CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 4, 2013

BISKUT CORNFLAKES RANGUP-TUTORIAL

Salam sejahtera & salam sayang untuk semua pengunjung MA...
TQ kerana sudi berkunjung kesini....kedatangan kawan-kawan semua di alu-alukan, kecil tapak tangan ...nyiru di tadahkan.... Zaman sekarang nie adake nyiru lagi eekk!!!!....he3x
Hari ini MA buat Biskut Cornflakes Rangup lagi....untuk tempahan kawan-kawan rapat & juga untuk skut raya MA sendiri.....Skut cornflakes yang MA buat awal-awal dulu dah lok liau dah....huhuhu
Memandangkan ramai kawan-kawan sukakan biskut nie & mungkin masih keliru cara-cara membuatnya......jadi di sini MA nak tunjukkan step by step cara-cara membuatnya....
Harapan MA agar semuanya dapat mengikutinya dan berpuas hati dengan penerangan MA ini.....
Okeylah...tak payah kita berceloteh panjang-panjang..... memandangkan masing-masing dah kesuntukkan masa untuk menyiapkan persediaan hariraya yang bakal menjelang tiba, hanya tinggal 3 hari saja lagi ...
Mari kita lihat resepinya dulu...

BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Oleh : mamaAna
Sumber : adikku

Bahan-bahannya :

250g mentega
230g gula kaster
1 biji kuning telur gred A
300g tepung rose (Tepung superfine)
1 sudu teh vanila
50g kismis (option) - dipotong kecil
Anggaran 130g cornflakes - diramas kasar (boleh tambah jika tak cukup)

CARA-CARANYA : (Mai kita tenguk gambar step by step)


Kismis di potong kecil-kecil


Kismis yang telah dipotong tadi di campurkan 
dalam tepung rose yang telah di ayak, 
kacau sebatikan. Ketepikan. 


Pukul mentega dan gula kaster sehingga kembang.


Masukkan kuning telur & essen vanila, kacau sebatikan.


Adunan mentega & gula di kacau sebati


Masukkan tepung yang telah bercampur dengan kismis
sedikit demi sedikit gaul sebatikan. Sekiranya adunan lembik
simpan sebentar di dalam peti sejuk untuk 
mengeraskannya sedikit. 


Apabila adunan telah keras sedikit, keluarkan drp peti sejuk.
Ambilkan adunan dengan menggunakan sudu &
 bulat-bulatkan. masukkan kedalam mangkuk yang 
berisi cornflakes yang telah dihancur.


Hancurkan sedikit cornflakes dengan meramas-ramaskannya.


Masukkan adunan kedalam cornflakes hancur.



Bulat-bulatkan adunan yang bersalut dengan cornflakes



Adunan yang bersalut dengan cornflakes dibulatkan secara
perlahan-lahan, Jangan dikepalkan adunan kerana dikhuatiri 
biskut akan menjadi keras bila sudah di bakar nanti.
Just bulatkan dengan salutan cornflakes picit-picit manja.


Bancuhan biskut yang telah siap sedia menunggu untuk di bakar.
Bakar dengan kepanasan oven 170C selama 20 minit.
Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu  selama
10-15 minit.



Taraaa....Biskut Cornflakes Rangup dah pun siap...
Jemput makan...






No comments:

Post a Comment