CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 17, 2014

IKAN SENANGIN MASAK RENDANG SANTAN....SEDAPPP TUUU..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Selamat sejahtera dan salam ceria kapada anda yang sudi bertandang kesini....semoga perkenalan dialam maya nie dirahmati Allah SWT..
Ini lauk yang MA buat semalam...lauk nie MA baru pertama kali cuba membuatnya.....pencarian resipi dengan pertolongan cik google...
Alhamdulillah walau pun pertama kali membuatnya, memang tastenya masuk dengan citarasa kami sekeluarga, terutamanya citarasa My Hubby....
Alahaiii pasti ada siaran ulangannya lagi....
Terima kasih pada blog lagendamahsuri.com...diatas perkongsian menu yang sedappp nie....wbp resipi yang MA abadikan diblog nie telah diolah cara MA....biasa lerr yerr bila resipi bertukar tangan, pastinya ada pengubah suaian mengikut taste tuan rumah.....bagaimana pun cara olahannya tidaklah berbeza sangat drp resipi asal....cuma MA tambahkan serta kurangkan sadikit bahannya disana sini jerr....
Untuk anda yang ingin melihat resipi asal bolehlah lihat DISINI...
Kepada anda ingin mencuba resipi olahan MA ....mai kita tenguk resipinya....


IKAN SENANGIN MASAK RENDANG SANTAN
Sumber rujukkan :  lagendamahsuri.com
Olahan : MA

Bahannya :
  • Ikan ikut suka (MA guna 4 potong ikan senangin) - disiang  dan bersihkan, bubuh garam kunyit - digoreng garing. Ketepikan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2" halia*
  • 1/4 sudu teh serbuk jintan manis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 biji santan kelapa
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 1Biji bawang besar - dipotong kasar
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Cili api, cili merah dan cili hijau - ikut kepedasan yang dikehendaki ( MA guna 15 biji cili padi, 1 biji cili merah & 1 biji cili hijau)* (*dikisar/ tumbuk)
Cara Memasaknya :
  1. Tumis bahan yang dikisar/tumbuk hingga naik bau. Masukkan serai dan tumis sekejap.
  2. Masukkan santan, asam keping, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Kacau kuahnya agar sebati.
  3. Tunggu kuah sampai mendidih kemudian masukkan ikan dan bahan2 yang lain - tomato dan bawang besar.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (MA guna serbuk pati ayam).
  5. Last kecikkan api, tunggu hingga kuah naik minyak/ pecah minyak sikit, barulah siap dan padamkan api.
  6. Hidangkan.

Mai kita sama- sama buat....
sedappp tuuu....

No comments:

Post a Comment