Thursday, January 28, 2016

RAiNBOW KEK IN JAR


Asaalamualaikum...warga blog serta followers mama yg dihormati...
Dahh lama mama xupdate blog kesayangan ini....terima kasih yg xterhingga pada anda yg masih sudi bertandang kesini...walaupun rumah mama dah bersawang2...huhuhu
In syaa Allah akan mama cuba update blog niee utk tahun 2016 ini...walaupun mungkin xsekerap mana...namun mama harap semoga anda tidak serik datang bertandang kesini lagi dan lagiii...
Untuk memulakannya semula celoteh mama di blog ini.....disini mama persembahkan resipi RAINBOW KEK IN JAR...yang resipinya mama kongsikan daripada rumah Azie.....semoga drp pengkongsian ini memberi inpirasi bagi anda yg ingin mencubanya....
Terima kasih juga pada tuan punya blog Azie Kitchen....
Membuat kek ini tidaklah seteruk mana....tapi anda mesti mempunyai kesabaran yg tinggi untuk memasukkan bancuhan kek ini kedlm jar2 kecil secara berlapis2...
Walaubagaimana pun mama rasa sebagai seorang yg bernama perempuan pasti kita mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi situasi saperti ini...
Okey...untuk xmembuang masa mari sama2 kita tenguk resipinya...
Memang sedap kek ini & menarik sekali....mai kita cuba...jangan xcuba..




RAINBOW KEK IN JAR
Resipi oleh : Azie Kitchen
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 200g butter
  • 330g gula kaster
  • 5 biji putih telur gred A
  • 2 sudu teh essen vanila
  • 400g tepung gandum *( MA guna tepong superfine)
  • 4 sudu teh b. Powder* - * satukan & diayak
  • 290ml susu segar
  • 1 sudu teh pewarna ...ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Caranya : 
  1. Dalam mixer pukul butter & gula hingga kembang.
  2. Tuang putih telur & essen vanila, kemudian pukul lagi hingga adunan sebati.
  3. Masukkan adunan tepung bergilir-gilir dengan susu segar. Gaul sebati dengan menggunakan spetula. Jika nampak berketul2 , gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan dalam beberapa saat.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Setiap bahagian 210g dan tambah setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perisa jika suka.
  5. Masukkan adunan kedalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
  6. Paipkan nipis warna ungu kedalam balang 0.5" tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Penuhkan 1/2 jar sahaja. Pastikan setiap warna adalah sekata dengan menyentuh sekeliling jar.
  7. Susun jar dalam loyang yang diisi dengan 1/2" air panas. Bakar dengan suhu 170'C  secara water bath selama 35 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan kek, baru 'paip' dengan adunan cheese (resipi bawah) diatas kek dan hias mengikut kretiviti masing2.
  9. Jika terlalu penuh, keluarkan sadikit kek untuk dimasukkan fosting samaada cream cheese atau butter cream, kemudian letakkan penutup jar.
NOTA :
  * Tidak perlu dispray jar, kerana akan dimakan terus drp jar            menggunakan sudu.
  * Boleh juga disudukan warna secara rambang untuk menghasilkan efek      Rainbow kek  secara  berbeza.
  * Untuk menyimpan, tutup dan simpan dalam peti ais.
  * Jika tidak terus digunakan, sprinkles, akan menyebabkan warna turun pada     frosting, menjadikan ianya kurang cantik.

BEST BUTTER CREAM FROSTING
Dapat 24 biji kek

Bahan-bahanya :
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu ( wholemail)
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 cawan unsalted butter
  • 1 cawan gula kaster ( non powdered sugar )
Caranya : 
  1. Sediakan kek dan biarkan dia benar2 sejuk.
  2. Didalam kuali kecil whish tepong kedalam susu, panaskan, sambil terus dikacau sahingga ianya likat saperti adunan kek.
  3. Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Atau boleh juga diletakkan diatas bekas yang berisi ais selama 10 minit atau sehingga adunan benar2 sejuk sebelum dimasukkan vanila. Boleh juga dimasukkan dalam peti sejuk dengan dikacau sekali sekala.
  4. Sementara adunan susu disejukkan. Putar butter & gula kaster hingga gebu dan rengan. Rasa dengan jari kalau  gula kaster sudah hancur.
  5. Masukkan adunan susu tadi dan pukar sehingga sebati dan membentuk whipping cream. Boleh juga adunan susu dimasukkan kedalam penapis dan ditekan- tekan supaya ianya benar- benar halus.
NOTA :
            * Sediakan dihari yang sama ianya hendak digunakan. Lebih sedap disimpan sehari didalam peti sejuk. Biar kepada suhu bilik dan putar semula untuk kembali gebu dan rengan.

             * Sesuai juga untuk red valvet cake,  kek dan pastri.

CLASTIC VANILA BUTTER CREAM FROSTING

Bahan-bahannya :
  • 1 cawan unsalted butter - lembut
  • 3 - 4 cawan  powder sugar - diayak
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu besar vanila extract
  • 4 sudu besar heavy cream atau milk
Cara membuatnya : 
  1. Putar butter beberapa minit dengan menggunakan kelajuan sedethana sehingga rengan dan gebu.
  2. Tuangkan 3 cawan  gula sedikit demi sedikit sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
  3. Naikkan kelajuan sederhana,  masukkan vanila, garam dan 2 sudu besar cream atau susu, dan diputer selama 3 minit.
  4. Jika perlu tambahkan baki gula dan jika terlalu  pekat tambahkan baki susu sebanyak 1 sudu besar pada satu masa.
NOTA : 
           * 1 adunan butter cream ini, untuk  2 layer kek saiz 13"x 9" atau boleh dapat 24 cupcakes.







No comments:

Post a Comment