CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 21, 2013

ALHAMDULILLAH REZEKI BULAN RAMADHAN....


TEMPAHAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah....semalam MA dapat tempahan Bahulu kemboja daripada katerer yang memang setia dengan MA....
Nak ambil pukul 10.00 malam .... untuk di bawa balik ke KL katanya....
Bulan-bulan puasa nie biasalah...MA jarang ambil tempahan, sbb di bulan puasa nie....kalau boleh urusan duniawi nak di kurangkan .....
Wbp kerana Pn Shima selalu menempah daripada MA....tak tergamak pulak MA nak menghampakan pemintaannya tu.....
Lagi pun semenjak bulan puasa nie.....bermula pukul 3.30 petang, MA terpaksa membuat persediaan memasak untuk keluarga berbuka......
Sepanjang bulan puasa nie .......sehingga ke hari ini, MA belum pernah lagi pergi ke Pasar Ramadhan...
Dan kalau boleh MA akan cuba mempertahankannya.........

Semalam pun ada pihak keterer lain ingin menempah kuih-muih dari MA....di sebabkan dia perlukan sepanjang bulan Ramadhan......MA agak keberatan jugak le...Almaklum, kalau badan dah terlalu leteh nanti bila pulak ...MA nak pergi solat tarawikh.
Tahun sabelum nie MA pernah ambil tempahan daripada katerer, yang menguruskan morei masjid.....di sepanjang bulan Ramadhan...
Ya Allah.....memang letih, selang dua hari atau terkadang-kadang tu tiap-tiap hari MA mesti menyediakan 4 jenis kuih untuk jangka masa 1 bulan & mesti berlainan jenis pulak tuuu, selepas seminggu menu yang sama boleh lah di ulangkan semula & MA mesti sediakan 800 biji. Kuih-muih yang MA kena sediakan....kuih Tepung Gomak @ Abuk-Abuk, ketayap, cucur badak & lepat pisang/labu. Itu pun untuk kuih pulut panggang terpaksa MA tolakkan......
Amboiii mak, pengsan jugak le ...dibuatnya.....Itu pun nasib baikle 2 jenis kuih-muih tu.... sepupu MA sanggup buatkan, jagi tinggal pada MA 2 jenis kuih je......

Ulalaaaa....tahun nie MA dah nekad tak mahu ambil tempahan macam tahun dulu dah.....tapi kalau sekali-sekala macam sekarang....InsyAllah.
Mari kita tenguk tempahan MA untuk hari nie......selalunya yang paling laris bahulu kemboja lah..... di samping kuih ketayap, lompang, pancake tuna, cream puff, kuih-kuih talam & puding.....
MA tayangkan gambarnya jerkk  ye.....he3x





KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK 
MENEMPAH SILA PM/CALL
MAMAANA : 0122485408




No comments:

Post a Comment