Assalamualaikum....
Ini adalah N3 tertunda....sebenarnya MA dah merancang
nak publishkan di pagi raya....tapi huhuhu,
tak kesempatan langsung nak mengadap laptop nie....
Ya Allah bz nya, Tuhan saja yang tau.....
Wbp MA rasa masih belum terlambat lagi bagi MA mengucapkan
Selamat Hari Raya kepada pengunjung setia MA
& kawan-kawan semua yang mengenali MA serta saudara mara MA
yang berada jauh & dekat, doa MA semoga di Hari Raya ini
anda semua beroleh kebahagian dunia & akhirat.
Di petang-petang raya ke 3 nie, tentu anda semua tengah
beristirehat atau masih lagi tengah sebuk
menyediakan juadah untuk keluarga serta tetamu
yang akan berkunjung ke rumah anda.....
Di kesempatan ini MA ucapkan SELAMAT HARIRAYA,
MAAF ZAHIR & BATIN.....jika selama
MA berblog ini, sekiranya terdapat kata-kata MA yang boleh
menyingung hati & perasaan anda....
Satu Shawal menjelang tiba
Takbir bergema menggetarkan jiwa
Sekiranya ada salah & dosa
Ampun di pinta dihari mulia...
Andai jejari tak sempat berjabat
Jika raga tak bisa bersua
Jika ada kata berbekas luka
Semoga pintu maaf masih terbuka...
Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan IA mendung
Jika HATI seindah bulan, hiasi IA dengan IMAN
Mohon maaf zahir & batin.
salam aidil fitri Mama Ana, moga gembira bersama keluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih Amie,salam aidil fitri juga untuk Amie disana, semoga semuanya sehat & ceria selalu bersama keluarga.
Delete