CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 2, 2014

KUIH SERI MUKA PULUT HITAM



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam sejahtera dan salam ceria....
Menu kali ini ....MA abadikan untuk rujukkan anak-anak dan kawan-kawan dialam maya yang sudi bertandang kesini....
Menu nie dah lama MA simpan dan selalu juga MA buat untuk tempahan jamuan dan yang paling penting kami sekeluarga sukakan menu nie....
Kuih Seri Muka Pulut Hitam nie MA perolehi sewaktu zaman MA tengah menggila dok belajar masak semasa bekerja di Shah Alam dahulu....ditahun 80an lagi
Wbp resipi asal semasa belajar telah diolah semula oleh MA bagi mendapat citarasa yang MA inginkan.....dan resipi ini sangatlah MA berpuas hati.....sekiranya MA ingin membuat Seri Muka Pulut Hitam nie....maka inilah resipi yang MA selalu gunakan......
Harapan MA semoga ilmu yang MA perturunkan ini akan memberi manfaat yang berterusan untuk tuan tanah ini.....Semoga juga anak-anak MA dan kawan-kawan di alam maya juga berpuas hati dan dapat membuat dengan jayanya...
Okey untuk itu mai kita tenguk resipinya.....


SERIMUKA PULUT HITAM (dulang 10"x10")
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
LAPISAN BAWAH:
  • 2 cawan beras pulut (500g)
  • 1 cawan pulut hitam (100g)
  • 3 cawan santan kemancar (380ml)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh gula
Cara Membuatnya :
  1. Pulut hitam dibersihkan dan direndam sebentar kira-kira 30 minit
  2. Pulut hitam ini mesti direbuskan selama 1 1/2 jam dan kemudian rendamkan dalam air panas lebih kurang 1 jam lagi. Kemudian toskan 
  3. Rendam pulut biasa dalam air sejuk lebih kurang 1 jam juga. Kemudian toskan.
  4. Gaulkan pulut hitam bersama pulut puteh. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Ratakan.
  5. Satukan santan, garam dan gula. Masukkan santan cair ini keatas pulut, ratakan.
  6. Kukus selam 20 minit sehingga pulut kembang.
  7. Bila sudah kembang - karehkan. Kemudian padatkan semula pulut tadi. Ketepikan.
LAPISAN ATAS:
  • 4 biji telur ayam gred A
  • 5 helai daun pandan -blander dengan 100ml  air biasa 
  • 3 1/4 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa (550ml) 
  • 1/2 cawan tepung gandum - cap sauh ( 115g)
  • 1/4 cawan tepung ubi (50g)
  • Secubit garam
  • 1 3/4 cawan gula pasir (380g)
  • Sedikit pewarna hijau 
Cara Membuatnya :
  1. Campukan kesemua bahan diatas kecuali gula.
  2. Kacau sebati dan tapiskan kedalam periuk, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
  3. Masakkan diatas api yang perlahan sehingga naik wap.
  4. Kemudian tuangkan diatas lapisan bawah. (lapisan bawah mestilah masih panas...kalau telah sejuk , kukuskan semula atau bancuhkan 1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air. Sapu rata diatas pulut dan kukus sebentar).
  5. Tuangkan adunan hijau tadi diatas pulut dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 30 minit.
  6. Bila telah masak...ketepikan dan sejukkan
  7. Potongkandan sedia untuk dihidang....
PERINGATAN :
     Semasa mengukus lapisan atas...api janganlah terlalu besar, dikuatiri lapisan atas 
     akan meletus saperti gunung berapi.

Kalau api besar masa mengukusnya
saperti nie lah jadinya....hihihi
Nasib baik gunung berapinya meletus hanya sikit....

Untuk Rujukkan sekiranya buat dalam loyang 13"x 13"

Bahan-bahan :
LAPISAN BAWAH :
  • 750g beras pulut
  • 150g pulut hitam
  • 570ml santan kemancar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu teh gula
LAPISAN ATAS :
  • 6 biji telur ayam gred A
  • 8 helai daun pandan (blander dengan 100ml air biasa)
  • 875mi santan pekat
  • 170g tepung gandum (cap sauh)
  • 75g tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 570g gula pasir
Cara Membuatnya : 
     - ikut caranya saperti diatas -

Kuih Seri Muka Pulut Hitam
Kegemaran keluargaku....

ANEKA TEMPAHAN SEPANJANG MINGGU BERAKHIR DIBULAN MAY INI....


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Ini tempahan yang MA buat untuk sepanjang minggu lepas....
MA abadikan disini sebagai kenangan buat masa akan datang....untuk anda yang ingin menempah juga dipersilakan whatsapp di no: 0122485408
Kepada customer MA yang sudi menempah daripada MA diucapkan ribuan terima kasih ...diatas kepercayaan yang anda berikan .....harapan MA juga semoga anda semua berpuas hati.....

TERIMA KASIH DAUN KELADI
JIKA BERHAJAT ...
ULANGGILAH TEMPAH LAGI....

Okeylah mai kita cuci mata dulu.....sebelum MA ke cerita seterusnya....

Puding Selasihku Sayang...
Memanggg Sedappp...
Belum cuba ...belum tauuu
Dah cuba ....nak selaluuu

Puding selasihku sayang nie, MA
terima tempahan daripada....
Puan Siti Kamariah.....27.05.2014
Puan Shima......28.05.2014
Puan Liza 31.05.2014

Haa...nie pula tempahan daripada Puan Nurahayu daripada TNB
Jalan Lahat, Ipoh.
Beliau menempah roti jala bersama kari ayam untuk 20 orang makan
Tapi....dok terlalu bz....semasa mereka dah lepas mengambil roti jala tuu...
Barulah terperasan... MA terlupa pula nak snap gambarnya....huhuhu
Wbp..terima kasih lerr pada warga TNB kerana sudi 
menempah daripada MA....
Tempahan nie dibuat pada 28.05.2014
bersamaan dengan pengumuman kemangkatan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Paduka Seri
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Sebagai rakyat Perak ....dengan ini kami semua
merafak sembah takziah pada seluruh kerabat di Raja Perak
AL-FATIHAH buat almarhum
Walau bagaimana pun...sebagai ganti MA abadikan roti jala yang MA buat 
untuk makan dirumah petang tu....tapi roti jala nie
MA colek ngan kuah durian jerr....
Ummmppphh...sedapppnyaa

Roti Jala yang dicolek ngan kuah durian
Sedappp....

Ini pula tempahan daripada Puan Nani lagi
Terima kasih kepada Puan Nani
kerana memberi kepercayaan kepada MA
Tempahan hantaran nie untuk dibawa balik 
ke Bidung Kedah katanya...
Tempahan untuk Majlis pertunangan anak buahnya
Semoga Puan Nani dan keluarga berpuas hati
Tempahan nie pada  30.05.2014
Mai kita tenguk tempahannya....

Cheese Tart size M....37 biji

Hantaran Biskut 4 sekawan
Dari bawah ke atas dari sebelah kanan
Biskut Pretzel, Tart Nenas Gulung,
Biskut Rainbow a.k.a. Lidah Kucing Pelangi
dan Biskut Samperit

Kepada anda yang berhajat nak menempah
sila whatsapp MA di no : 0122485408
Terima kasih


Thursday, May 29, 2014

SAMBAL HITAM PAHANG.......pembuka selera

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam sejahtera untuk anda yang sudi kesini....
Menu kali ini MA buatkan pula Sambal Hitam Pahang...yang MA skodeng dari dapur
MaDiHaA... Teruja melihat sambal hitam yang MaDiHaA tayangkan....
Kebetulan pula pokok belimbing dibelakang rumah MA banyak pula buahnya...
jadinya MA pun apa lagi cuba lah  membuatnya....
Walau pun sebelum nie MA pernah membuatnya...tapi itu dah lama dulu....
Serek juga lah masa tu....sebab habis periuk yang MA gunakan ketika tu menjadi hitam
dan jenuh jugaklah MA menyentalkannya...huhuhu
Kali nie MA dah tahu penangannya....jadi buatkan dalam periuk lama.....
periuk rice cooker yang dah tak digunakan kerana rosak....
periuknya pun dah tak semenggah dah....jadinya periuk nie lah yang MA guna
untuk merenih belimbing tu....kalau hitam pun taklah ralat sangat.
Nak ceritakan sikit...pokok belimbing MA yang berada dibelakang rumah nie MyHubby
yang tanamkan dalam bekas air kolah yang tak digunakan lagi....
itu pun bekas kolah jiran MA yang ditinggalkan dibelakang rumah....
MA tanyakan samaada dia masih nak gunakan ker lagi...jawapannya tidak 
dan dengan keizinannya My Hubby tanamkan pokok belimbing tu..
Terima kasih pada jiran MA ...Puan Zai Sofea....saaayanggg Zai...
Sekarang berguna jugalah belimbing tu kalau berbuah....sesak-sesak
boleh digunakan untuk memasak...tuuu lerr ceritanya.
Dibelakang rumah MA nie adalah sedikit mini kebun...untuk kegunaan ketika sesak...
yang My Hubby tanamkan dalam pasu serta tab mandi yang MA dah
tak mahu gunakan....semasa ubahsuai rumah dulu....
Tab tu nak dibuangkan pun sayang....jadinya MA syorkan agar ditanamkan saja
satnika pokok yang boleh digunakan untuk masak memasak saperti...
pokok pandan, kunyit, daun kari, ceko manis, kucai, pokok limau purut
serta pokok terung bulat dan panjang.....
Okey...panjang pula leteran MA....kau orang tentu jemu....kihkihkih
Jangan mare.....mai kita tenguk resipinya...



SAMBAL HITAM PAHANG
Sumber : MaDiHaA daripada MILnya
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 cawan belimbing buluh - direbus
  • 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis - yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya:
  1. Sediakan dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus nie boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 dan simpan stok.Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri dan kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biar sehinggabelimbing mengecut dan jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. PESANAN : jika nak guna untuk buat sekali jerr sambal nie...memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat sahaja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering dan gelap adalah untuk tujuan simpanan.PESANAN KEDUA : Sila guna periuk yang buruk2 jerr untuk rebus belimbing, kerana belimbingpunya asid yang kuat dan boleh jadikan periuk bertukar jadi kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yang ibu periuknya dah rosak...) kalau kat kampung biasanya dorang guna tin minyak masak yang empat segi tuu untuk rebus belimbing nie.... 
  2. Tumbuk cili padi hingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat.(3 ulas lagi hiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus dan tumislah sehingga bahan2 tersebut nampah agak kering dan garing (agak lama juga). Tambah kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (saperti serunding gitu). Bila dah garing, tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Aatau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
  4. Sambal nie boleh disimpan lama dan boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda....Sedap yang teramattttt!!!
Sambal Hitam Pahang dah pun siap...
Selamat Mencuba....

Haaa....nie lerr mini kebun yang MA maksudkan....
Hihihi....okey tak ???
Tanaman untuk waktu sesak....orait la..kan..kan

Thursday, May 22, 2014

TEMPAHAN LAGIII.....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam ceria dan salam 1 Malaysia....
Apa kyabar anda semua....hari ini anda buat apa yerr...???
MA di hari Rabu nie ....sedari pagi lagi dah bz menyiapkan tempahan untuk Puan Shima pula....
Puan Shima nie adalah pelanggan tetap MA sedari dulu lagi.....kalau ada tempahan katering dia pasti menempah kuih muih daripada MA....terima kasihlah pada Puan Shima kerana sudi menempah dan memberi kepercayaan kepada MA...
Puan Shima nie .....tuan punya Restoran yang beroperasi di Pekan Ipoh.....
Bermacam-macam kuih muih yang pernah Puan Shima tempah daripada MA....katanya kalau pelanggan Syarikat koperat yang buat tempahan katering daripadnya....pasti dia akan menempah kuih muih... daripada MA....sbb katanya dia tahu kuih-muih yang MA buat pasti sedap.... comei dan cantik-cantik pula....
Kuih-kuih frozen juga selalu Puan Shima tempah..."Untuk dibuat stok ketika kecemasan"...katanya.
Harapan MA semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya.....amin
Untuk itu MA abadikan tempahan daripada Puan Shima untuk hari ini....yang telah MA siapkan dan telah diambilnya pada jam 2.00 petang .....
Dah agak lewat malam barulah boleh poskan entry nie.....sepatutnya awal siang tadi nak cuba N3kan....tapi yerrlah....kita hanya merancang tetapi segala-galanya ditentukan ALLAH...

Apam Mekar a.k.a. Apam Warna Warni
120 biji


Ketayap Belang...110 biji

Untuk anda yang berhajat nak buat jamuan
dan berhajat nak menempah kuih-muih
bolehlah whatsapp MA
di no tel : 0122485408

MA juga ada menyediakan kuih cucur badak
dan karipap frozen
Sesiapa yang berhajat nak buat stok untuk
waktu-waktu kecemasan
boleh menempah dari MA ....
1 paket ada 25 biji

Cucur Badak

Karipap pusing