CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 6, 2014

AYAM MASAK SAMBAL SERAI

Assalamualaikum.....
Kali ini pula MA nak N3kan resipi Ayam Masak Sambal Serai...
Menu nie dah tiga hari sudah MA buatkan ........
Tapi yelah tak berkesempatan nak N3kan dihari yang sama...
Wbp terima kasih pada tuan blog Sinar Kehidupanku....Yatie
diatas resipi yang sedapp nie.
Untuk rujukkan MA....izinkan MA salin semula resipinya disini...
kerana next time pasti ada siaran ulangan lagi....
kerana boleh dikatakan semua anak-anak MA suka pada resipi nie.....
Okeyle....jum kita lihat bahan-bahan yang kita mesti sediakan.....


AYAM MASAK SAMBAL SERAI
Sumber : Sinar Kehidupanku
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam & serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dibelah 6 (ini MA tambah)
Bahan-bahan untuk dikisar :
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1"  halia
  • 2 batang serai - dipotong kecil2
  • 1cawan cili kisar
Cara Menyediakannya :
  1. Ayam yamg telah dipotong, dicuci & ditoskan. Lumur dengan garam & serbuk kunyit
  2.  Goreng separuh masak. Angkat ayam & toskan minyaknya.
  3. Tumis bawang besar yang dimayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar & tumis hingga naik bau. Masa nie guna api sederhana je & sentiasa dikacau.
  4. Masuk serai yang ditik tadi & gaul lagi. (Tambahakan sedikit air sekiranya perlu)
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam & gula.....perasakan.(Masukkan tomato & kacau sebatikan).
  6. Setelah rasanya okey, bolehlah diangkat & matikan api.
  7. Angkat & boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi jagung & nasi minyak.
Ini dia Ayam Masak Sambal Serai
Dah pun terhidang.....
Boleh dimakan dengan nasi putih & nasi tomato.
Sedappp.....

No comments:

Post a Comment