CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 23, 2013

ACAR TIMUN BEREMPAH

Assalamualaikum.....salam sejahtera kepada pengunjung blog MA.......semoga kita semua didalam peliharaan ALLAH...Aminnn
Hari Ahad semalam MA ada buatkan Acar Timun Berempah bagi digandingkan dengan Nasi Minyak bersama Kurma Ayam.
MA memang suka dengan citarasa Acar Timun Berempah nie. Bila dimakan Acar nie Krap...Krop...Krap... Krop, bunyinya dek kerana mengunyah timun & lobak merah yang rangup tu.
Acar Timun Berempah nie memang sesuai dimakan bersama nasi yang berperisa.
Bagi anda yang ingin mencubanya , mai kita tenguk resipinya.....
Resipi nie MA salinkan daripada rumah Amie....terima kasih pada Amie kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.....


ACAR TIMUN BEREMPAH 
Resipi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 "
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 "
2 sudu besar rempah kari (MA guna kari daging)
2 sudu besar minyak

Bahan B untuk dikisar :

5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan C :

2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
2 sudu besar cuka - MA tambah
Rempah penumis : bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis

Cara Membuatnya :

  1. Rendam timun & lobak merah bersama air kapur & garam. Kemudian cuci hingga bersih.
  2. Perap timun & lobak merah tadi dengan garam & gula. Kemudian toskan.
  3. Tumis kesemua bahan B hingga terbit minyak.
  4. Masukkan rempah kari & gaul rata.
  5. Masukkan kesemua bahan C, & kacau hingga pekat.
  6. Masukkan timun & lobak merah. Gaul hingga timun & lobak merah mesra dengan rempah.

Acar Timun Berempah yang mengancam....




KURMA AYAM ....yang mengancam

Baru pagi Ahad semalam MA ternampak resipi kurma daging dirumah Amie....terpikat MA dengan kurma yang Amie tayangkankan , jadinya MA terpanggil untuk buatkan kurma nie mengikut resipi Amie. Penghuni rumah nie memang suka sangat dengan masakkan kurma nie.....
Terima kasih pada Amie & MIL adik perempuan Amie, Puan Che Jah kerana sudi berkongsi versi kurma daging yang mengancam  nie..... Pada kawan-kawan yang nak melihat resipi kurma daging dari Amie boleh le pergi ke SINI. Dilampiran nie MA salinkan semula resipi kurma tu untuk rujukkan MA....
Ada perubahan sedikit disana sini....harap Amie dapat memaafkan........
Seperti biasalah kurma nie MA masakkan dengan ayam sahaja kerana My Hubby tak boleh makan daging.... Okeyle mai kita tenguk resipinya...


KURMA DAGING /AYAM
Sumber: Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan-bahnnya:

1 kg daging (MA guna ayam)
3 biji kentang - dibelah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
Segengam daun pudina
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi/mentega/ majerine
3 cawan air
garam/gula/ perasa pilihan
1 sudu besar stok pekat pati ayam maggie - MA tambah

Bahan-bahan tumbuk halus /kisar :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
Sejemput jintan manis - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk
Sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk

Rempah untuk menumis :

Sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
Bunga cengkih - 3-4 kuntum
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuatnya :
  1. Rebus daging (ayam) bersama rempah kurma hingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana hingga kuah pekat.
  2. Tumis rempah tumis & bahan kisar hingga wangi. 
  3. Masukkan daging (ayam) bersama kentang , masak hingga kentang empuk. MA rebuskan kentang dahulu hingga empok, ketepikan.
  4. Tambah santan & biarkan kuah agak pekat.
  5. Masukkan garam/gula /perasa pilihan, stok pekat pati ayam, cili hijau & daun pudina.
  6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
  7. Sebelum kurma daging (ayam) diangkat, perahkan jus limau diatasnya.

Nie dia Kurma Ayam dah pun terhidang...
Lembut dagingnya dengan harum bau daun pudina
Pasti membuka selera.....


NASI MINYAK

Pagi semalam  MA buatkan Nasi Minyak versi berempah . Masa MA skodeng dirumah Amie, terpikat MA pada Nasi Minyak yang Amie tayangkan yang resipinya lain daripada Nasi Minyak yang biasa kita buat. Jadinya kebetulan hari nie Ahad, selalunya dihujung-hujung minggu nie MA sering buat nasi berperisa untuk hidangan keluarga.....
Oleh yang demikian MA cubalah membuatnya mengikut resipi Amie.....
Terima kasih pada Amie yang sering mengenengahkan resipi-resipi tradisional....
Kata Amie masakkan ini diambil daripada : Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono 
Setelah dicuba memasaknya ....memang sedap. MA sekeluarga memang suka dengan resipi Nasi Minyak nie..... kerana Nasi Minyak versi nie menggunakan rempah beriani......
Apatah lagi bila MA buatkan Nasi Minyak nie dengan beras Basmati Jasmine King.....
Looo sedaapp tu.....lembut sekali nasinya.....
MA rasa pasti ada siaran ulangannya lagi......My Hubby & Si bungsu memang suka sekali dengan versi Nasi Minyak nie, apatah lagi MA gandingkan Nasi Minyak nie dengan Kurma & Acar Timun Berempah, juga MA ambil dirumah Amie juga daripada versi Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono.....serta MIL adek perempuan Amie.....Che Jah,
Tanpa melengahkan masa......mai kita tengok resipinya yang MA salinkan semula disini bagi rujukan MA & anak-anak dimasa akan datang.......



NASI MINYAK 
Resepi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

3 mangkuk beras (MA guna beras Basmati Jasmine King)

Bahan B :

1 batang serai - diketuk
2 healai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C :

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerine
Rempah penumis - Kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia *
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah* (*Bahan ini dikisar)
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D :

2 sudu besar air mawar (MA tak guna pun)
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit pewarna kuning - MA tambah

Cara Membuatnya :

  1. Rebus bahan B dalam periuk nasi. MA rebus dalam kuali je.
  2. Panaskan minyak sapi & majerine, kemudian tumis rempah penumis dahulu hingga naik bau & masukkan bahan-bahan kisar hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah beriani & beras. Gaul beras sehingga berkilat & kemudian matikan api. Kemudian MA tuangkan kedalam rice cooker.Ketepikan sementara menanti bahan B+D mendidih.
  4. Masukkan kesemua Bahan D kedalam air rebusan Bahan B tadi.
  5. Setelah air mendidih, masukkan kedalam beras & kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, kacau lagi & tutup periuk.
  7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air didalam periuk rice cooker kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk & perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak & bolehlah dihidangkan. Bila nasi masak MA buatkan lubang-lubang kecil & tuangkan pewarna kuning dimerata tempat dinasi. Biarkan nasi masak sebentar barulah di karehkan nasi. Kareh menggunakan cop stick supaya nasi tak pecah.
  8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng atasnya. 

Seperti kebiasaannya, Amie masak Nasi Minyak cara kukus. Dan untuk resipi Nasi Minyak ini, Amie tambah herba saffron.



Nasi Minyak dah terhidang
apa lagi, mai kita makan...



Friday, September 20, 2013

TAZKIRAH RINGKAS PAGI JUMAAT- 2

Assalamualaikum.....Salam Jumaat semua, selamat pagi semoga kita semua dirahmati ALLAH...
Bersama ini MA ingin kongsikan sedikit ilmu semoga dapat dijadikan pedoman untuk kita bagi meneruskan kehidupan ini......maafkan MA sekiranya apa yang MA kongsikan ini menyalahi daripada hukum hakamnya.....MA juga terlalu daif, hanya mendapatkan daripada sumber-sumber blog yang MA layari........Wbp terima kasih pada sahabat yang sudi berkongsi ilmu.

Masjid Kristal
Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya hari-hari kamu yang paling afdal ialah hari JUMAAT. Pada hari tersebut, NABI ADAM dijadikan dan diwafatkan oleh ALLAH. Pada hari tersebut juga akan berlaku KIAMAT. Perbanyakkanlah selawat keatasku pada hari itu. Sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan langsung disampaikan kepadaku. Sesungguhnya ALLAH telah mengharamkan bumi daripada memakan jasad para NABI"(Hadis Riwayat Ahmad)


Doa Memotong Kuku

CARA MEMOTONG KUKU JARI TANGAN & KAKI

Bilakah sunat memotong kuku???
Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis & Jumaat.
Setelah selesai disunatkan membasuh jari.
Disunatkan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu, 
sebelum kuku jari kaki.





Cara memotong jari kaki
Sebagaimana diajar oleh Imam Nawawi didalam
Syarah Sohih Muslim, satelah selesai potong
kuku jari tangan barulah potong kuku 
jari kaki

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi SAW biasa memotong kuku & menggunting misai sebelum keluar untuk solat jumaat.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Siapa yang membaca surah ALI IMRAN pada hari Jumaat, maka akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya."

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa membaca pada hari Jumaat sebelum solat subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilait' 3 kali. Nescaya ALLAH akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih dilaut."

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi SAW bersabda :
Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan satu hari sebelumnya atau sesudahya.

KUMPULAN GAMBAR-GAMBAR  DOA FOTO ORANG BERDOA

Pada hari Jumaat dijadikan ada satu saat mustajab :
Tiada seseorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Sumber : tazkirah jumaat 
              tazkirahs.blogspot.com
              muhdhazrie.wordpress.com


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik......ada sangkaan buruk

Orang beribadat disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

mana tahu.....
yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu.....
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu.....
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu.....
yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya
mana tahu.....
yang ceria itu kerana cergas cedasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya
kayu dimakan api.....
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita buat.
Semua bergantung bagaimana kita melihatnya.....

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG 
SEKELILING & SENTIASA MEMAAFKAN ORANG LAIN.....


Gambar : Ikhsan Cik Google