CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 21, 2013

MASAK LEMAK CILI PADI PERUT MUDA

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog MA khasnya.......
Okey le hari nie MA nak N3 satu lagi resepi berbuka MA .....Masak Lemak Cili Padi Perut Muda.....resepi nie, resepi turun- temurun daripada Arwah nenek  MA di sebelah ayah .....
Al-Fatihah....buat arwah nenek Samsiah..... semoga rohnya di cucuri rahmat & di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.....Aminnn
Anda pernah makan masakan perut panjang /perut muda tak???
Resepi nie adalah resepi masakkan jawa....nenek MA dari sebelah ayah berketurunan Jawa Penang...
Memang MA sekeluarga sukakan masakkan nie......kalau ada perut muda, pasti MA sendiri tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya & memasak resepi nie....
Kebetulan semasa MA pergi ke Pasar Besar Ipoh pagi semalam.....MA ternampak ada di jual perut muda nie....apa lagi, pucuk di cinta ulam mendatang.....Sekilo perut muda nie RM13.00.....jadi MA belikan 2 kilo, kerana memang susah nak dapat perut muda nie......
Selalunya....MA akan masak resepi nie, bila tiba hariraya Aidil Adha je.....
Pada masa tu....banyak lembu di korbankan, jadinya perut muda senang di perolehi....My hubby memang minat dalam menolong melapah daging korban nie......kerja-kerja macam nie memang dia suka & cekap.....Katanya dia berasal dari kampung....kerja-kerja macam nie sering di buatnya......mana tidaknya, keluarganya banyak membela kerbau......
Okey le bagi anda yang yang belum pernah mencuba makan masakkan perut muda nie......cuba-cuba le...pasti anda akan jatuh cinta dengannya...... uummppp sedappp
Mari kita tengok resepinya....


                                 Bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat
                                 masak lemak cili padi perut muda
                                 Gambar perut muda yang di sediakan bagi proses untuk di rebus


                                     Masak Lemak Cili Padi Perut Muda tersedia di hidangkan
                                                                     Jemput Makan

MASAK LEMAK CILI PADI PERUT MUDA....ummppp sedapnyaaa
Oleh : MamaAna

Bahan-bahanya :

1 kilo perut muda-dibersihkan, diikat setiap hujungnya dengan tali rafia & di rebus
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2" halia*(* bahan ini di hiris & ketepikan 1/4 daripadanya)
Santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 biji ubi kentang- di belah 4 tiap sebiji (MA rebuskan sampai empuk)- KIV
1 batang serai - di titik
10 biji cili padi -di ketuk pecah-pecahkan saja
7 biji cili padi#
2" kunyit hidup#
Sedikit belacan#(#bahan ini di tumbuk hingga lumat bersama 1/4 bahan yang di hiris)
1 keping asam gelugur
Garam & gula
Sedikit kacang tanah
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Perut muda di bersihkan & di rebuskan dalam pressure cooker selama 20 minit, lepas tu di toskan & di potong kecil-kecil anggaran 1" panjang. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang di hiris sehingga agak layu sedikit.
  3. Masukkan serai, bahan-bahan yang di tumbuk, kacang tanah beserta cili padi yang di ketukkan tadi, tumis lagi hingga naik bau & bawang agak garing sedikit.
  4. Masukkan perut muda beserta kentang yang telah empuk tadi, kacau sebatikan.
  5. Masukkan santan & kacau sebatikan. Sesuaikan kepekatan kuahnya, jika terlalu pekat...masukkan sedikit air lagi, Masukkan sekeping asam gelugur. Kacau sehingga mendidih. 
  6. Masukkan garam & sedikit gula, sesuaikan dengan citarasa yang kita kehendaki.
  7. Tutup api & bolehlah di hidangkan.


   -SELAMAT MENCUBA-


Saturday, July 20, 2013

34 MINIT SEHARI


34 MINIT SEHARI


Apabila kita melakukan sesuatu perkerjaan, kadang-kadang kita terlalu sebuk sehingga kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jadi lakukan le sedikit pengiraan sehari, kita perlu menunaikan solat.
  • SUBUH : 2 rakaat
  • ZUHUR : 4 rokaat
  • ASAR   : 4 rokaat
  • MAGRIB : 3 rokaat
  • ISYAK  : 4 rokaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rokaat. Katakan seorang itu mengerjakan solat lebih kurang 12 minit untuk setiap rokaat. Maka jumlah masa yang di ambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika di kira peratusan masa yang di ambil untuk menunaikan solat sehari, hanyalah 2.36%

Bagaimana pula dalam masa seminggu ??? 34x7 = 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. 
Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan 4 minggu, jadi 3.97x4 = 15.88 jam. Dalam setahun pula, 15.88x12 = 190.56 jam, dan ini jika di tukar dalam unit hari adalah bersamaan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk solat hanyalah lebih kerang 8 hari saja.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah lebih kurang 60 tahun. Umur 10 tahun adalah merupakan umur seseorang mencapai akil baligh & sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna seorang yang berumur 60 tahun perlu solat selama 50 tahun. Jika dalam setahun masa yang di ambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh 50 tahun masa yang di ambil untuk menunaikan solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang = 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan, dari keseluruhan umur 60 tahun kita, untuk menunaikan solat. Itu pun kadangkala masa solat kita kurang kerana : uzur, jama', kurang 2 rokaat untuk solat Jumaat.

Jika di kira kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam. shopping berjam-jam. 34 minit tu tak luak pun masa  24 jam kita sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita & menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh & penuh khusyuk. 
Aminnn.....



SOLAT DALAM AIR

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuk waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar-tukar baju apa semua mungkin tak sempat, jadi di teruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah !!
Sebab solat sahaja membezakan antara orang islam & bukan islam....

Sebesar-besar pencuri, adalah orang yang mencuri waktu solatnya.....

SUBHANALLAH

Renung-renungkan lah......siapalah kita!!!






Sumber: Mr Tazkirah



BURUNG PUYUH GORENG HALIA.....sodapppnya

Assalamualaikum....selamat pagi buat pengunjung setia MA,
Malam tadi juadah berbuka MA sekeluarga, salah satunya adalah Burung Puyuh Goreng Halia, ini adalah menu favourite my hubby....
Menu nie simple je.....yalah terkadang-kadang tu, menu yang simple lebih menyelerakan....
Bab menu masakkan nie My hubby tidaklah terlalu memilih sangat........Alhamdulillah, apa yang MA masakkan, semuanya boleh di terima dengan seleranya. Cuma kalau MA buatkan gulai podes.....lagi le berseleranyaaa  dia...... Tapi gulai podes tak bolehle kerap MA masakkan.....tinggi kelestrol tuuuu....
Wbp asalkan setiap hidangan ada menu berkuah, dah memadai.....
Okeyle...mari kita intai resepinya yang simple nie......




BURUNG PUYUH GORENG HALIA.....sodapppnya

Bahan-bahannya : 

4 ekor burung puyuh- seekor di potong 4
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2" halia*
2 biji cili merah*(* dihiris)
7 biji cili padi - di belah 2
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam - di tumbuk kasar
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam, serbuk kunyit & gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

  1. Burung puyuh di bersih & di toskan. Di perap dengan garam & serbuk kunyit. Kemudian di gorengkan jangan terlalu garing, ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak menggoreng puyuh tadi, tumiskan bahan-bahan yang di hiris sampai naik bau & agak layu sikit.
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam & kiub pati ayam beserta sadikit gula. Kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan burung puyuh tadi bersama cili merah & cili padi. Kacau hingga bahan tumis tadi sekata dengan burung puyuh tadi.
  5. Sesuaikan dengan citarasa kita, bila sudah sekata tutupkan api & bolehlah di hidangkan.


Friday, July 19, 2013

BISKUT DAHLIA

Assalamualaikum.....anda dah start buat biskut...???
Kalau masih tercari-cari resepi biskut raya.....haaa nie dia resepi Biskut Dahlia.....kata Mas "Tekstur biskut nie yang mencair di mulut memang best.....antara biskut wajib saban tahun..."
Kerana komen ini lah MA terpanggil untuk mencuba buat biskut nie......
Terima kasih pada penyumbang resepi biskut nie......
Alhamdulillah...... semasa berbuka tadi malam, MA pun tak sabo nak merasa biskut nie ......memang betul le.......saperti Mas kata, MA juga suka dengan tekstur biskut nie......pasti ada siaran ulangan lagi,.......kita simpan resepinya, pasti raya tahun hadapan Biskut Dahlia nie antara biskut wajib.....he3x
Mari kita tengok resepinya :


                                                Biskut Dahlia dalam proses penyediaan

                                                Biskut Dahlia yang telah siap di hidangkan

BISKUT DAHLIA
Resepi : Norazie - Resepi.net
Sumber : Mas- Duniaku

Bahan-bahannya:

300g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160g gula icing - Noorsha & Mas guna 120g (MA guna 140g)
2 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - MA ikut Noorsha tambah
1 sudu teh essen vanila
240g tepung gandum- di ayak (Jika adunan masih lembik boleh tambah sikit-sikit)- MA tambah 60g lagi
100g tepung jagung*
160g tepung kastad*- Noorsha guna 200g, MA pun sama saperti Noorsha (Bahan bertanda* di ayak bersama)
Ceri merah di potong kecil - untuk hiasan.

Caranya :
  1. Putar mentega & gula icing hingga berkrim, masukkan kuning telur dan essen vanila@ rose & putar hingga kembang.(Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, kuning telur & susu pekat, dengan menggunakan spatula sahaja, asal bercampur semua......tak perlu pukul lama sbb nanti kukis jadi kembang).-MA ikut cara ini
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut & mudah di tekan.(Untuk step nie Noorsha memasukkan tepong kastad & tepung jagung terlebih dahulu....kacau rata dengan spatula, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut & mudah di bentuk)
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang di pasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar.Buat hingga siap & hias dengan sepotong ceri kecil.Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 175C selam 15 - 20 minit.(MA pun macam Noorsha & Mas guna suhu 130C dan bakar selama 20 minit.....suhu ini bergantung pada oven masing2 ye.....jadi kenali oven anda...he he) - MA bakar 175C selama 20 minit.
  4. Biar biskut sejuk sedikit dalam dulang pembakar sebelum di alehkan atas jaringan.
  5. Biar sejuk betul, sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.