CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 24, 2014

KUIH LOMPANG WARNA WARNI..... UMMPPHH SEDAAPPNYAAA

Bismillah pembuka bicara.....
Assalamualaikum....salam ceria dan sejahtera

Hari nie MA updatekan resipi kuih lompang versi citarasawan pula. MA skodeng resipi nie daripada dapur Azie Kitchen. Semasa merayap-rayap dipagi tadi...MA terpikat pada lompang yang Azie buat. Terima kasih
kepada kedua-duanya yang sudi berkongsi resipi yang sedap nie..... MA nie memang peminat lompang...
Bak kata pepatah " Tak kenal maka tak cinta"....Jadi apa yang ditunggukan lagi, hari ini mai kila melompang pulak... 
Sebelum itu mari kita renungkan kata-kata indah yang sesuai dijadikan motivasi untuk diri kita.....
  • "Lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan....jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar ....simpan buatkan pedoman."
  • "Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk; janganlah pula kita menjadi langau yang membusukkan daging"
  • "Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat."
  • "Semalam adalah satu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman dihari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan satu penyeksaan".
  • "Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya".

KUIH LOMPANG
Sumber : Azie Kitchen
Oleh : MA - Dapat 15 biji utk 1/2 bancuhan- bagi acuan (B)

Bahan A : 
  • 220g gula pasir
  • 400ml air (Next time MA akan tambah 100ml air lagi - utk mendapatkan versi lompang yg lembut)
  • 1 helai daun pandan
Bahan B :
  • 280g tepung beras
  • 60g tepung sagu/ tepung ubi - MA guna tepung ubi
  • 400ml air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Perasa dan pewarna -  saya bubuh pandan, durian dan pisang
Bahan C :
  • Kelapa parut putih
  • Sedikit garam
Gaul rata dan kukus

Cara Membuatnya :
  1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  2. Satukan pula bahan B, kacau rata dan tapis. Masukkan bahan A kedalam bahan B dan kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut yang disukai. Boleh juga diletak perasa yang digemari.
  4. Panaskan pengukus hingga mendidih. Tuangkan kedalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak ketika hendak dikukus. Tuang hingga penuh...jangan tuang awal-awal untuk mengelakkan adunan mendap.
  5. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Angkat penutup pengukus dan teruskan mengukus dalam 1 minit lagi tanpa penutup untuk mengeringkan air dipermukaan kuih.
  6. Boleh diangkat dan dihidangkan  bersama kelapa parut.
NOTA : Rahsia untuk menghasilkan lompang yang cantik. 
  • Air kapur hendaklah di tapis. 
  • Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk, sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang. 
  • Untuk mendapatkan lompang yang elok berlubang....acuannya mestilah dipanaskan terlebih dahulu sehingga air mendidih.
  • Jangan tuang adunan lompang terlalu awal, bagi mengelakkan adunan mendap. (tuang adunan lompang semasa acuan lompang sudah cukup panas dan air kukusan telah mendidih)
  • Semasa mengukus lompang, api mestilah sederhana sahaja...kalau api terlalu kuat dikuatiri adunan kuih lompang akan membuak keluar daripada acuan. (Ini MA tambah)
  • Untuk mendapatkan kuih lompang yang lebih lembut....tambahkan air dibahan A sebanyak 100ml lagi - ini just untuk ingatan dan versi lompang MA jerr... 
Kuih lompang warna-warni dah pun siap...
Warna orange MA letakkan perasa orange,
warna purple perasa Yam (keladi) manakala
warna hijau pula perasa pandan.

Kuih Lompang warna-warni dimakan dengan kelapa putih
Ummphh memang mengancam habis.....



2 comments:

  1. colorfulnya kuih lompang..menarik dengan pelbagai perisa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bbwana adienia....mama memang suka dengan kuih-muih yang colorful cam nie....menyelerakan. Cuba lah buat....senang jerr. Tapi kalu Bbwana sukakan kuih yang lembut cam mama nie....tambahkan air di resipi nie sedikit lagi....
      Wbp resipi asal pun dah okey.....Selamat mencuba.

      Delete