Masukkan perasa mengikut suka. Putar sebati 5 minit lagi.
- Ratakan aiskrim menggunakan senduk plastik.
- Masukkan aiskrim kedalam bekas kecil2 dan simpan ditempat pembeku peti ais.
PANDUAN:
- Pastikan cawan sukatan yang digunakan 250g. Sukatan ini boleh menghasilkan 1 liter aiskrim.
- Jika menggunakan pengadun besar, masa memutar...10 minit; 20 minit bagi pengadun kecil kerana terpaksa berhenti2. Jika tidak pengadun menjadi terlalu panas.
- Selepas itu masukkan perasa atau buah2an mengikut pilihan.
- Masa memutar menentukan halus atau kasar aiskrim. Jika ingin halus, lamakan masa memutarnya dan sebaliknya.
- Aiskrim ini boleh diperbagaikan mengikut daya kreatif sesaorang.
Aiskrim...kombinasi serbuk oreo dan Syrup Hershey's
MEMANGGG TERBAIK...!!!!
No comments:
Post a Comment