CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 5, 2014

NASI DAGING UTARA

Salam sejahtera & Selamat tahun baru....semoga tahun ini memberi rahmat buat kita. Rahmat ke??? kalau semua barang- barang naik.....Disana sini semua rakyat Malaysia mengeluh.......
Wbp pun sama-sama lah kita berdoa semoga kehidupan kita ditahun 2014 ini dirahmati & diberkati ALLAH...Amin.
N3 kali ini MA catitkan resipi Nasi Daging Utara. Dah lama MA teringin nak buat resipi nie.....tapi entah kenapa asyikkan tak kesampaian jerk....
Namun bagitu....Alhamdulillah, masih lagi dapat ditunaikan hajat dihati ini......
Dipagi semalam MA melancarkan operasi untuk membuat Nasi Daging Utara nie....Memang nasi nie sinonim dengan orang Kedah....Kebetulan baru-baru nie semasa MA keKedah, makanya dapatlah MA mencarikan Serbuk Nasi Daging nie.....apa lagi, berkubar-kubarlah keinginan untuk membuat resipi nie.....
Dengan pertolongan Cik Google pencarian MA pun bermula......& inilah hasilnya . Terima kasih pada yang empunya Blog Resipi Minggu Ini.....DEK_MA. izinkan MA salin resipinya disini yerk....
Namun bagitu untuk kali ini....MA tidak menggunakan resipi Homemade serbuk nasi daging yang dicatitkan disini......cuma sekadar untuk rujukkan MA sekiranya serbuk nasi daging MA kehabisan, Sekiranya dilain masa serta dilain hari, kalau MA ingin memasak nasi daging, pastinya MA akan buat rujukkan Homemade serbuk nasi daging nie......
Cuma dikali ini MA buat mengikut resipi bahan-bahan untuk nasi jerk....
Mai kita skodeng resipinya.......  


NASI DAGING UTARA
Sumber : Resipi Minggu Ini (DEK_MA)
Oleh : MA

Bahan-Bahan :
Bahan A- Homemade serbuk nasi daging
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras - ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam - ditumbuk kasar
  • 1" halia - dihiris nipis
****Semua bahan-bahan diatas disangai @ goreng tanpa minyak hingga garing.
        Sejukkan & dikisar kering hingga jadi serbuk. Simpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-Bahan Untuk Nasi :
  • 1 kg daging batang pinang- potong sederhana besar, cuci bersih & toskan.
  • 6 cawan beras basmathi- direndam 15 hingga 20 minit, & ditoskan....kalau guna beras biasa 
  • tak perlu rendam.
  • 1" halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah- dihiris @ ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga.
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resipi diatas.
  • 1/3 camca minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang@ daun soup untuk hiasan.
  • Hirisan daun soup untuk hiasan, & bawang goreng untuk hiasan.
  • 1 batang serai - diketuk (ini MA tambah)
  • 1 kiub pati lembu (ini MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Dalam peruk panaskan minyak, masukkan minyak sapi & biar cair
  2. Tumis bawang merah, bawang putih  & halia. (Masukkan juga serai)
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga.
  4. Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan
  5. Masukkan daging, kemudian masukkan serbuk nasi daging  goreng sebentar.
  6. Masukkan air & rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.(Masukkan juga kiub pati lembu)
  7. Masukkan tomato puree & tomatao soup. Masak lagi hingga mendidih.
  8. Kemudian masukkan pula susu cair & garam, biarkan sebentar.
  9. Masukkan beras & masak bersama-sama daging tadi.
  10. Gaul rata, kecilkan api & masak saperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindah kedalam rice cooker, kacau rata & masak seperti biasa hingga nasi masak.
  11. Bila nasi betul-betul masak, keluarkan daging. Gemburkan & hias nasi dengan hirisan daun soup, daun bawang & juga bawang goreng.
  12. Sebelum dihidang hiris nipis-nipis daging tadi & boleh dihidang bersama*air asam tomato kerisek* & juga 'acar timun'.......'Selamat Mencuba'. 
Nasi daging Utara ....dagingnya dihiris nipis-nipis & makan dengan
air asam tomato kerisek juga acar timun...
Wooii sedappp tuuu...


No comments:

Post a Comment