N3 kali ini MA nak tunaikan janji tempohari untuk resepi cara membuat ikan pekasam.....Perak Style..........cara MA le, cara orang lain MA tak tahu.........
Membuat ikan pekasam nie banyak cara......tapi inilah cara yang MA selalu buat bagi ikan pekasam kegemaran MA. Cara ini di ajar oleh mak saudara MA sendiri.....Maksu Zawiyah semenjak 2009 lagi, terima kasih pada beliau kerana sudi mengajar MA, dan semenjak itu MA bila nak buat ikan pekasam.....pasti buat cara ini.
Jangan tak tahu.....bagi orang Banjar cara mambuat ikan pekasamnya lain pula.....kalau tak silap MA untuk membuat ikan pekasamnya, selepas ikan itu di perap dengan garam, ikan di bersih & di toskan, kemudian mereka akan rendamkan ikan itu dalam air bersama asam keping, ini namanya WADI (maafkan MA kalau tersilap). Tapi MA tak tahu cara ini.......
Ada lagi satu cara membuat ikan pekasam cara Perak Style juga, ikannya di perap dengan nasi.....cara ini MA tak berapa expert......tapi buat ikan pekasam cara nie, MA tak suka kerana semasa menggoreng ikan pekasam tu nanti, woiiii.......baunya tak boleh tahan, busukkk. Tapi yang eloknya kalau buat ikan pekasam cara ini, semua tulang ikan pekasam tersebut reput......memang lembut ikan pekasamnya, semuanya hancur bila di gorengkan.
Ikan pekasam yang di buat cara ini, selalunya bila memasakkan ikan pekasam tu akan di bubuh pati santan beserta serai yang di titik & terkadang akan di bubuh daun kunyit yang di hiris halus juga. Masak ikan pekasam cara nie akan berkuah sadikit.
Walau apa pun....... cara mana yang anda nak ikut, terpulang pada citarasa anda.....ape-ape je le labu......he3x
Ok le mari kita intai gambar-gambar & resepinya dahulu, kalau anda rasa berkenan anda boleh cuba membuatnya:
Ikan di basoh & di toskan, kemudian di lumurkan dengan garam
seluruh badannya & di simpan 2 -3 hari.
(pastikan airnya sentiasa di buangkan)
Sangaikan beras sehingga bertukar perang & di tumbuk kasar
Ikan yang ditelah di simpan 2-3 hari, di bersihkan semula & di toskan
Beras yang di tumbuk kasar, di lumurkan kepada ikan
Ikan yang telah di lumurkan dengan beras goreng
Susun ikan yang bersalut beras goreng di dalam bekas yang
kering & bersih. Jika ada kelebihan beras goreng, taburkan je
kesemuanya di atas ikan
Setelah siap ikan di salutkan dengan beras goreng.
Simpan ikan tersebut dengan membalut bekasnya elok-elok
dengan kain bersih atau plastik bagi mengelakka drp di hinggapi lalat.
Seelok-eloknya catitkan tarikh pada bekas tersebut untuk senang
di pantau. Ikan pekasam boleh di makan selepas 2-3 minggu.
Semasa proses memeramkan ikan pekasam nie, pastikan ikan
sentiasa kering & kesin, jika ada air sila buang setiap 2-3 hari.
IKAN PEKASAM yang mengancam
Sumber : Maksu Zawiyah
Olahan : MamaAna
Bahan-bahannya :
Ikan air tawar - bergantung banyak mana yang anda perlukan
Garam - agak-agak, bergantung pada berapa banyak ikan
Beras goreng tanpa minyak - (di sangai & di tumbuk halus)
Cara membuatnya :
- Bersihkan ikan & toskan airnya semalaman
- Ambil ikan yang telah di toskan tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.
- Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara - disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari. Jaga jangan sampai ada air - ikan itu mesti di keringkan selalu airnya.
- Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi di basohkan & bilaskan serta di toskan supaya kering.
- Salutkan ikan yang telah di toskan tadi dengan beras goreng & simpan 2 - 3 minggu, baru boleh di makan ikan itu - lagi lama di simpan, lagi le lebih elok menjadi ikan pekasamnya.
- Pastikan jika ikan di dapati ada air di bawah bekasnya - buangkan airnya supaya ikan kering & kesin.
- Pastikan juga supaya bekas ikan itu, tidak di hinggapi lalat/ langau kerana bila di hinggapi di takuti ikan akan berulat.
- Ikan di simpan dalam dalam suhu bilik tidak di dalam peti ais, tapi sekiranya selepas 3 minggu bila telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh di simpankan ikan tersebut dalam peti ais.
- Bila telah menjadi ikan pekasam - bolehlah ikan itu di goreng seperti yang di syorkan di dalam N3 yang sebelumnya saperti DI SINI.
- Ikan pekasam nie di makan dengan nasi panas-panas pasti bertambah-tambah nasinya......ulala.... kalau mak mentua lalu kat belakang pun tak nampak dah..... (Masakan nampak kalau dah lalu kat belakang ye tak....he3x)
- SELAMAT MENCUBA -
Terima kasih infomasi.. saya memang peminat ikan perkasam.....
ReplyDeleteNak simpan Last sekali tu kene letak dalam peti sejuk atau kene letak kat luar saja
ReplyDeleteNak simpan Last sekali tu kene letak dalam peti sejuk atau kene letak kat luar saja
ReplyDeleteBest nya ikan pekasam tu... Sy buat X guna asam keping... Sy guna air garam dgn beras goreng aje... Perap seminggu... Lagi lama lagi sedap
ReplyDeleteBest nya ikan pekasam tu... Sy buat X guna asam keping... Sy guna air garam dgn beras goreng aje... Perap seminggu... Lagi lama lagi sedap
ReplyDeleteBest nya ikan pekasam tu... Sy buat X guna asam keping... Sy guna air garam dgn beras goreng aje... Perap seminggu... Lagi lama lagi sedap
ReplyDeletePerap letak jeke kat luar
ReplyDeleteTq info yg berguna..
ReplyDeletepohon share...
ReplyDelete