CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 18, 2013

PUDING KEK MARBLE 2

Salam......selamat pagi semua, agak lama juga MA menyepikan diri.....bukan apa telalu bz dengan tempahan......jadinya MA tak berkesempatan nak mengadap ladtop nie......
Wbp pagi nie MA luangkan masa sebentar untuk N3kan resipi yang tertunggak nie.....sebelum meneruskan kerja-kerja rumah yang lainnya, & sebentar lagi MA juga akan keluar kepasar serta menguruskan urusan yang lainnya pula.
Okeylah untuk tidak melengahkan masa mai kita tenguk resipi yang MA sertakan ini....Puding nie memang selalu MA terima tempahan....
Sebelum nie pun MA ada sertakan resipi puding nie....tapi ada kelainan sikit daripada versi ini....tapi kedua-duanya tetap sedapppp.......
Kepada anda yang ingin mencubanya....dipersilakan....
Jom kita tenguk resipinya....


PUDING KEK MARBLE  2
Oleh :MA

Bahan-bahannya : (Acuan 13"x 13")
Lapisan Bawah :

2 bungkus kek marble /sebarang kek berperisa
22g serbuk agar-agar
4 1/4 cawan air
4 1/4 cawan susu segar
1 3/4 cawan gula pasir
127g tepung kastad
4 biji telur gred A
5 1/2 sudu besar mentega
3/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil essen vanila
2 sudu kecil koko emalco/milo

Lapisan Atas :

6g serbuk agar-agar
150g gula pasir
675ml air
Coklat rice - untuk ditaburkan dilapisan atas

Cara Membuatnya :
  1. Susunkan kek yang telah dipotong nipis didalam dulang. Ketepikan.
  2. Masak serbuk agar-agar, gula, garam & air hingga mendidih.
  3. Bancuhkan tepung kastad, essen vanila dengan susu & telur - sebatikan. Kemudian tuangkan kedalam adunan agar-agar mendidih. Masak hingga mendidih sedikit. Masukkan mentega & kacau hingga sebati & larut.
  4. Bila sudah masak & mendidih tutupkan api.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dibubuh coklat emalco/milo & satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal. (Untuk adunan coklat emalco gunakan 1/4 adunan sahaja).
  6. Tuangkan adunan coklat emalco/milo berselang-seli dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang di sukai diatas lapisan kek tadi. 
  7. LAPISAN ATAS : Campurkan semua bahan-bahan kecuali coklat rice, masakkan sehingga adunan mendidih, kacau sebatikan.
  8. Tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berada didalam loyang tadi yang masih panas, taburkan dengan coklat rice,
  9. Biarkan sejuk & bolehlah dipotong serta dihidangkan.
UPDATE :
**Untuk yang menggunakan milo, pastikan bancuhkan sedikit milo dengan air panas suam, supaya ia tak bergentel.




Inilah rupa keratan dalam 
Puding Kek Marble
Lapisan bawahnya kek & lapisan atas 
kastad marble.
Sedaappp...Cubalah, pasti tak mengecewakan....


No comments:

Post a Comment