Tapi kari ikan MA style nie just untuk rujukkan anak-anak di masa akan datang......semoga mereka dapat memasaknya mengikut style MA jika merindui mamanya.....
Kari ikan nie MA buat semalam.....tapi tak sempat nak siarkan, semlm MA sebuk dengan tempahan.....jd malam nie senang sikit, jadi MA dok le mengadap lappy nie.........nasib baik le linenya ok pulak hari nie.......
Besok MA sebuk balik.......terima tempahan lagi.....Alhamdulillah rezeki jangan di tolak, kali nie banyak pulak tempahan Bahulu kemboja nya.....hampir 50 biji & Puding Selasihku Sayang pun ada tempahan jugak untuk satu acuan 13"x13", yang ini MA potongkan sekali ......dapatle nanti 121 keping.....
Ok le, mari kita layan resepinya........
KARI IKAN MA STYLE
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan bawal hitam
2 sudu besar serbuk kari ikan
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*di hiris halus)
8-10 biji cili padi (di belah separuh,MA suka bubuh cili nie utk memedaskan kari)
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
5-6 biji kacang bendi
Santan anggaran Rm 1.00
1 sudu kecil asam jawa - di bancuh dgn air
Garam & gula sedikit
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Ikan di bersihkan dan di toskan
2. Potong dan bersihkan kacang bendi & toskan
3. Serbuk kari di bancukkan dng sedikit air sehingga
menjadi pes.
4. Tumiskan bawang yang telah dihiris se hingga
garing, masukkan halba campur. cili padi & daun kari,
goreng lagi sehingga naik bau.
5. Masukkan serbuk kari yang telah menjadi pes.
Kacau selalu se hingga pecah minyak, ini untuk
mengelakkan kari drp hangit.
6. Masukkan sedikit santan & air mengikut kesuaian
kepekatan yang kita mahu, kacau - biarkan
sampai menggelegak. Masukkan kacang bendi, biarkan
sebentar hingga bendi lembut. Kemudian baru masukkan
ikan. Ini utk mengelakkan ikan drp hancur.
7. Apabila bendi dah lembut, baru masukkan air asam
jawa, garam & sedikit gula. Rasakan mengikut citarasa
yang di kehendaki. Apabila semua telah sesuai dgn citarasa
kita, biarkan kari mengelegak sebentar & tutupkan api.
Taraaa......kari telah pun masak & bolihlah di hidangkan.
JEMPUT MAKAN....
No comments:
Post a Comment