CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 1, 2013

TAZKIRAH....SEMOGA RAHMAT ALLAH BERSAMA KITA.....

Assalamualaikum.....
Pagi Jumaat yang berkat  ini, MA nak kongsikan bersama anda pengunjung setia.....
Semoga apa yang MA kongsikan disini akan memberi
manfaat kepada kita semua.....
Terima kasih kepada blog Tazkirah Ringkas Islamiah
diatas perkongsian Tazkirah ringkas ini......
Izinkan MA kongsikan pula Tazkirah ini diblog MA..
Semoga kita semua di rahmati Allah hendaknya......
Aminnn..... 
Photo: Assalamualaikum w.b.r.t.h...
Menutup aurat itu WAJIB?
Photo 

Photo: Maka kita haruslah bersabar pada setiap musibah yang menimpa kita kerana Allah sengaja menguji tahap kesabaran kita.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui di setiap ujian2 kepada hambanya.....

Photo: Assalamualaikum w.b.r.t.h...

Renungan petang drp Ustz Azhar Idrus

Photo

Photo: Renung- renungkan bersama...

Photo


Wednesday, October 30, 2013

IKAN ROHU GORENG BERCILI

Salam sejahtera & ceria selalu hendaknya pada pengunjung MA yang dihormati......
Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog MA yang tidaklah seindah & sesempurna saperti blog lain yang sering anda kunjungi....
Wbp MA masih setia menanti & mengalu -alukan kunjungan anda di alam maya ini.....
Semoga persahabatan & perkenalan kita dialam maya ini, akan mendatangkan kerahmatan yang berkekalan......
Hari ini MA N3 kan pula resipi Ikan Rohu Goreng Bercili yang MA buatkan pada hari Isnin yang lalu....resipi tertunggak, tapi untuk rujukan anak-anak MA catitkan juga diblog ini, semoga mepermudahkan mereka untuk memasak ketika berada berjauhan.....kepada anda yang tengah mencari idea memasak, anda juga dialu-alukan untuk mencuba resipi ini ........

Semenjak dua menjak ini MA sering sekali memasak ikan Rohu pancingan, kerana apabila MA pergi memancing......Ikan Rohu le yang selalu MA dapat......
Resipi masakkan kali ini, MA masakan Ikan Rohu pancingan MA dikolam Hospital Bahagia Tg Rambutan, yang MA pancing pada hari Ahad yang lalu......separuh ikan ini, MA dah pun bakarkan....

Seronok memancing disana, macam pesta..... kolamnya ada 4 buah semuanya. Bayaran masuk tak lah mahal.....RM 10 untuk 8.30 pagai- 1.00 tengahari & dibenarkan bawa 2 joran setiap seorang, tanpa bayaran tambahan pun...... Memancing dikolam ini ada 2 sessi.....pagi & petang. Tapi sekarang musim hujan, mungkin disebelah petang kurang le pemancing.
MA pergi kesana bersama anak menantu MA yang tinggal diManjung. Hujung minggu kemarin, mereka balik kerumah MA di Ipoh.

Berbaloi memancing disana.....MA dapat Ikan Rohu beratnya 2.6 kilo.... Tapi yelah MA terlupa pulak nak snap gambar suasana dikolam tu.....asyikkan memancing, semuanya terlupa........siap kami berkelah lagi ditepi kolam tu...Suasana kolamnya bersih & berjaga.....seronok.....Lain kali pasti MA akan pergi lagi....
Kolam disini katanya kolam air lalu...tidak saperti kolam pancingan yang lainnya, kebanyakannya kolam air bertakong....jadinya ikannya tidak berbau lumpur pun........sbb tu le pemancing bangsa Cina suka memancing dikolam nie......
Kolam pancingan tu dibuka pada setiap hari Sabtu  & Ahad serta Public Holiday sahaje......
Dibawah nie MA masukkan gambar ikan Rohu pancingan MA tuuu.....


Ikan Rohu pancingan di kolam
Hospital Bahagia Tg Rambutan
Berat 2.6 kilo


Mai kita jenguk resipinya pula......



IKAN ROHU GORENG BERCILI
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 keping isi Ikan Rohu - dibersihkan & ditoskan
  • 15 biji cili kering* - dibuang biji & direbuskan
  • 8 biji cili padi*
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan *(*bahan ini dikisar halus)
  • Sedikit garam & gula ( gula MA gunakan gula merah) 
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 kiub ikan bilis (MA gantikan dengan kiub pati ayam, sbb My Hubby tak boleh makan ikan bilis)
  • 1 keping asam gelugor
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan Tumis :
  • 2 biji bawang merah** 
  • 1 ulas bawang putih**(**dihiris halus)
  • 2 batang serai - diketuk
Cara Membuatnya :
  1. Ambil isi ikan rohu, gaulkan dengan garam & serbuk kunyit, perapkan sebentar kemudian gorengkan ikan rohu itu sehingga garing. Ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskankan bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pula bahan yang di kisar, kacau sebatikan & biarkan sedikit garing.
  4. Jika kelihatan bahan tumisan cili tadi terlalu kering masukkan sedikit air.
  5. Masukkan juga kiub pati ikan bilis, garam, gula & asam keping. Sesuaikan rasanya.
  6. Apabila telah berpuas hati dengan rasanya, barulah masukkan kepingan ikan rohu yang telah di gorengkan tadi
  7. Kacau supaya sebati dengan sambalnya, Matikan api.
  8. Sedia untuk dihidang. 


IKAN ROHU GORENG BERCILI
Pembuka selera.....
Mai kita cuba,,,,


KOBIS GORENG TELUR

Assalamualaikum.....selamat pagi semua pengunjung blog MA ...
N3 kali ini MA catitkan resipi Kobis Goreng Telur....masakkan yang sampoi jugak. Sayur
kobis masakan cara ini memang kegemaran MA sekeluarga. Kalau MA masakkan sayur kobis cara nie pasti langsai semuanya....tak pernah pun berbaki....jadinya MA memang le suka masakkan kobis cara ini selain Kobis Masak Lemak Putih.
Masak kobis cara nie memang sampoi sangat....oleh itu MA akan masakkan Kobis Goreng Telur nie sewaktu hampir dengan masa nak makan.
Bila semua hidangan dah tersedia atas meja, barulah MA tumiskan bahan-bahan untuk memasak kobis nie. Sayur memang le sedap makan sewaktu panas-panas, apatah lagi yang baru di angkat daripada kuali.
Seperti biasa untuk rujukkan anak-anak, makanya MA abadikan resipinya diblog ini......
Jom kita jenguk resipinya.......


KOBIS GORENG TELUR
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :

  • 1/2 biji kobis sederhana besar - dipotong kecil memanjang, bersih & toskan.
  • 2 biji cili merah* ( MA guna 5 biji cili padi je - diketuk-Sbb tak de cili merah)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*bahan ini dihiris halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2  kiub pati ayam
  • 2 biji telur ayam - dibasuhkan terlebih dahulu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk kunyit (Pilihan)
Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang dihiris hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam serta sedikit garam, kacau bahan-bahan ini.
  3. Pecahkan telur dalam kuali tumisan & kacaukan lah telur tersebut. 
  4. Masukkan kobis, kacau serta masukkan sedikit serbuk kunyit.
  5. Gaulkan sayuran tersebut sehingga sebati.
  6. Rasalah kesesuaian citarasanya dengan selera kita, apabila rasanya telah puas hati, matikan api.
  7. Bolehlah dihidangkan. 



Kobis Goreng Telur....kegemaran keluargaku

Tuesday, October 29, 2013

SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

Selamat tengahari kepada semua pengunjung blog MA .....
Hari ini MA updatekan pula Sotong Goreng Kunyit Berkuah, yang memang faviorite keluarga MA...
Resipinya sampoi saje......tapi auranya tetap menambat hati kami sekeluarga.....
Pada mulanya rancangan MA membeli sotong nie ....untuk dibuat Ketupat Sotong, tapi tak kesampaian pulak.......Yelah, kita hanya merancang...tapi Tuhan yang menentukan nya...... Lain yang dihajatkan lain pula yang jadinya......
Masakkan ini MA buatkan semalam....untuk MA & Sibungsu, My Hubby saperti biasalah tak boleh sentuh semua seafood nie, jadi MA buatkan masak Ikan Rohu Goreng Bercili pada My Hubby.
Okey le mai kita tenguk resipi Sotong Goreng Kunyit Berkuah yang sampoi  ni.......
MA catitkan disini untuk rujukan anak2....pada anda yang ingin mencubanya ....dipersilakan.


SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 3 ekor sotong - sederhana besar
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
  2. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar.
  3. Sediakan bahan-bahan lain nya. 
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  5. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  7.  Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap lemak manis. Kacau & biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.
**Sotong Goreng Kunyit Berkuah ini juga boleh dibuatkan gorengan kering, tanpa dibubuhkan air....MA memang selalu masak bubuhkan air sedikit supaya berkuah, kerana sibungsu suka berkuah.


Sotong Goreng Kunyit Berkuah
Dah pun terhidang.....