Dulu sebelum bulan puasa kami keluar bersarapan di kedai sahaja, dan terkadang-kadang tu, sebelum bersarapan MA & hubby pergi menziarahi dulu kubur arwah cucu serta arwah nenek MA.
Ok le kita pun sekarang sedang menjalani ibadah puasa.......dah tentunya anda sedang mencari-cari resepi biskut untuk preparation raya. Hari nie MA ada buatkan biskut favourite MA & anak-anak......Biskut nie selalunya MA tidak pernah tinggalkan setiap hari raya menjelang......bukan sahaja untuk hari raya, malah biskut nie selalu MA buatkan untuk kudapan harian & sentiasa ada di atas meja ........ Si bongsu memang suka sangat dengan biskut nie.........
Kalau MA buatkan biskut nie, sekejap je habisnya.......mana tidaknya, asyik mengulang memakannya......biskut nie kalau dah mula memakannya rasanya tak jemu-jemu, pasti mahu makan & makan lagiii....
Untuk anda yang tercari-cari biskut apa yang nak di buat untuk hari raya yang akan menjelang tiba......apa kata anda cuba buat biskut nie, pasti tak menghampakan.......
Bukan sahaja untuk hari raya sahaja, MA pasti anda akan buat lagi & lagi........malah untuk kudapan harian juga.
Jom kita buat biskut nie.........
BISKUT COKLAT CHIP
Bahan-bahnnya:
300g tepung superfine (tepung gandum rose)
250g mentega
200g gula kastad
3 biji kuning telur
1 sudu teh soda baikabonet
3 sudu teh baiking powder
2-3 sudu besar serbuk koko/ coklat ( lebih sedap guna serbuk coklat)
1 sudu kecil essen vanila
140g badam hancur - di bakar sebentar (40g di ketepikan)
100g coklat cip (30g di ketepikan)
Cara membuatnya :
- Tepung, koko/coklat, baiking powder & soda baikabonate di ayak sekali.
- Pukul mentega & gula hingga kembang.
- Bila mentega dah kembang, masukkan telur satu persatu dan bubuhkan essen vanila.
- Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil di kacau. Sebatikan.
- Campurkan separuh badam & coklat kacau sebatikan.
- Masukkan adunan dalam paiping bag & paipkan adunan tersebut ke atas acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak atau anda juga boleh gunakan sudu kecil untuk bentukkan adunan ini. (MA gunakan sudu sahaja).
- Setelah adunan siap di paipkan di atas acuan semuanya. Anda boleh le lagi mencantikkan biskut dengan menghiaskan di atasnya lagi dengan taburan badam & coklat cip yng telah di ketepikan.
- Bakarlah dengan api 170C selama 20 minit.
- Sejukkan biskut dan barulah di simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment