Selamat pagi...salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog MA...
Pagi nie ..apa yang hendak dimasak yerr...????
Untuk anda yang tengah tercari2...resipi apa kah yang hendak
dimasak buat family tersayang...
Apa kata hari nie mai kita masak AYAM MASAK TOMATO......
resipinya taklah susah sangat.....tapi membuka selera kita...
apatah lagi kalau dimakan dengan nasi yang berperisa saperti
nasi minyak, nasi tomato dan nasi jagung.....dll nasi.
Okeylah untuk tidak melengahkan masa ...mai kita intai resipinya......
AYAM MASAK TOMATO
Oleh : MA
Bahan A :
1/2 ekor ayam
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu makan sos tomato
1/2 kiub pati ayam
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
(MA guna sedikit gula pasir + gula kabung)
Serbuk kunyit
Sedikit air
Bahan B : (Di kisar)
20 tangkai cili kering
4 biji cili padi - option (kepada yang suka pedas)
1" halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 batang serai - dipotong kecil2
2 biji tomato - potong kecil
Cara Membuatnya :
1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaul
dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam separuh masak.
2. Panaskan minyak lebihan gorengan ayam tadi (jika banyak minyaknya
keluarkan, hanya tinggalkan cuma anggaran 3 sudu besar sahaja).
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan tomato yang telah didadu, tomato sos, kiub pati ayam,
gula dan garam. Sesuaikan citarasanya dengan selera kita....
4. Kemudian baru masukkan ayam yang telah bergoreng separuh masak tadi.
Gaullah hingga sebati dan rata. Jika terlalu kering kuahnya tambahkan sedikit air.
Bila telah berpuas hati dan telah elok masak, tutupkan api.
5. Hidangkanlah dalam pinggan.
Ayam Masak Tomato....telah pun terhidang
'JEMPUT MAKAN'
No comments:
Post a Comment