CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 9, 2014

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK (2)....YUMMY..YUMMY SEDAAPPPNYAAA

Assalamualaikum....menu apa anda masak hari ini....????
Bagi MA memang peminat telur itik...jadinya MA masakkan Lemak Cili Padi Telur Itik.....
Dah pernah dan selalu pun masak lemak cili padi telur itik nie.....selalunya MA masakkan... Masak Lemak Cili Padi Telur Iitik nie.....resipinya jika nak lihat ada DISINI.
Tapi dikali ini untuk perubahan dan untuk menambah koleksi masakkan telur itik nie...makanya MA pun mencari dengan pertolongan Cik Google...MA teruja sekali untuk mencuba versi daripada dapur Fauziah Haji Ariffin.....memandangkan masak lemaknya ada diletakkan lengkuas dan versi tumis pula......jadinya MA terpikat untuk mencubanya.... Terima kasih pada beliau atas pengkongsian ini dan izinkan MA pula catitkan semula didalam blog MA yerrkk...
Ulalala...mengancam habis....apatah lagi MA gandingkan makan dengan ikan pekasam goreng hancur yang resipiya ada MA catitkan DISINI....
Makan pula dengan nasi panas-panas makanya bertamboh-tambohlah nasinya.... ummmpphh sedaappnyaaa.
Untuk My Hubby MA tumbuk sambal belacan dan digandingkan dengan ulam peria katak yang direbus.....
Perrgghh....makannya tak ingat dunia.....hehehe
Jom kita intai resipinya.......


MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK
Sumber : Fauziah Hj Ariffin (Intai-intai Dapur FHA)
Oleh : MA

Bahan A (Untuk menumis) :
  • Sedikit minyak masak
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)*
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)*
  • Sedikit halia sebesar ibu jari (ditumbuk)*(* MA blanderkan sekali)
  • 3 batang serai (diketuk-ketuk bagi lebam) - MA guna 2 batang jerr
  • Lengkuas sebesar 2 ibu jari (diketuk-ketuk bagi lebam)
  • 15-20 bijicili padi (mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (MA guna kunyit hidup - blander bersama cili padi)
Bahan B :
  • Santan pekat dari sebiji kelapa
  • 1/2 kiub Pati Ayam Knorr
  • 1 helai daun kunyit - dihiris besar-besar (MA hiriskan halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam - ini MA tambah
Bahan C :
  • 5 biji telur itik
Cara Memasaknya :
  1. Panaskan minyak dalam periuk
  2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu. pastikan bawang menjadi hampir garing...jika tidak masak lemak kurang menyengat/ sedap.
  3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan ( jangan biarkan santan mndidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik).
  4. Masukkan telur itik sebiji-sebiji sampai habis.
  5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna. (MA suka telurnya lembik jadi MA tak tudungkan periuk dan masakkan sabentar jerr...sekadar mengeraskan telur putih luaran jerr) 
  6. Siap untuk dihidang.


Nie dia Masak Lemak Cili Padi telur Itik...
Dah terhidang.....nampak tak telurnya 
masih terbayang-bayang lagi....merah..kerana telur merah
didalamnya tidaklah terlalu keras.....
Versi telurnya yang macam ini lee.. MA sukaaa.....


No comments:

Post a Comment