CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 22, 2013

APA YANG LELAKI & WANITA PERLU TAHU....

Assalammualaikum....selamat pagi
Pagi nie MA nak melencong ke situasi lain .....buat renungan kita bersama. Asyik-asyik masakkan je....boring jugak. N3 masakkan memang masih banyak menanti.....Wbp kita lupakan sebentar...mari kita sama-sama renungkan apa yang patut kita tahu untuk dijadikan pedoman....

........APA YANG LELAKI dan WANITA perlu tahu tentang
PERASAAN masing-masing.........


LELAKI perlu tahu yang PEREMPUAN .......
  1. SENSITIF : Bukan bermaksud suka MERAJUK, tapi hanya ingin bermanja & mendapat perhatian.
  2. CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.
  3. HALUS : Ibarat sehelai sutera, cantik mulus, lembut & mudah tercarik & koyak....Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan; biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran, bukan DENDAM.
  4. IKHLAS : Ikhlas seorang Wanita tak perlu diragui.
  5. KORBAN : Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang sangat di sayangi, termasuk ibubapa, anak-anak & suami. Wanita amat TABAH.
  6. PRIHATIN : Sentiasa memerhati keadaan sekeliling dalam DIAM.
  7. MANJA : Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
  8. EGO :Wanita yang terlalu sayang kekasihnya, sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. CINTA : Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam & tulus.
  10. SEKS : Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita dicipta dengan 9 nafsu & 1 akal. Nafsu yang banyak & tidak tertumpu pada yang satu. Lelaki pula dijadikan 9 akal & 1 nafsu. Fungsi lelaki untuk membimbing wanita bukan menghanyutkannya.
"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah pelindung & bukan sebagai pemusnah. Wanita dicipta oleh ALLAH SWT dari tulang rusuk kiri, ianya untuk dipeluk & dimanja, bukan untuk di kasari, maka lelaki haruslah memahami hati & perasaan WANITA."



PEREMPUAN juga perlu tahu yang LELAKI.....
  1. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang bgitu SENSITIF & mengambil berat (PRIHATIN)
  2. Jika seorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya CANTIK. Cukup dengan budi bahasa & kesopanan yang tinggi, Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya. Samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakian untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan kuat terhadap wanita, sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita & menonton Baywatch!! atau mencuci mata ditepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakkan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak manco, hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap "Emm..tengoklah dulu", itu seringkali bermaksud dia kata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bercakap jujur & berterus terang & mengharap wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'despreate', datang dari sekolah all boys!!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutama apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemua pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan....& tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  14. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Bertapa hebatnya lelaki itu bersikap Romeo & 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa.....yang lain hanyalah kawan.
  16. Bila lelaki tengok dada wanita & wanita itu menyedarinya....maafkan saja, kebanyakan lelaki tak sengaja......mereka merasakan kejadian wanita itu bagitu indah.
  17. Bila sesuatu hubungan putus ditengah jalan, lelaki juga rasa bersedih, cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati lelaki, perempuan itu patut bagi hint!! mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  19. Adalah memalukan bagi lelaki bila tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan....mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimana rupanya atau pandangan luarannya. Jadi perempuan jangan lah berharap semua yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal & mempunyai kelemahan.



Sumber : Bidadari Syurga

2 comments:

  1. Salam mama...
    asz setuju sgt...td baru jer bercerita dgn students asz pasal nie....byk idea dan kupasan dr mulut pelajar2 :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam asz...
    Oo yeke..terima kasih, diatas kesudian asz melawat blog mama...
    Students masa kini memang byk idea & kupasan mereka pun selalunya bernas...
    Asz sebagai tenaga pengajar...pasti selalu berdebat dengan mereka.
    Pastinya mereka takkan mengalah..

    ReplyDelete